Hari ini seakan-akan terasa keberkatan 1400 tahun yang lampau
Bumi dan langit bertasbih menyambut sebenar-benar insan
Yang padanya terhimpun segala kesempurnaan

Sungguh cintanya padamu terlalu dalam, qudus dan tulus
Mengalir air matanya kerana sangat mengambil berat terhadap nasibmu di akhirat

Sangat pemaaf

Terlalu penyayang

Pencinta yang benar

Lihatlah ke dalam matanya yang mulia
Sungguh dia memandangmu penuh kecintaan

Wahai umat!
Ikatlah hatimu dengannya.
Anak yatim yang miskin tetapi kaya dengan kasih dan pengorbanan

Alirkanlah air mata kerinduannmu padanya sentiasa
Sungguh, betapa kamu sentiasa di bibir dan hatinya

Kenangilah saat-saat dia merinduimu dengan kalimah -

'Ummati, ummati...!'

Sedang dia mengucapkan kerinduan dalam dakapan sakarat

Cintailah dia!
Muhammad bin Abdullah
Sesempurna yang tiada seumpamanya

Cintailah dia!
Kerana dia tidak pernah menghampakan

ummatmu,
sufifaqir,
12 Rabiulawwal 1432/15Feb2011
11.34am

Refresh

Tiba-tiba terpandang gambar Nenda yang banyak dalam simpanan hard disk ni. Terasa agak tersentuh. Ana kawal tersentuh itu dengan ayat-ayat suci dari kalamNya.

Ya Allah muliakanlah Nendaku. Cik ku.

Hajjah Tuan Sharifah binti Tuan Tengah Syed Abdul Qadir Al-Yahya.

Cik, semoga bertambah cicit yang akan sentiasa mendoakan cik di sana.Amin.

Blogger Template by Blogcrowds