Ummati..Ummati

Hari ini seakan-akan terasa keberkatan 1400 tahun yang lampau
Bumi dan langit bertasbih menyambut sebenar-benar insan
Yang padanya terhimpun segala kesempurnaan

Sungguh cintanya padamu terlalu dalam, qudus dan tulus
Mengalir air matanya kerana sangat mengambil berat terhadap nasibmu di akhirat

Sangat pemaaf

Terlalu penyayang

Pencinta yang benar

Lihatlah ke dalam matanya yang mulia
Sungguh dia memandangmu penuh kecintaan

Wahai umat!
Ikatlah hatimu dengannya.
Anak yatim yang miskin tetapi kaya dengan kasih dan pengorbanan

Alirkanlah air mata kerinduannmu padanya sentiasa
Sungguh, betapa kamu sentiasa di bibir dan hatinya

Kenangilah saat-saat dia merinduimu dengan kalimah -

'Ummati, ummati...!'

Sedang dia mengucapkan kerinduan dalam dakapan sakarat

Cintailah dia!
Muhammad bin Abdullah
Sesempurna yang tiada seumpamanya

Cintailah dia!
Kerana dia tidak pernah menghampakan

ummatmu,
sufifaqir,
12 Rabiulawwal 1432/15Feb2011
11.34am

21 Comments:

  1. Anonymous said...
    ust tengok kartun riwayat baginda Rasulullah saw di tv al-hijra pada malam tu? walaupun hanya kartun kanak2 tp jalan ceritanya sungguh menarik. rasanya ia dialih suara dari bahasa arab. sesuai untuk tontonan org dewasa & kanak2. sayangnya sy tak sempat nak tonton dari awal.
    ::::Fakhratu Naimah Muhad:::: said...
    rasullulah..
    insan terhebat..
    meski digetir dengan ujian yng hebat..
    namun hatinya masih memikirkan umatnya...

    umat sekarang..
    dimana kasih nya pada si dia?
    ya Rabbi, sampaikan selawat dan salam kami pada baginda..

    uS, doakan kami generasi mahasiswa islam di Malaysia
    mampu mndukung syariat Allah yg dibawa junjungan besar, Nabi Muhammad... doakan kami tidak lalai dibwa arus ..
    Anonymous said...
    cinta yang diberikan sungguh-sungguh kepada sesama manusia demi mencari cinta Allah semata tentu sekali tidak akan penah mengecewakan pemberi dan penerima cinta...
    nani said...
    Rasulullah, insan yang paling istimewa di sisi Penciptanya Yang Maha Agung. Kasih sayang pada umatnya tiada bandingan walaupun pelbagai dugaan datang melanda.
    Anonymous said...
    Nabi itu ketara keseriannya,putih wajahnya, baik akhlaknya,indah rupa paras yang menarik perhatian. Wajah nabi bulat seperti bulan -Al bara...Kalau melihat baginda bagaikan melihat matahari terbenamam
    Anonymous said...
    Seseorang itu akan rasa manisnya iman apabila ada 3 perkara dlm dirinya:
    1. Mencintai Allah dan Rasul melebihi dari segala cinta pada org lain.
    2. Cinta kepada org kerana Allah dan bukan kerana dunia semata-mata.
    3. Seseorg itu benci kepada kekufuran setelah Allah selamatkannya dari kekufuran, sepertimana bencinya itu dicampak ke dalam api
    -Muslim-
    Anonymous said...
    Tidak pernah Rasulullah SAW...
    disuruh MEMILIH antara dua perkara
    kecuali beliau akan mengambil
    yang PALING MUDAH di antara keduanya
    selama itu TIDAK BERDOSA.
    ...
    Jika yang paling ringan itu ternyata BERDOSA,
    maka beliau MENJAUHINYA pula.

    Rasulullah SAW tidak pernah MEMBALAS untuk diri SENDIRI,
    kecuali jika KEHORMATAN Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung DILANGGAR.
    (HR Muslim)
    rosfazila said...
    as salam
    ya ustaz, ana baru ulang baca tribute buat nenda satu dan dua.masih segar di pikiran rasanya. slalu follow ustaz di blog, di Solusi, tapi dgn buku terasa lebih dkt dihati.syukran ya ustaz.

    p/s:rasa2nya dulu2 mungkin kita berselisih je di uia kan...
    Anonymous said...
    Nabi Yusof as memilih dipenjarakan dari melakukan sesuatu yg mampu baginda lakukan.Jelas,walaupun mampu melempiaskan nafsu ketika digoda Zulaikha,tetapi takwa baginda kepada Allah mengatasi segalanya.semuanya kerana takwa yg sebenar-benarnya takwa.adakah kita sudah cukup bertakwa?
    Anonymous said...
    Assalamualaikum ustaz. Soalan saya ini mungkin menyimpang sikit dari artikel blog ustaz. Saya pernah mendengar pendapat seorang alim yang mengatakan suruhan Rasulullah supaya umatnya berkahwin ditujukan pada kaum lelaki sahaja. Ini kerana para isteri baginda dilarang berkahwin selepas baginda wafat. Apa pendapat ustaz?
    Anonymous said...
    LEMBUT wanita kerana SENYUMANNYA, CEKAL wanita kerana BERANINYA, PATUH wanita kerana KESETIAANNYA, SABAR wanita kerana IMANNYA, KASIH wanita kerana BELAIANNYA, LEMAH wanita kerana AIRMATANYA, IKHLAS wanita kerana SIMPATINYA, PENDAM wanita kerana CEMBURUNYA, SAYANG wanita kerana SIFAT KEIBUAANNYA...(sumber:wanita solehah itu,bidadri syurga)
    Anonymous said...
    Nabi Muhammad SAW di puji dan disegani oleh semua makhluk termasuk musuh Islam. Ini kerana baginda tak pernah bohong dan menipu (digelar al-Amin) - Ustaz Fauwaz Fadzil
    Anonymous said...
    Ust, blok ni dah tak aktif lagi ke?
    balqis said...
    Salam Ustaz,

    Lama benar takde update kat blog ni. Rasa sunyi je tanpa pengisian baru. Moga Ustaz akan tampil dengan pengisian akan datang
    Anonymous said...
    bila ust nak update blog sufifaqir nih?
    Nurun Nur 9111 said...
    salam,

    beruntung rasa hati dapat jumpa blog ni...

    salam ziarah dari kami...
    md_saf said...
    salam ziarah, jom singgah di :
    Sampaikan dariku walau satu ayat
    Faishan Magzeen said...
    Assalam o Alikum All
    NorHayati said...
    sentiasa berselawat kepada muhammad semoga diperolehi syafaat disana

    http://sayap-kehidupanku.blogspot.com/
    Juasseh Cafe said...
    Aku baru dapat blog ni, boleh join?
    Faraz said...
    Sungguh cintanya padamu terlalu dalam, qudus dan tulus
    Mengalir air matanya kerana sangat mengambil berat terhadap nasibmu di akhirat

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds