Salam Syawal

اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
لا إلَهَ الا اللّه هو اللّهُ أكبر
اللّهُ اكبر و لِلّه الحمدَ

اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
وَ سُبحَان اللّهِ بُكرَةً وَأصْيِلا

لا إلَهَ الا اللّه ولا نعبد الا اياه مخلصين له الدّين ولو كره الكافرون
لا اله الا الله وحده صَدَقَ وَعدَه وَنَصَرَ عبده وأعزَ جُنَده وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه

لا إلَهَ الا اللّه هو الله أكبرالله أكبر ولله الحمد


Mendayu-dayu alunan takbir.
Memecahkan keheningan malam Syawal yang suci.
Malam kemenangan setelah bermujahadah..Qudus..tulus..pasrah..

Gemersik bisikan Takbir suci itu,
kami iringi bersama linangan air mata,
Menyaksikan Ramadhan melangkah..berlalu..

Terlalu sayu..sebak di dada..

Ya Allah..tidak terucap kesedihan ini.
Terlalu berbekas di dalam dada..sempit..
Memenuhi segenap rongga..
Longlai jiwa. Nestapa..

Semuanya kerana Ramadhan..
berlalu..mengingsut-ingsut perlahan..

Tika kirmizi mula kelam..
dan Maghrib mula melabuhkan saatnya..
Bisikan cinta Takbir pujian pun membuka bicara..

Tersentak kami !..tunduk...!

Hati melaung lagi :
Ramadhan !..kau pergi Ramadhan?
Meninggalkan si yatim pahala?
Bersama dosa yang tidak terhapuskan?

Apa yang telah kami hasilkan wahai tetamu kami Ramadhan?
Mampukah Ramadhan kami memadamkan murkaNya?
Lantas meraih cinta dan kasihan belasNya?

Lantaran dosa dan noda menggunung ..
apatah lagi alpa untuk disucikan..pada Ramadhan yang baru meninggalkan..
Sesal lagi...

Ia telah berlalu..seperti sebelum-sebelumnya..
Semuanya semata Syawal suci telah bertamu.
Mentaati Rabb agar mengambil tempatnya..
menggantikan Ramadhan..yang kembali..

Salam Eid Al-Mubarak..

6 Comments:

  1. Anonymous said...
    Salam Rashidy,

    Eid Mubarak. Terima kasih atas entri yang mengesankan, ringkas dan diharap jatuh ke hati. Sama2 lah berdoa semoga kita dipertemukan dgn Ramadhan utk kesekian kali lagi.Walaupun Ramadhan sudah berlalu, roh ibadah itu masih boleh diteruskan pd 11 bulan yg lain.

    Jazakallah atas perkongsian ;)
    Anonymous said...
    bkt terpendam. bahasanya indah ayatnya tersusun rapi' maananya mendalam. siapa membacanya mula2 gembira lama kelamaan air mata mula menitis kesayuan
    Anonymous said...
    Ya Allah, betapa aku mengharapkan agar Ramadhan bertamu lagi!
    Anonymous said...
    Ya, terasanya kehilangan ramadhan, surau dan masjid sudah tidak meriah lagi, mengalir airmata ini, jiran tetangga sudah tidak kelihatan di sana sini, memakai telekong berduyun-duyun menuju rumah Allah, ku lihat di lorong-lorong surau dan masjid SEPI tiada kelibat yang lalu lagi..hanya wajah-wajah tua yang setia memenuhi saf-saf pertama..mohon Allah beri hidayah untuk kesekian kalinya..ameen!!

    - ibu
    Anonymous said...
    Salaamun 'alaik,

    Terfikir akan ibubapa yang membiarkan anak-anak bermewah-mewah, jauh daripada bayang al-quran apa lagi mendengarkannya, tidak pernah dijentik malah terlalu pula dimanjakan. Tidak pernah merasa susah mencari wang. Wang mengalir bak air terjun, peroleh apa sahaja yang diinginkan. Aku tak sanggup melihatnya... Apalah yang akan terjadi, apabila nikmat tak disyukuri? Allahu.. Kau lah tuju hidup seluruh yang di alam ini. Tetapkan iman kami, bantulah kami dalam mengingatiMu. Ameen Ya Rabbal 'Aalameen..
    Anonymous said...
    Assalamualaikum..

    Tahniah dengan hasil nukilan yang amat menyentuh qalbu..anda berjaya membawa pembaca menyelami watak (Ana)..
    Semoga menemui kebahagiaan yang didamba-dambakan..

    terima kasih

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds