tag:blogger.com,1999:blog-53060906568728759692024-02-21T01:22:36.238+08:00SufifaqirAlfatihah Buat Nenda Tercinta Hajjah Tuan Sharifah Binti Tuan Tengah Yang Meninggal Dunia Pada hari Jumaat 8 Rabiulawwal 1427H Bersamaan 7 April 2006. Semoga Allah Mengurniakan KeredhaanNya. AminRashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.comBlogger73125tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-17078924423428313832011-02-16T12:12:00.001+08:002011-02-16T12:12:37.819+08:00Ummati..UmmatiHari ini seakan-akan terasa keberkatan 1400 tahun yang lampau

Bumi dan langit bertasbih menyambut sebenar-benar insan

Yang padanya terhimpun segala kesempurnaan

Sungguh cintanya padamu terlalu dalam, qudus dan tulus

Mengalir air matanya kerana sangat mengambil berat terhadap nasibmu di akhirat

Sangat pemaaf

Terlalu penyayang

Pencinta yang benar

Lihatlah ke dalam matanya yang mulia

Sungguh dia memandangmu penuh kecintaan

Wahai umat!

Ikatlah hatimu dengannya.

Anak yatim yang miskin tetapi kaya dengan kasih dan pengorbanan

Alirkanlah air mata kerinduannmu padanya sentiasa

Sungguh, betapa kamu sentiasa di bibir dan hatinya

Kenangilah saat-saat dia merinduimu dengan kalimah -

'Ummati, ummati...!'

Sedang dia mengucapkan kerinduan dalam dakapan sakarat

Cintailah dia!

Muhammad bin Abdullah

Sesempurna yang tiada seumpamanya

Cintailah dia!

Kerana dia tidak pernah menghampakan

ummatmu,

sufifaqir,

12 Rabiulawwal 1432/15Feb2011

11.34amRashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com21tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-71520401109578389432011-01-10T15:10:00.000+08:002011-01-10T15:10:16.439+08:00RefreshTiba-tiba terpandang gambar Nenda yang banyak dalam simpanan hard disk ni. Terasa agak tersentuh. Ana kawal tersentuh itu dengan ayat-ayat suci dari kalamNya.

Ya Allah muliakanlah Nendaku. Cik ku.

Hajjah Tuan Sharifah binti Tuan Tengah Syed Abdul Qadir Al-Yahya.

Cik, semoga bertambah cicit yang akan sentiasa mendoakan cik di sana.Amin.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-12018537091545595142010-12-28T17:17:00.001+08:002010-12-28T17:19:08.639+08:00Kenangan 2Alhamdulillah. Dapat menulis sikit hari ni setelah lama benar Ana tinggalkan keyboard. Walaupun sesekali sempat juga Ana singgah untuk melihat hits dan kunjungan rakan-rakan, namun hari ni barulah benar-benar dapat menulis kenangan-kenangan yang dah bertandang tapi tak sempat nak diabadikan.

Bila dah lama tak menulis, terasa banyak yang hendak disusun dan dikongsi. Rata-rata sahabat Ana bertanya juga :

" Ustaz, nape lame benor tak menulis..ape ustaz sibuk bebenor ke? "

Tanya kawan dari perak menerusi mesej. Tersenyum Ana. Tersenyum kerana mengingatkan gaya bahasanya yang tak lekang dari loghat peraknya. Sama dengan Ana jugalah. Lebih selesa berbicara dalam bahasa Terengganu.

Dan soalan-soalan lain yang datang bertamu ke dalam kotak mesej phone Ana ni. Semuanya bertanya tentang penulisan..

Seingat Ana..kali terakhir Ana menulis betul-betul ialah tentang warkah buat Anakanda. Ada dua warkah yang sempat Ana kongsikan bersama anda yang tak jemu-jemu mengikuti blog sufifaqir ini. Selepas tu..Ana menulis main-main je sebagai isyarat sufifaqir masih bernafas..bernafas dalam kesibukan.

Semalam..Ana hubungi cikgu Ana..cikgu Rosni. Ana imbaskan kembali perbualan kami semalam ye :

" Assalamualaikum cikgu.."

" Waalaikumsalam..sape ni..?"

..." Emmm saya ni cikguu..Rashidy..anak murid cikgu darjah satu kuning dulu.."

" OOooo..Rashidy...Terima kasih kerana sentiasa ingat cikgu. Tapi kan Rashidy..sebenarnya saya masih hairan nape Rashidy ingat sangat kat saya ye? Seingat cikgu..cikgu mengajar kat SKKB setahun je ..lepas tu cikgu pindah.."

" ...Emmm tak tahulah cikgu..saya memang ingat sangat kat cikgu dan banyak tahun dah cuba cari cikgu..agaknya waktu cikgu mengajar warna-warna pakai bola getah yang budak-budak sekolah main waktu pendidikan jasmani agaknya buatkan saya ingat cikgu.."..

Ana berhentikan dulu perbualan tadi. Sebabnya kalau Ana taip semua, tak sampai pulak apa yang Ana nak sampaikan ni. Ana nak berkongsi tentang kenangan lampau yang kadang-kadang dikuatkan dengan alat-alat bantuan yang kita tengok.

Ada orang..tengok kertas minyak yang warna coklat tu..dia akan ingat balik tentang coklat nisan (Tak tahu istilah persuratan panggil apa. Tapi coklat ni dibuat dari manisan dan disalut gandum).

Ada orang..tengok je kertas warna..ingat balik pengalaman buat wau kat kampung. Kalau tak cukup gam..guna nasi lecek sebagai ganti gam kanji.

Ada orang..tengok je kertas lukisan..teringat balik lukis kartun ultraman, semut merah, dan gambar permandangan. Mesti ada dua buah bukit..tengah-tengah ada matahari separuh yang terbenam. Ada jugak burung yang dilukis macam huruf 'M' dan ada sawah berpetak-petak. Ada juga 2 pohon kelapa (kat kampung Ana panggil buoh nyor) kiri dan kanan bukit tadi. Dan kalau nak lukisan real..biasanya guna minyak bagi nampak gambar yang nak ditiru. Kemudian terap (lukis balik) dari atas kertas yang kosong tu..

Ada orang bila tengok bola getah warna merah, biru, kuning, hijau, gelung rotan atau minyak hitam yang dibuat garisan kat padang bola di sekolah-sekolah..teringat balik kenangan sekolah rendah dulu..PJ atau pendidikan jasmani satu subjek yang ditunggu-tunggu..

Dan macam-macam lah..lagi..

Semuanya membangkitkan kenangan lampau. Kenangan indah yang sentiasa terpahat di hati.

Ana sendiri pun..selain dari apa yang telah Ana taip tadi..kalau tengok hujan menderu..selalu je teringat pada besen yang beratur kat rumah kami. Buat menadah titisan air hujan yang turun menerusi atap bata..

Batu giling yang masih ada kat rumah pun bila je tengok seakan-akan terdengar bunyinya yang sedang menggilis kunyit dan lada..

Botol hijau besar yang masing-masing rumah kampung simpan untuk simpan minyak gas (Tanah) bila tengok je..mesti teringat-ingat waktu maghrib hari-hari black out kat kampung.

Tu belum lagi cerita tentang pelita kat rumah yang sentiasa dipasang setiap malam..apinya meliuk-liuk..menghiburkan mata peneman lena..

Banyak kan? ada lagi ni...tapi kali ni Ana taip ringkas je lah. :

Tilam Kekabu, Kawe (Kopi), Cermin yang ditutup dengan kain setiap kali hujan petir melanda dan lain-lain..

Ana nak kena berenti dulu jap ye..sebab kawan Ana Aizam ajak balik sekarang. Jap lagi kita sambung. Wassalam.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-46214371045430582582010-11-27T23:12:00.000+08:002010-11-27T23:12:22.205+08:00AlhamdulillahAlhamdulillah pada 25 haribulan selepas solat maghrib, Ana dapat panggilan dari guru ana yang dah lama ana cari iaitu cikgu Rosni. Alhamdulillah.

Alhamdulillah pada malam ni 27 november jam 11 malam, ana dapat anak saudara pertama namanya Muhammad Rayyan bin Abu Al-Usamah. Alhamdulillah.

Terima kasih di atas doa anda semua.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com13tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-51330837069722534912010-10-18T12:12:00.000+08:002010-10-18T12:12:02.859+08:00NOTED1-Bagaimana nak agihkan zakat rm12,000 dalam masa 2 hari kepada mereka yang benar benar layak di kawasan pedalaman.

2-Uruskan anak kecil Amrina Rasyada.

3-Bersama mereka di pusat perlindungan.

4-Mengajar sirah pada anak kecil.

5-Kerana ilmu dapat masuk ke pintu berdekatan Ulama.

6-Tribute buat hati dan lain-lain.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-41759521665513897902010-09-25T02:11:00.001+08:002010-09-25T09:31:30.944+08:00Salam Eid FitriAssalamualaikum Wbr. Salam Eid Mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum. Maaf Zahir Batin.

Buat Sahabat-sahabat tercinta, Ana mengambil kesempatan untuk menyusun 10 jari beradab sedang hati menaruh harap agar diampunkan salah silap Ana sepanjang medan ini menjadi perantara kita. Tanpa disedari, pasti ada tersilap bahasa terkhilaf rasa dari Ana di sini. Sesungguhnya Ana hanya insan lemah yang banyak memerlukan teguran dan bimbingan anda semua. Bagi pihak Ana, Ana telah memaafkan segala-galanya. Mudah-mudahan Eid kali ini membuahkan rasa ingin menjadi lebih baik dari saat sebelumnya. Amin.

Salam Eid dari Ana - Sufifaqir.

Bait As-Syarifah, Bangi, 1:54 pagi.

16 Syawal 1432H.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-13114034991376731242010-08-25T13:09:00.000+08:002010-08-25T13:09:45.831+08:00PerhatianAssalamualaikum Wbr. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa saya TIDAK PERNAH mempunyai sebarang HI5,FACEBOOK,WAYN dan seumpamanya. Saya terkejut apabila terdapat FACEBOOK,HI5 dan WAYN yang didaftarkan atas nama saya. Mohon maklum. Syukran.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-1620652250014253422010-08-02T15:08:00.006+08:002010-08-05T14:04:01.202+08:00Tribute Buat Nenda 2

Alhamdulillah dengan keizinanNya, Tribute Buat Nenda 2 kembali ke ribaan anda. Memuatkan artikel-artikel seperti Wahai pemuda Bangkitlah!, Kekasih Di Raudhah, Berilah Harapan! dan lebih 25 artikel untuk tatapan anda..Bagi yang masih berminat untuk mendapatkan tribute buat nenda 1, terpaksa menunggu sekejap kerana Tribute Buat Nenda 1 sedang diulangcetak untuk kali keempat.

Selain dari buku Tribute 1 & 2, buku-buku terbitan Tuan Sharifah Islamic Foundation yang lain ialah :

1- Siri Dialog Bersama Paderi : Benarkah Nabi Isa Disalib?

2- Siri Dialog Bersama Paderi : Mereka Bertanya Tentang Islam Anda Menjawab.

3- Siri Dialog Bersama Paderi : Isu Kalimah Allah Dan Hukum Penggunaannya Bagi Bukan Islam. (Karya Penulis Bersama Tuan Guru Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri).

4- 5 Surah-Surah Amalan Harian Beserta Fadhilat-Fadhilatnya.

5- Siri Khazanah As-Sharifah : Hadis-Hadis Penenang Jiwa.

6- Siri Khazanah As-Sharifah : Himpunan Kata-Kata Hikmah Buat Peringatan Insan. (Himpunan Petikan Kata-Kata Hikmah Dari Kitab Nasaih Al-I'bad Imam Nawawi Dan Al-Hikam Syeikh Ibnu A'Thaillah)

7- Siri Khazanah As-Sharifah : Mengingati Kematian.

TRIBUTE BUAT NENDA 2

Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com14tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-27434003564800086092010-07-07T11:19:00.002+08:002010-07-07T11:22:20.350+08:00Warkah buat anakanda IISegala puji bagi Allah Zat Yang Maha Sempurna, Yang Menciptakan kehidupan dan kematian sebagai ujian. Jua Dialah yang Maha Menghidupkan bagi penyempurnaan janjiNya pada hari yang tiada perlindungan kecuali lindungaNya.

Selawat serta salam yang sebanyak-banyaknya buat sebaik-baik ciptaan, semulia-mulia utusan dalam siri perutusan para Nabi dan Rasul, yang dengannya kita mendapat rahmat sebaik-baik nikmat iaitu Iman dan Islam,dan melaluinya jualah kita diangkat sehingga menjadi sebaik-baik ummat.Selawat dan salam buatmu Ya Rasulallah, kekasih hati, pemberi Syafaat al-u’zma.

(Allahumma Solli a’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wa Sohbihi Ajmai’n.)

Anakanda yang dikasihi,

Dengarkan pesan-pesan agama yang inginWalid sampaikan buat ingatan di hari muka..

Telah berkata Syeikh Ibnu Athaillah Iskandary di dalam Al-Hikamnya:

خير ما تطلبه منه ما هو طالبه منك

Maksudnya : Sebaik-baik permintaan yang seharusnya anda mohon dari Allah ialah (Kemampuan) melaksanakan apa-apa yang Allah perintahkan kepada anda.

Anakndaku,

Syeikh Said Hawa ketika mensyarahkan hikmah yang mulia ini berkata apa yang dinyatakan oleh Syeikh Ibnu Athaillah ini seolah-olah ingin menarik perhatian manusia agar mengutamakan sebaik-baik permohonan dan hajat iaitu memohon pada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk mengerjakan ketaatan padaNya serta menjauhi cinta dunia.

Sebagaimana kita tahu, manusia merupakan makhluk yang lemah dan sentiasa berhajat kepada Allah SWT. Bahkan di dalam bisikan kudus manusia ketika berdoa pada Allah SWT, bukan sedikit hajat yang dipinta pada Allah Yang Maha Memberi.

Selain dari permintaan asasi seperti keampunan dariNya, kesihatan sepanjang hayat serta memohon kemurahan rezeki, manusia turut menyertakan pelbagai hajat dan permohonan yang tidak terkira banyaknya yang meliputi urusan dunia dan akhirat. Doa untuk mendapat pekerjaan yang baik. Doa agar dikurniakan anak-anak yang berjaya. Doa agar sentiasa dikasihi dan disayangi oleh semua dan lain-lain. Pendek kata terlalu banyak yang dipinta dan dipohon sebagai tanda lemahnya insan.

Ketahuilah Anakanda,

Sebuah syair arab menyebut:

نغدو ونروح لحاجاتنا وحاجات من عاش لا تنقضي

Maksudnya : Kita disibukan pagi dan petang dengan hajat-hajat kita sedangkan hajat-hajat bagi yang hidup itu tidak akan habis (Selagi tidak mati).

Hajat manusia sentiasa ada di sepanjang hayat mereka. Terkadang hajat yang dipohon bukanlah satu keutamaan pun. Sebaliknya hanyalah permohonan yang terhasil dari kecintaan terhadap dunia yang fana ini. Sehinggakan mereka tidak mampu lagi untuk membezakan antara keutamaan yang hakiki dan keinginan yang tidak pernah akan habis.

Di sini Walid nukilkan satu kisah pengajaran buat ingatan Anakanda di masa akan datang. Iaitu Kisah Hakim Bin Hizam dan Rasulullah saw. Dengar Ya..

Pada suatu hari, Hakim Bin Hizam telah datang meminta sesuatu dari Rasulullah saw dengan katanya :

“ Ya Rasulullah, berikanlah padaku sesuatu!”

Rasulullah saw menjawab padanya :

“ Apakah engkau melihat kambing yang berada di lembah itu? Semuanya menjadi milikmu.”

Maka Hakim bin Hizam mengambilnya.

Begitu juga untuk permintaannya kali kedua dan ketiga, Rasulullah saw memberi kepadanya seratus ekor unta.

Namun pada permintaannya buat kali keempat, Baginda saw telah bersabda :

يا حكيم انّ هذه المال حلوة خضرة واليدّ العليا خير من اليدّ السّفلى

Maksudnya : “Wahai Hakim, sesungguhnya harta ini hanyalah bagaikan tanam-tanaman yang muda dan menghijau sedang tangan di atas (memberi) itu lebih baik dari tangan di bawah (menerima).”- Riwayat al-Bukhari dan al-Tirmizi.

Anakanda,

Ketahuilah bahawa dunia ini sentiasa menipu. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani di dalam kitabnya Fath Rabbani Wa Faidh Al-Rahmani berkata :

“Ketika aku ditanya bagaimanakah caranya mengeluarkan dunia yang merupakan punca jauhnya dari memohon ketaatan dari Allah, maka aku menjelaskan bahawa : Lihatlah dunia yang dipuja oleh manusia! Bukankah ia tidak pernah dimiliki? Ia hanya berpindah dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Dunia sentiasa menipu pemujanya. Dilambung dan dijulang sehingga apabila pemujanya lalai maka dunia mula menjerut dan membunuhnya.”

Bahkan Syeikh Sya’rawi turut berkata :

“Dunia tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun sebaliknya hanyalah warisan yang berpindah dari satu tangan ke tangan yang berikutnya.”

Dengan memahami hakikat dunia yang menjadi buruan dan hajat yang tidak pernah terpadam di hati pencintanya, Syeikh Ibnu Athaillah dengan ketajaman mata hatinya telah mengajak manusia untuk menilai kembali segala permintaan dan hajat-hajat yang dipohon. Dan mengutamakan sebaik-baik permintaan iaitu hidayah dan bimbingan dari Allah untuk melaksanakan ketaatan sebagai lambang kehambaan makhluk.

Anakanda,

Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni di dalam kitabnya 'ila allazina asrofu a'la anfusihim' telah menukilkan satu kisah di mana ketika kuda Muaz bin Jabal dan kuda Baginda saw beriringan di dalam satu peperangan, Muaz telah memohon satu hajat yang disifatkan oleh baginda sebagai permintaan dan pertanyaan yang sangat agung di dalam sejarah kehambaan manusia.

Tahukah Anakanda apakah yang ditanya oleh Sayyidina Mua’z kepada Rasulullah SAW?

Bertanya Muaz kepada Rasulullah saw :

يا رسول الله اخبرني بعمل يدخلني الجنة ويباعدني من النار

Maksudnya : “Wahai Rasulullah, tunjukanlah kepadaku satu amalan yang mendekatkan aku dengan syurga dan menjauhkan aku dari neraka.”

Mendengar pertanyaan Muaz itu, Rasulullah saw menjawab :

يا معاذ لقد سالت عن عظيم

Maksudnya :” Sungguh agung permintaanmu wahai Muaz”.

Lalu baginda saw telah menunjukkan padanya jalan agar permohonannya itu dikabulkan oleh Allah melalui perlaksanaan ketaatan padaNya. Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

ان تعبد الله لا تشرك به شيئا وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت ان استطعت اليه سبيلا

Maksudnya : “Iaitu engkau menyembah Allah dan tidak mensyirikanNya dengan sesuatu pun, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke baitullah apabila mampu.”

Subhanallah. Inilah permohonan yang agung wahai Anakanda.

Permintaan yang terhasil melalui kejernihan mata hati yang memandang dunia dengan pandangan hakikat. Sepertimana yang disifatkan oleh Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) di dalam Tasauf Modennya :

“Bagi mereka yang sentiasa mencari keredhaan dan bimbingan Allah, boleh diibaratkan pandangan mereka seperti mata yang memandang alam, sedang hatinya memandang Tuhan.”

Oleh itu duhai Anakanda, ingatlah pesanan Walid selalu.,

Mohonlah padaNya kekuatan agar kita mampu melaksanakan ketaatan padaNya semata di dalam mengharungi dunia yang akan ditinggalkan ini. Bukankah sebaik-baik permintaan itu adalah permintaan agar mampu melaksanakan ketaatan?

Salam buat Anakanda..

4 Julai 2010.

12:56 malam.

Bait As-Sharifah.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-44822761691845764632010-07-07T11:17:00.004+08:002010-07-07T11:26:50.708+08:00Warkah buat Anakanda ISegala puji bagi Allah Zat Yang Maha Sempurna, Yang Menciptakan kehidupan dan kematian sebagai ujian. Jua Dialah yang Maha Menghidupkan bagi penyempurnaan janjiNya pada hari yang tiada perlindungan kecuali lindungaNya.

Selawat serta salam yang sebanyak-banyaknya buat sebaik-baik ciptaan, semulia-mulia utusan dalam siri perutusan para Nabi dan Rasul, yang dengannya kita mendapat rahmat sebaik-baik nikmat iaitu Iman dan Islam,dan melaluinya jualah kita diangkat sehingga menjadi sebaik-baik ummat.Selawat dan salam buatmu Ya Rasulallah, kekasih hati, pemberi Syafaat al-u’zma.

(Allahumma Solli a’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wa Sohbihi Ajmai’n.)

Anakndaku yang dikasihi,

Di saat Walid menulis warkah ini, Walid baru sahaja menepuk-nepuk belakang Anakanda setelah Anakanda seperti terganggu dari beradu. Seketika Walid agak bimbang kalau-kalau Anakanda tak dapat beradu dengan nyenyak seperti selalu. Maklumlah Anakanda kurang sihat sehari dua ni.

Dan sekarang, Walid masih di sisi Anakanda. Menjaga dan mengusap-ngusap kepala Anakanda.

Anakanda,

Tiadalah kebaikan seorang bapa melainkan dia selalu menjaga amanahnya ini dengan pesanan-pesanan agama. Begitu juga dengan Walid. Ingin sekali Walid menyampaikan pesan-pesan agama buat Anakanda Agar Allah menyaksikan ketulusan Walid terhadap amanah yang dianugerahkan Allah ini.

Walid ingin berpesan tentang zuhud. Dengar ya..

Anakanda,

Ketika Syeikh Ibrahim bin Adham ditanya tentang bagaimana jalan untuk memperolehi zuhud, beliau telah menjawab :

بثلاثة اشياء : رأيت القبر موحشا وليس معي مؤنس ورأيت طريقا طويلا وليس معي زاد ورأيت الجبّار قاضي وليس لي حجّة

Maksudnya : “Melalui tiga perkara : (iaitu) aku melihat kubur itu mengerikan namun aku belum mempunyai penolong (dari kengeriannya), aku melihat jalan yang panjang (menuju ke akhirat ) namun aku belum memiliki apa-apa bekalan untk ke sana, aku melihat Allah Yang Maha Perkasa akan membicarakan aku (atas apa yang aku usahakan) padahal aku masih belum mempunyai hujjah (untuk menghadapi perbicaraanNya).

Inilah jalan-jalan zuhud menurut ulama sufi ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Nasaihul I’bad.

Syeikh Abul Qasim Karim Hawazin Al-Qusyairi di dalam risalah Al-Qusyairiah menyebut bahawa Allah SWT telah memberikan gambaran tentang kesempurnaan zuhud menerusi firmanNya :

قل متاع الدّنيا قليل والآخرة لمن التّقى

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.

(Surah An-Nisa : 77)

Begitu juga Sabda Rasul junjungan kita:

عَن أبِي العَبَّاسِ سَهلِ بنِ سَعدٍ السَّاعِدِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنهُ ، قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِي (ص)، فَقَالَ :يَا رَسُولَ اللهِ! دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ ، إذا عَمِلتُهُ أحَبَّنِي اللهُ ، وَأحَبَّنِي النَّاسُ . فَقَالَ : اِزهَد فِي الدُّنيَا يُحِبَّكَ اللهُ ، وَازهَد فِيهَا عِندَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسِ .

Maksudnya : “Daripada Abu Abbas, Sahl bin Sa’ad As-Sa’idy telah berkata: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw lalu berkata: “Ya Rasulullah. Tunjukkanlah padaku satu amalan yang sekiranya aku laksanakannya nescaya aku akan dicintai Allah dan dicintai manusia. Lantas Rasulullah saw menjawab: “Berlaku zuhudlah di dunia nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah pada apa yang ada ditangan manusia, niscaya engkau dicintai manusia.” (Riwayat oleh Ibnu Majah )

Anakanda,

Sewaktu Walid meriba Anakanda ketika menyampaikan kuliah-kuliah agama pada jemaah, ramai jemaah kita yang tertanya-tanya apakah erti sebenar zuhud? Kata mereka :

“ Apakah meninggalkan dunia secara keseluruhan dan menumpukan tujuan pada akhirat semata itulah zuhud?”

Sewaktu tu..Walid diam seketika.

Sambil mengusap-ngusap kepala Anakanda, Walid menyatakan kepada mereka dan juga sekali lagi Walid nyatakan kepada Anakanda pada malam ini :

Di dalam menjawab persoalan ini, ketahuilah para ulama’ menyatakan :

لَيسَ الزُهدُ بِتَحرِيمِ الحَلاَلِ وَلا بِإِضَاعَةِ المَالِ ، إنَّمَا الزُهدُ أن تكُونَ بِمَا فِي يَدِ اللهِ أو ثَقُ مِنكَ بِمَا فِي يَدِكَ.

Maksudnya: “Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal dan mensia-siakan harta tetapi sesungguhnya zuhud itu ialah kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah berbanding dengan apa yang ada pada kamu.”

Benarlah apa yang dinyatakan oleh imam Malik r.a :

“ Zuhud itu bukanlah tidak berharta tetapi mengosongkan hati darinya. (Secara berlebihan)”.

Abdullah bin A’bbas r.a juga berkata :

الزّاهد ثلاثة أحرف : زاي وهاؤ ودالز فالزّى زاد للمعآد والهاء هدى للدّين والدّال دوام على الطّاعة

Maksudnya : “ Perkataan zuhud itu terdiri dari tiga huruf iaitu Zay, Haa’ dan huruf Dal. Zay bermaksud : Bekalan menuju akhirat. Haa’ bermaksud : Hidayah menuju agama. Dal bermaksud : Istiqamah di dalam melaksanakan ketaatan.”

Anakanda,

Menerusi definisi yang dinyatakan oleh ulama’ berdasarkan kefahaman mereka terhadap firman Allah SWT dan hadis Baginda yang mulia tersebut, Islam telah menggambarkan bahawa zuhud ialah meninggalkan dunia secara berlebihan kerana ia akan ditinggalkan serta menumpukan akhirat kerana itulah perkampungan yang lebih baik dan lebih kekal.

Dr. Aidh Abdullah Al-qarni menerusi kitabnya ila allazina asrafu a’la anfusihim menukilkan sifat zuhud di kalangan para sahabat antaranya Salman Al-Farisi.

Gabenor Kufah ini telah menghairankan manusia yang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya di dunia ini dengan tangisannya . Ketika ditanya mengapa beliau menangis, Salman menjawab :

“Sesungguhnya aku teringat kepada sabda kekasihku :

ليكن زاد أحدكم من الدّنيا كزاد الرّاكب

Maksudnya : Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang-orang yang bermusafir. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

(Selepas mengucapkan sabda Rasulullah saw yang mulia ini, Salman menyambung kembali ucapannya ) :

"Sedang kita telah mengambil seluruh dunia ini beserta isinya!"

Bertanya penduduk Kufah padanya setelah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali :

1-Sebatang Tongkat untuk berjalan.

2-Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untuk kegunaan ketika menghakimi.

3-Sebiji cawan besar untuk minum, berwuduk dan keperluan harian.

Tanya mereka : "Wahai Gabenor, sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa dunia pun darimu kecuali keperluanmu terhadap 3 benda ini sahaja."

Sambil memandang, Salman menjawab : " Itulah yang aku fikirkan! Bagaimana akan aku jawab pada Allah terhadap 3 benda yang aku miliki ini.!"

Subhanallah. Inilah kesempurnaan zuhud wahai Anakanda.

Kesempurnaan yang hanya mampu dicapai oleh mata hati yang sentiasa muraqabah terhadap penciptanya. Ia akan terbentuk apabila insan melihat dunia ini dengan pandangan hakiki. Itulah jua yang Walid harapkan dari Anakanda. Agar Anaknda sentiasa menjadikan zuhud sebagai hiasan diri. Ketahuilah, hidup kita ini hanya sementara. Mudah-mudahan dengan memahami maksud hidup yang sementara ini, kita akan sentiasa berzuhud di dunia yang sementara ini.

Semoga Anakanda sentiasa sematkan pesan agama ini di dalam sanubari Anakanda tercinta. Dan ingatlah selalu pesanan Walid, jagalah Allah, pasti Allah menjaga dirimu.

Salam Cinta Kasih dari Walid buat Anakanda.

4 Julai 2010.

12:30 malam.

Bait As-Sharifah.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-62719315974337488212010-06-06T08:12:00.004+08:002010-06-06T08:23:04.812+08:00Dunia yang akan ditinggalkan6.6 2010, subuh, Bait As-Syarifah, Bangi..

Itulah yang Ana catatkan pada bawah perenggang akhir kitab Dr. Aid Al-Qarni yang Ana bacakan pada murid-murid untuk kuliah subuh ringkas pagi ni.

Syukur Alhamdulillah..Ucap Ana.

Syukurr..Ucap Zalmi, murid Ana yang bertindak seperti ketua kelas pada pagi ni.

Kadang-kadang murid-murid Ana yang lain :

Alif,

Amzari,

Mumtaz,

Shahrin,

Ayraf,

dan lain-lain.

Cuma pagi ni Zalmi yang ada.

Yang lain dah kat kampung masing-masing setelah cuti menjemput mereka.

Pagi ni.. Zalmi lah yang mengambil buku untuk dibacakan, mengambil pensel untuk catatan dan menyusunnya kembali di mini maktabah Ana yang Ana namakan sebagai Maktabah As-Syarifah, di rumah Ana kat Bangi ni.

Di masa terluang, Inilah rutin kami.

Rutin untuk masa kami yang kadang-kadang.

Kadang-kadang Ana bacakan Syamail Muhammadiyah, Imam Turmizi,

Kadang-kadang Tafsir Misbah Al-Munir, Ibn Kathir,

Kadang-kadang Alhikam, Syeikh Ibnu A'thaillah.

Dan pagi tadi..Kitab baru karya Dr.Aid Abdullah Al-Qarni iaitu :

Wa Jaaat Sakratul Maut bil Haqq (Kematian Pasti Akan Datang.)

Dalam diam Ana bersyukur.

Bersyukur Allah golongkan kami sebagai anak muda yang masih ingin membaca dan menyebarkan ilmuNya yang Maha Luas. Harpnya ia berpanjangan sebelum maut menjemput.

Alhamdulillah..

Hanya Tongkat, cawan dan serban

Menitis air jernih dari kelopak mata Salman Al-Farisi, sahabat besar Nabi kita yang suci.

Menghadapi Sakaratul maut yang menjemput. Menangis dalam tenang. Sedang mereka yang sekelilingnya menangis dalam kehairanan.

Bukankah Salman seorang yang Zuhud?

Pencinta akhirat?

Taqarrub pada Allah.?

Lalu, apakah yang menyebabkan matamu menitiskan air jernih Ya Salman?

Dunia?

Atau bekalan perjalanan ke negeri Akirat yang abadi yang masih belum mengcukupi?

Atau jawatan Gabenor Kufah yang masih merantai hati?

Atau, atau,atau,atau..

atau itu dan ini..?

Tidak! Jawab Salman.

Sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku yang menyebut :

Maksudnya : Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang-orang yang bermusafir.

(Selepas mengucapkan sabda Rasulullah saw yang mulia ini, salman menyambung kembali ucapannya ) :

"Sedang kita telah mengambil seluruh dunia ini beserta isinya!"

Bertanya penduduk Kufah padanya setelah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali :

1-Sebatang Tongkat untuk berjalan.

2-Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untuk kegunaan ketika menghakimi.

3-Sebiji cawan besar untuk minum, berwuduk dan keperluan harian.

Tanya mereka : "Wahai Gabenor, sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa dunia pun darimu kecuali keperluanmu terhadap 3 benda ini sahaja."

Sambil memandang, Salman menjawab : " Itulah yang aku fikirkan! Bagaimana akan aku jawab pada Allah terhadap 3 benda yang aku miliki ini.!"

Subhanallah!

Benar katamu Ya Salman. Ucapan yang diiringi bukti kebenaran!

Sedang kami ini..memiliki dunia dan isinya walaupun akan ditinggalkan..

Hanya Duri Tamar

Umar menangis!

Pilu!

Kepiluan yang mencengkam dada hingga ke dasar hati yang paling dalam.

Teresak-esak dia.

Semuanya kerana wasiat Amirul Mukminin yang terdahulu, Abu Bakar padanya.

Amirul Mukminin yang zuhud,

tulus,

lurus pada Rabbnya.

Sangat khauf dan sentiasa tunduk pada pencipta kekasihnya Muhammad saw, jua penciptanya.

Dialah peminum wadi faqir,

Dari cangkir Qanaah dan Mahabbah,

Pemakai pakaian Zuhud,

Yang akhirnya membuahkan khauf yang manis serta Taqaarub yang telah menangiskan matanya yang sentiasa berjaga malam dalam Tahajjud.

Amirul Mukminin kami.. Sayyidina Abu Bakar r.a.

Sungguh,

matanya yang sentiasa menangis (kerana kerinduan pada Allah dan kekasih hatinya Rasulullah saw) itu,telah menangiskan juga mata Umar dengan kesempurnaan zuhudnya.

Apakah Umar Al-Faruq tidak Zuhud sehingga menangis terhadap kezuhudanmu ya Aba Qahafah?

Bukankah Umar ini jua pemilik wajah yang pada dua bahagian pipinya terdapat dua parut yang memanjang dari matanya kesan dari aliran air jernih kerana cinta dan takutkan Allah?

Lalu..mengapa Umar ini teresak-esak pada kematian dan wasiatnya Abu Bakar?

Semuanya kerana isi wasiatmu ya Aba Qahafah..

Amat meruntun hati sahabatmu Umar itu.

Dan mudah-mudahan jua di hati kami ini..

Wasiat Amirul Mukminin Sayyidina Abu Bakar pada khalifah berikutnya :

" Wahai Umar,

hendaklah kamu jangan jadi sepeti aku ini.

Zuhudlah kamu kepada dunia."

Subhanallah!

khalifah yang zuhud ini telah berwasiat agar berzuhudlah kita melebihi zuhudnya!

Sedangkan ketika hayatnya, beliau memakai kain yang tidak berjahit pada hujung dua kain yang bertemu. Sebaliknya hanya melekatkannya dengan duri-duri tamar semata.

Kezuhudan yang sempurna.

Yang menyebabkan Para Malaikat di langit malu terhadapnya.

Begitu juga pada saat kematiannya.

Sayyidina Abu Bakar r.a hanya meninggalkan bekalnya dari dunia ini yang boleh dibilang dengan jari anak-anak kecil.

Dan Umar..

Turut mengakui kesempurnaan Zuhudnya dengan berkata : "Sesungguhnya dengan wasiatmu ini ya Abu Bakar, engkau telah menyusahkan khalifah selepasmu wahai Abu bakar!"

Subhanallah.!

Zuhud yang telah membawa kepada kekasihnya, kekasih kita, Rasulullah saw.

Selawat serta salam buatmu Ya Rasulullah, ahli al-bait serta para sahabat yang mulia dan yang mengikuti mereka sehingga ke akhirat.

...........................Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-63652779449879752272010-06-03T16:59:00.001+08:002010-06-03T17:09:52.533+08:00Tribute Buat Ayah Lutfi (Pakcik).( Dengan rendah hati Ana memohon saudara-saudari pembaca setia sekalian agar sama-samalah kita mendoakan Pakcik Lokman Bin Amrah agar dikurniakan ketabahan dan kesihatan oleh Allah SWT dari penyakit yangs edang menimpa. Berbanyak terima kasih Ana ucapkan kepada anda semua. )

Sewaktu Ayah Lutfi melihat Ana datang berziarah, serta merta air matanya gugur. Erat-erat Ana dipeluk. Seakan ada getaran sedikit pada dada kami yang bertemu. Sayu..

Tak lama, kami renggangkan pelukan.

Perlahan Ana kucup tangannya. Sungguh ada kesayuan Ana bila menatap Ayah Lutfi. Ayah angkat Ana. Dari wajahnya, Ana alihkan pula mata pada sekitar pembaringan beliau.

Bantal..

Cawan air masak..

Tasbih..

Buku-buku Doa..

Dan satu sudut kecil untuk mengambil wuduk..

Seingat Ana, bilik ni jugaklah Nek* berbaring sampai hayatnya.

Subhanallah.

Banyak yang tertera antara kami.

Sehingga kenangan-kenangan itu jika diabadikan dalam penulisan pun tak mampu untuk diterjemahkan dengan bahasa perasaan.

Dulu..

Sejak Ana bertugas sebagai Imam sementara Masjid Wakaf Tembesu, di rumah inilah Ana membesar.

Makan, minum, mandi, solat bahkan tidur pun..Di sinilahh..

Dah jadi rumah kedua Ana dah pun..

Lepas tamat imamkan Solat Zuhur kat Masjid tempat Ana bertugas tu, Ayah Lutfi yang Ana panggil Pakcik, selalu menyapa :

" Die..meh gi dumoh, mokcik ajok makang tengoh hari.."

("Die, mari ke rumah, makcik ajak makan tengah hari.")

Alhamdulillah! Boleh makan tengah hari.

Maklumlah rumah Ana jauh di Kuala Berang nun..

Naik keretalah kami berdua ke rumah pakcik.

Makan, minum, bersembang.

Kadang-kadang cakap kecil..

kadang-kadang cakap besar..

Kadang-kadang Al-Quran dan hadis yang kami bicarakan..

Pendapat Ulama itu, Ulama ini..

Kadang-kadang isu semasa,

Politik tak betul, Saddam Hussein kena gantung..

Kadang-kadang ada ketawa antara kami bila hal-hal lucu yang dibualkan..

" Kisah Die nak cari bini ni..kalu buat buku boleh jadi novel doh.."  Kata Pakcik sambil disambut ketawa dari Ana dan Makcik.

Gembira Ana dengannya.

Hilang beban yang bersarang dalam fikiran.

Jumpa dan cakap-cakap dengan Pakcik ni dah seakan jadi kewajipan pada Ana hampir setiap masa.

Kalau dah datang siang hari pun, Ana akan datang lagi jugak malam nanti. Pasti!

Seakan mencari ketenangan dan kasih pada beliau. Dan beliau pula macam biasalah, sentiasa menyambut dan menggembirakan. Maklumlah pakcik seorang yang periang dan tempat Ana meminta nasihat. Makcik pun begitu juga.

Dulu Ana masih ingat..

Waktu ada hal-hal peribadi yang Ana nak kongsikan,

Padanya jualah Ana luahkan.

Dan Pakcik Makcik sentiasa bersedia

Jadi pendengar yang baik buat Ana.

Tak sikit panduan dan nasihat yang beliau berikan. Apatah lagi beliau berdua cukup kenal Ana.

Dulu..

Ana masih ingat..

Waktu Ana dah hampir seminggu runsing nak cari identiti seseorang,

Pakcik Makcik tanya : " Bakpe Die napok rusing je?"* ("Kenapa Die nampak runsing je?")

Ana pun bagitahulah sedikit sebanyak tentang apa yang merunsingkan tu.

Kesudahannya Pakcik dan Makcik bawak Ana jumpa Abang Mansor dan Kak Jie.

Walaupun hal tersebut tak berjaya tapi yang Ana nak nyatakan kat sini, Pakcik Makcik jugaklah yang jadi penyelesainya.

Sebab tulah waktu Ana ke Mekah,

Adik Ana, Lutfi..

sambut Ana dan raikan betul-betul.

Semuanya sebab Lutfi dah terdidik dengan sifat-sifat Pakcik Makcik.

Dibawanya Ana balik ke rumah,

Masak nasi lauk ikan singgang dan telur cicah budu.

Sewa kereta pandu sendiri,

Bawa Ana ke Jabal Nur,

Ummul Qura,

Mengurut dengan Mat Chetok* dan lain-lain..

Subhanallah.

Tapi sekarang..

Pakcik terbaring tak macam dulu.

Bercakap pun tak selancar dulu.

Banyak iringan air mata tanda keharuan apabila menerima ziarah kami tadi.

Dan Ana pun sayu sebenarnya.

Menghadap seorang pengasih seperti beliau yang tak sekuat dulu.

Uzur..

Lemah..

Berbaring di pembaringan.

Hanya Zikrullah sebagai peneman.

Pantas Pakcik kami dudukkan.

Untuk mengaminkan Doa angin ahmar.

Yang Ana baca dengan penuh harapan.

أعوذ بالله من الرّيح الأحمر ومن الدّاء الأكبر فى النّفس والرّوح والدّم واللّحم والعظم والجلد والعروق والعصب سبحانك اذا قضيت أمرا فانّما تقول له كن فيكون

Maksudnya : Ya Allah aku berlindung dengan Allah dari penyakit angin ahmar dan penyakit yang besar/berat dari menimpa ke atas diriku dan ruhku, darah dan daging, tulang dan kulit, urat sarafku. Maha Suci Engkau Ya Allah yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan " Jadilah! maka jadilah ia".

Amin Ya Allah. Kabulkanlah.

Glosari :

Nek - Panggilan untuk Nenek, Mak pada Makcik yang telah meninggal dunia sekitar 3 tahun yang lalu. Nek dengan arwah Nenda sangat rapat. Banyak yang dikongsikan bila Nenda dan Nek bertemu.

Mat Chetok - Gelaran bagi sahabat Lutfi Lokman yang berasal dari Tahailand dan juga merupakan pelajar Universiti Ummul Qura Makkah. Ana berkesempatan berurut dengan Mat Chetok ini setelah mengalami kemalangan di Makkah seperti mana yang Ana kisahkan di dalam Tribute Buat Nenda II ini.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-21590077917538711472010-05-02T00:33:00.003+08:002010-05-02T01:23:20.608+08:00Cerita tadi.Abah dah balik.

Abu pun.

Namun Ana masih di sini.
Di tepi jalan depan Restoran Amir kat Bandar Baru Bangi ni. Masih..

Dari jauh mata Ana masih mengekori kereta Perdana hitam yang dipandu Abu. Meluncur laju meninggalkan Ana. Kemudian..hilang di celah-celah selekoh.

Seakan ada sedikit sayu di hati. Maklumlah dah 2 hari Abah dan adik Ana, Abu bermalam di rumah Ana kat Bangi ni. Dan macam-macam tempat kami pergi.

Pergi AMBANK uruskan kereta Abu.

Pergi tengok rumah PKNS yang masih belum terjual.

Pergi makan roti bakar dan minum air kopi panas hampir tiap malam kat Old Timer di depan rumah Ana ni.

Dan pagi tadi kami ke hospital Serdang.

Macam-macam tempat kami bersama pergi. Ke sana ke sini.
Terubat sikit kerinduan Ana pada kampung halaman. Maklumlah bila dah jauh di perantauan ni, sesekali keluarga bertandang tentu dapat semangat dan kekuatan baru sebagai azimat di tempat orang ni.. (Walaupun sebenarnya baru minggu lepas Ana pulang ke kampung).

Eh..kejap!

Tadi Ana ada cerita tentang Hospital Serdang kan?
Terlupa pulak nak panjangkan kisah dan sebabnya kami bertiga ke sana.
Ana cerita ye..

" Waris dan kenalan Fariz ..masukk!!" Laung lelaki yang agak rendah dan gempal tubuhnya.

Cepat-cepat Ana langkahkan kaki ke bilik sederhana kecil itu. Mengatur langkah sederhana kecil. Dan seperti yang Ana duga, tak banyak perkakas yang mengisi ruang di bilik sederhana itu. Hanya pembaringan besi beroda dan beberapa sinki. Dan mata Ana...sedang menatap tubuh pemuda 24 tahun yang sedang terbaring kaku di atas pembaringan di bilik mayat itu.

Bisikan ayat-ayat suci memenuhi ruang.
Lancar selancar deraian air mata yang menzahirkan kedukaan mereka.
Sesekali mata Ana seakan menahan titisan jernih apabila melihat Ibu si mangsa langgar lari ini memandang berkali-kali sambil mengusap-ngusap kepala anaknya yang telah kaku.

Sedih..
Sayu..
Pilu..

Itulah hati seorang ibu.
Meratapi kehilangan anak yang baik.
Ana sendiri kagum dengan kecekalan pemuda yatim ini. Lebih-lebih lagi bila mengetahui Fariz ini merantau untuk menanggung ibu dan adik-adiknya di kampung. Semoga Allah membalas sebaik-baik balasan buat beliau. Amin.

Kain penutup mayat Pa (tak pasti nama sebenar) Ana angkat.
Merenung Ana pada wajahnya yang masih basah. Dah selesai dimandikan agaknya. Sesekali mata Ana terpandang kesan-kesan darah pada kain penutup mayat itu.

Juga mangsa langgar lari. Cuma mayat Pa lebih teruk dari Fariz.

Sebenarnya mereka berdua ni sekampung. Bukan saja sekampung, satu tempat kerja. Dan bukan saja satu tempat kerja..satu usia. Dan mati pun pagi tadi bersama-sama. Subhanallah. Mereka berdua menjadi mangsa langgar lari pemuda India yang mabuk!

" Antara tanda akhir zaman ni..orang muda mati dulu. Cuba tengok sekarang! Kebanyakkan orang-orang muda yang meninggal dulu kan?" Ujar Ana pada jemaah surau Al-Madaniah, USJ.

" Kadang-kadang kita tengok..sakit berbulan-bulan tak semestinya mati. Tapi ada yang sihat elok-elok je..tiba-tiba mati.." Sambung Ana lagi.

Mengangguk-angguk jemaah.
Setuju benar nampaknya mereka dengan Ana. Rancak pula mereka bertanya selepas itu. Maklumlah topik kematian. Topik yang pasti setiap orang akan melaluinya.

Mudah-mudahan kita sentiasa bersedia untuk kematian yang pasti itu.

Buat kedua-dua ahli keluarga si mati, bersabarlah dengan sebaik-baik kesabaran agar redha Allah sentiasa memayungi kita hambaNya yang lemah ini. Setiap musibah dan kesedihan itu adalah pengangkat darjat hambaNya sedang akhirat jualah yang lebih baik serta lebih kekal. Semoga Allah merahmati kedua-dua pemuda yang baik ini. Amin.

ان الروح اذا قبض تبعه البصر

Maksudnya : Sesungguhnya ruh itu apabila digengam (oleh Allah) maka ia akan diikuti oleh pandangan matanya.

- Sufifaqir-
Bait As-Sharifah, Bangi.
1.21 pagi.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-2758752631768591142010-04-12T20:02:00.003+08:002010-04-12T21:07:48.039+08:00HujangSebentar tadi hujan turun lagi.
Lebat.

Macam petang-petang semalam juga.
Hujan yang tidak bersendirian. Bersama angin yang menderu-deru.

...Ruurr..ruurr... Bunyinya.
Bunyi yang menambah kerinduan pada kampung halaman!

Tapi..
Alhamdulillah hati Ana masih boleh tahan!

Pantas Ana tadah air hujan yang mula mencurah..
Menikmati sejuk dan jernih air yang bertaburan dari langit..
Jatuh ke atap bata wakaf di laman rumah..
Wakaf lama berpeleh* Terengganu..

Seingat Ana dah hampir dua bulan wakaf ni sampai dari Terengganu dan kemudiannya bermukim di rumah Ana kat Bangi ni..

Melihat wakaf ni..
Menambah lagi kerinduan Ana pada kampung halaman!
Tapi hati Ana masih boleh tahan..

Bila mata merenung pada hujan yang mencurah ni..

Benar-benar membawa Ana pulang.
Pulang pada rumah kami di kampung.

Di sinilah!
Kalau hujan..
beraturlah besen-besen buat menadah air hujan.

Di sinilah!
Kalau petir dan kilat menyambar..
Nenda pesan : " Gi tutup cerming nung dengang kaing lepah..". (Pergi tutup cermin dengan kain lepas )

Bila ingat-ingat kembali pesanan Nenda..
Maka bertambahlah rasa kerinduan pada kampung halaman!

Tapi jari Ana yang sedang taip ni masih 'cakap' boleh tahan..
Walaupun hati Ana cuba sedaya untuk menahan..

Lokasi : Kedai Icik Saih, Kampung Buluh, Kuala Berang.

" Icikk..! Apuh dok Tanjung*?" (Icik! Tenggelam tak kat Tanjung?)

" Apuh! Orang tahang pukat." ( Tenggelam. Orang tahan pukat.)

" Mitok plastik se cikk! Nok isi ikang." (Minta plastik satu Cik. Nak isi isi ikan).

Kami budak-budak kampung macam ni lah..

Musim hujan,bah..
Tangkap ikan, main perahu.

Bila dah kecut kulit baru naik..
Makan ubi gaul nyiur dan minum kopi..
Kadang-kadang makan biskut jagung cicah air tea panas,
Atau biskut cotek* warna-warni.

Sungguh!
Kenangan sebegini menambah kerinduan pada kampung!
Tapi hati Ana masih boleh tahan walaupun fikiran dan jiwa dah sampai kat kampung sekarang!

Tapi petang tadi..
Pertahanan hati Ana runtuh!
Temboknya musnah!
Kebalnya tewas!

Bila terserempak dengan orang kampung yang bertanya :

" Die..dok balik kampung ke?"

Ya Allah! Nak balik sekarang! Hati dah tak tahan!

Glosari :

Peleh - Papan yang terletak antara dua atap dan bentuknya unik dan menarik. Bila dipandang, orang-orang seniukir akan tahu ia melambangkan rumah/wakaf/pondok tersebut adalah buatan jati Terengganu. Sama juga pada rumah Negeri Sembilan. Ia mempunyai identiti tersendiri.

Tanjung - Nama satu kawasan lapang di belakang kedai Icik Saih yang juga merupakan tempat kami anak-anak kampung bermain Wau waktu kecil-kecil dulu.

Biskut Cotek - Biskut yang berwarna-warni dan bentuknya seperti siput. Biasanya dijual dalam jumlah timbang/kilo.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com13tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-74032921425293833522010-03-30T11:30:00.004+08:002010-03-30T22:58:49.818+08:00Alfatihah buat Ayah Cik Suhaimi.
"Die..bangun! Ayah Cik Suhaimi* takdok doh.." Kejut Mami.

"Innalillah.." Ucap Ana sepatah.

Berita pemergian Ayah Cik amat mengejutkan.
Walaupun Ana mampu menerimanya dengan tabah namun kenangan-kenangan bersama beliau seakan memberatkan telinga ketika Mami menyampaikan berita sedih itu pagi tadi.

Ayah Cik seorang yang cermat,
dihormati,
mengambil berat dan suka pada kebajikan.

Amat biasa sangat Ana menerima nasihatnya tiap kali kami bersua. Sama ada di masjid Kampung Buluh atau dimana-mana.

Sambil tangannya yang sentiasa wangi dengan atar itu Ana kucupi, sambil itu jugalah Ana pasti menerima nasihat atau kata-kata perangsang darinya. Diusap-usapnya belakang Ana. Belakang anak muda yang sentiasa beliau biayai yuran pengajian sewaktu SRP dan SPM dulu. Dan juga Ayah Cik tak lokek menghulurkan pitih lebih buat Nenda setiap kali Nenda sediakan lembek kekabu yang Ayah Cik minta.

Kata Nenda, masa kecil-kecil dulu, Nenda selalu dukung Ayah Cik. Masa kena dukung tu Ayah Cik cakap pada Nenda :

" Cikk..le ning* Cik dukung Awang*..besor seksok Awang beri pitih ke Cik buat beli daun rokok.."

Subhanallah!
Dari kecil lagi sifatnya yang suka menderma dan mengambil berat dah terserlah!

Ana sendiri dalam diam, amat mengagumi beliau.
Pada sifatnya yang mengambil berat dan disiplin hidupnya.
Sifatnya yang satu dalam seribu membuatkan kehilangannya amat dirasai.

Dulu Ayah Cik pernah cakap pada Ana sewaktu Ana mendapat satu tawaran menjadi Pensyarah dis ebuah universiti tempatan :

" Bagi Ayah Cik..kalu kerje pensyarah, gaji lagi mahal. Lagi banyak kita ada pitih, lagi banyak kita boleh tolong orang.." Kata Ayah Cik.

Teranggung-angguk Ana.
Benar sangat katanya.

Ana sendiri dah faham sangat cara Ayah Cik berfikir.
Beliau memang selalu fikir nak menderma dan bantu orang ramai.
Dari sebesar-besarnya seperti bantuan pembinaan masjid sehinggalah sekecil-kecilnya seperti sediakan makanan dan air untuk jemaah masjid yang bertakbir raya.
Pagi raya pun Ayah Cik ambil peluang bagi-bagikan duit raya serta kain pelikat untuk anak-anak kampung dan warga tua..Subhanallah..

Mudah-mudahan Ayah Cik tenang di sana bersama hamba-hambaNya yang diliputi redha dan rahmat.

Takziah juga buat Makcik Zan sekeluarga. Semoga kita sama-sama tabah menghadapi pemergiaan insan yang baik yang telah bersama kita dan meninggalkan ajaran-ajaran serta nasihat-nasihat yang tetap selamnya di dalam ingatan.

Ya Allah..
Rahmatilah dan kurniakanlah kemapunan
serta redhaMu buat Ahmad bin Abdul Rahman. Amin.

Glosari :
Ayah Cik Suhaimi - Nama panggilan terhadap Ayah Cik.
Le ning - Bahasa Terengganu yang bermaksud sekarang ni..
Awang - Panggilan manja bagi anak lelaki yang amat disayangi. Dalam ayat ini, Ayah Cik membahasakan dirinya sebagai Awang ketika berbicara dengan Nenda.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-63454369781613841612009-11-15T13:18:00.009+08:002009-11-15T16:12:34.768+08:00CIKGU OH CIKGUJika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka..
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa..
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis, baca

(Allahyarham Usman Awang)

ABC dan Roti Paun

Pantas tisu Ana capai.
Ana lipat dua lalu Ana lapkan mulut yang masih basah dengan ABC.
Sesekali Sibah* memandang Ana. Agaknya masih tak percaya melihat budak sekolah yang selalu makan ABC cicah roti paun tiapkali balik sekolah dulu, kali ni datang lagi ke kedainya.

Tadi, sewaktu melangkah ke dalam kedainya pun, Sibah menyapa dalam terkejut :

" Laaa..lamanye aku dok tengok mung Diee...Bertahun doh.." Kata Sibah sambil merenung Ana dalam-dalam.

Agaknya merenung wajah hensem Ana yang masih tak berubah. Agaknyalah!

Dengan senyuman yang masih terukir, Ana berkata : " Bahh..ABC se*, Roti paun dua."

Cikgu Rosniku

"Assalamualaikum Cikgu.."

"Waalaikumsalam Dikk.."

" Cikgu..Cikgu dang dok* dengan Cikgu Rosni?"

"Cikgu Rosni?"..

Berkerut-kerut dahi Cikgu muda tu. Barangkali berfikir-fikir dia mengingatkan Cikgu Rosni yang mana satu.

Lama dia berfikir.

Lamaa..

Kemudian : "Maaf Dikk..Cikgu dok* kenal.."

Ana mengangguk lemah. Hampa..

Tak kesampaian juga mencari Cikgu Rosni, guru Ana darjah 1 Kuning dulu.

Hadiah Susu

Balik kali ni banyak kenangan yang menggugat.
Menerjah memori ingatan yang tak pernah padam terhadap cerita-cerita lama. Sebolehnya Ana balik kali ni nak sangat cari dan berjumpa kembali dengan guru-guru lama Ana dulu.

Cikgu Rosni,
Cikgu Mat Hassan,
Cikgu Yap,
Ustaz Yusof dan..
Kak Jah kerani...

Kak Jah ni..selalu datang ketuk pintu kelas untuk jumpa Ana.
Biasanya Ana tahu, kalau Kak Jah dah datang, mesti lepas tu Ana kena ikut Kak Jah ke pejabat untuk ambil hadiah.

Hadiah?

Ye hadiah!

Hadiah susu 12 kotak untuk pelajar-pelajar miskin di bawah program tajaan Kerajaan. Dan Ana salah seorang dari mereka!

Alhamdulillah.

Kenangan Menggamit Lagi

Sewaktu melawat Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Berang pagi tadi, Ana pusing satu sekolah. Melihat kesan-kesan lama. Sebolehnya Ana nak cari dan tengok semua kenangan-kenangan lama Ana. Nak hayatinya.

Dari jauh yang kemudiannya Ana dekati..
Ni..Kelas lama Ana darjah 1 Kuning yang sekarang dah jadi Bilik guru J-Qaf.
Yang dua ke kanan tu pulak..kelas 2 Kuning dan 4 Kuning Ana, dah jadi darjah 2 Mumtaz sekarang.

Yang bangunan sebelah ni pulak, Darjah 3 Kuning Ana dulu. Sekarang dah jadi Pusat Program Khas Integrasi murid-murid. Kat depan kelas Ana ni, ada simen tempat Ana, Syed Khaizul* dan Tengku Kamal makan bekalan masing-masing.Kami tukar-tukar dan kongsi-kongsi. Sampai sekarang ni pun simen tempat kami bersila makan tu pun masih ada..
Biasanya Tengku Kamal bawak bekal sedap-sedap. Dia anak orang kaya.
Tak macam Ana. Sesak*.

Darjah 5 Kuning Ana pula..sekarang ni dah jadi stor simpanan bangku sekolah dan kerusi lama. Sempat juga Ana buka pintunya tadi.

Tu..nampak pakcik kebun tidur kat dalam.!

Kalau Cikgu Sulong, guru kelas 5 Kuning dulu ada sekarang ni, memang kena pakcik tukang kebun tu sebab tidur dalam kelas.

Cikgu, Maafkan Saya Cikgu!

Dari tingkap bawah Ana menapak ke tingkat atas. Ana nak tengok kelas Ana masa darjah 6 Tok Gajah dulu.

Ya Allah..dah jadi bilik Hypermedia rupanya!

Aduhh..banyak sangat dah berubah.
Inilah kelas yang banyak mencipta kenangan pada Ana. Maklumlah masa darjah 6 dulu, Ana mewakili sekolah dalam pertandingan Syair, lakonan dan cerita-cerita kisah Nabi-Nabi sehingga ke peringkat negeri.

Guru kelas Darjah 6 Tok Gajah masa tu namanya Cikgu Saari. Garang orangnya.
Ana sendiri sampai sekarang tak dapat lupa satu peristiwa antara Ana, sahabat-sahabat dan Cikgu Saari. Harapnya kisah yang akan Ana muatkan dalam Tribute Buat Nenda II ni nanti, Cikgu Saari tak beli. (Bukan takut..sebenarnya Ana taknak Cikgu beli sebab Ana nak hadiahkan pada guru-guru Ana yang mendidik sehingga Ana boleh menulis seadanya ini).

Kisahnya begini :

" Die..Cikgu Saari nak jumpa kekgi* sebab mung buang butir betik ngata* sekali dalang kelas kita ning." Kata sahabat yang Ana dah lupa siapa.

" Allapadang* matilaa kali ning." Bisik Ana.

Peristiwa makan buah betik sekolah terbayang jelas di mata.
Kami pasukan pengakap kait buah betik sekolah dan makan dalam kelas.
( Dulu perjumpaan pasukan pengakap atau kami panggil Scouts akan diadakan setiap hari Rabu.Kebetulan minggu tersebut minggu kerja amal.Jadi Ana dan kawan-kawan, semangat punya pasal, balik je sekolah tak sempat makan nasi terus ke sekolah untuk minggu kerja amal. Jadi bila dah penat buat kerja amal, kami yang kelaparan ni, kaitlah buah betik yang ditanam pihak sekolah.)

Sebenarnya, makan buah betik yang ditanam pihak sekolah ni taklah menjadi kesalahan tapi yang jadi masalahnya ialah biji betik yang kami makan tu bertaburan atas meja guru. Kat mana silapnya Ana pun tak tahu. Barangkali kami terlupa yang esok baru hari khamis, maksudnya sekolah belum cuti.

Dalam ketakutan tu Ana mencari-cari jalan. Sama macam Ahmad Nesfu waktu jadi Sultan dia cari jalan dengan menghantar anak angkatnya Sang Nila Utama pergi cari musang berjanggut. Tujuannya satu.

Dia nak mengurat isteri Sang Nila Utama!

Tapi Ana Bukan Ahmad Nesfu!
Ana ni murid yang akan terima akibat sekejap je lagi kalau Ana tak berbuat sesuatu sekarang!

Akhirnya Ana dapat satu jalan.Harap-harapnya menjadi..

Sewaktu perhimpunan :

" Aduhh..sakitnya dada.." Adu Ana pada guru. Dan tak lama kemudian Ana pun pengsan!

Dalam pengsan macam Haji Bakhil pengsan waktu dengar Manisah minta duit untuk beli mesin jahit tu, Ana terdengar suara Cikgu Saari :

" Usung ke kantin. Bagi baring. Bila sedar bagi minum susu.."

Akhirnya Ana diusung ke kantin.
Sedap pun ada waktu kena usung tu. Tapi yang pasti debaran masih tak hilang. Rapat-rapat mata Ana pejamkan.

Tak lama kemudian, Ana pun bangun dari 'pengsan'.
Dan seperti yang Ana jangka (sebab dah biasa tengok murid-murid junior Ana pengsan) Ana disuruh minum susu.

Lepas minum susu..Ana harap tutup kes lah dengan Cikgu Saari sebab takkan masih nak rotan murid pengsan.

Rupanya tidak!

Cikgu Saari menyambung perintah:

"Usung dia masuk dalam kereta. Saya dan Cikgu Razak nak hantar dia ke hospital!"

"haaa..sudah!" Bisik Ana.

Matilah Ana kali ni!
Kat hospital tentu tak boleh tipu-tipu lagi. Mesin-mesin dan alat-alat hospital tentu tahu Ana tipu!

Ana rasa taknak teruskan lagi cerita ni.
Segan dan malu sebenarnya. Tapi kalau Ana berhenti tanpa habiskan cerita ni.. tentu selain dari Cikgu Saari dan Cikgu Razak, anda semua pula akan kata Ana tipu-tipu* anda macam Ana tipu-tipu Cikgu Saari dan Cikgu Razak. Kalau begitu, Ana teruskan lagi ye..

Kat Hospital

Alhamdulillah Ana dah selamat diperiksa oleh Doctor.
Doctor minta Ana rehat kat luar bilik sementara Cikgu Saari dan Cikgu Razak bebual dengannya :

" Sakit pende* murid saya ni Doctor?" Tanya Cikgu Saari.

"Athma." Jawab Doctor sepatah. Mungkin berpandukan pada rekod-rekod kesihatan Ana yang ada dalam simpanan Hospital.maklumlah Ana selalu juga ke hospital bila Athma betul menyerang.Cuma beza kali ni Athma ni Athma jadi-jadian.

Tiba-tiba senyum Ana tadi hilang bila Cikgu Saari berkata :

"Sebenarnya saya ingat ke dia waklolok*. Sebab saya nak marah dia dan kawan-kawan dia hari ni.."

Mendengar kata-kata Cikgu Saari tu, jelas Ana dengar Doctor jawab :

"Oh tidak cikgu! Budak-budak..kalau dia sakit..dia akan cakap sakit. Mereka takkan tipu.."

Horeeyy!

"Cikgu..Saya minta maaf cikgu. Sebab saya.....

"Takpe Die..Die berehat dulu. Kan Athma tu.." Kata Cikgu Saari memotong cakap Ana.

Aduh! Hampa..

Tak sempat nak terus terang, Cikgu Saari dah sahkan Ana memang Athma!

Ya Allah,
Muliakanlah guru-guruku, ampunilah mereka, balaslah mereka dengan syurgaMu..Amin.

Kamus Terengganu

Sibah - Nama tuan kedai ABC yang letaknya bersebelahan dengan Perpustakaan Awam Hulu Terengganu. Ana selalu datang makan ABC cicah roti paun setiap kali balik sekolah.
Se - Loghat Terengganu yang bermaksud satu.
Dang dok - Loghat Terengganu bermaksud Sempat tak.
Dok - Loghat Terengganu bermaksud Tak.
Syed Khaizul - Dua Pupu Ana.
Sesak - Loghat Terengganu lama yang bermaksud susah atau miskin.
Ngata - Loghat Terengganu yang bermaksud merata.
Kekgi - loghat Terengganu yang bermaksud sebentar lagi.
Allapadang - Loghat anak-anak Terengganu khususnya di kawasan Ana yang bermaksud alamak.
Pende - Loghat Terengganu yang bermaksud apa.
Waklolok - Loghat Terengganu Lama yang bermaksud tipu-tipu.
Tipu-tipu - Ana sengaja memilih perkataan tipu-tipu sebab sebenarnya budak-budak bila dia tipu, dia tipu kerana kurang matang. Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-79203597270233378592009-10-20T21:56:00.002+08:002009-10-20T22:28:38.408+08:00Dah lama tak menulis.Petang tadi dapat berita :

" Isteri Cikgu Junuh mati.."

Pelan-pelan Ana ucapkan :

"..Innalillah.."

Ada helaan panjang dilepaskan. Seolah terasa beban yang terpikul di bahu ini.

Sebenarnya akur.
Akur pada Qudrat dan IradatNya yang Maha Agung.

Sedang kita hanyalah hambaNya yang tidak berdaya...

Dah lama Ana tak menulis.
Kesibukan dan kesihatan yang tidak mengizinkan serta Broadband yang selalu dilanda masalah menyebabkan hasrat hanya tinggal hasrat. Terkadang dah menulis panjang-panjang dah pun tapi tetiba...Hilang.Padam. Tak sempat save. Dan lain-lain.

..Emmm..

Ni lah antara dugaan menulis. Bukan sekadar memerah fikiran bahkan menduga kesabaran lantas memupuk agar ia menjadi perhiasan diri. Abadi. Amin.

Kali ni banyak yang hendak ditulis.
Dalam kepayahan menulis kali ni (kerana kurang sihat), Ana cuba ingin berkongsi perkara-perkara yang berada dalam kotak fikiran ni. Antaranya :

1) Ada satu artikel yang ingin Ana taip tentang 'kebetulan' dan sampai sekarang ia hanya 'ditaip' dalam fikiran Ana sahaja.

2) Ana ditimpa sakit sekali lagi pukul 4 pagi pada 12/10/09 yang akhirnya berkesudahan Ana terlantar di rumah Abang Usop dan Kak Mah di USJ beberapa hari.

3) Ana dapat 'Sahabat Baru'. Alhamdulillah dapat Ana berdakwah dengan lebih jauh dan berkesan untuk gerak kerja Ana.

4) 17/10/09 Ana diminta menjadi wakil cakap bagi pihak rombongan lelaki untuk majlis pertunangan. Subhanallah, Ana ni masih lagi faqir tapi ditaklifkan atas dasar kepercayaan mereka pada Ana untuk majlis itu.

Maka setelah membaca ayat-ayat suci dan muqaddimah pujian pada Allah dan Rasulullah SAW, Ana pun mulalah :

" Saya ni..dengan rendah hati..mewakili Ibu Bapa dan ahli keluarga pihak lelaki..dengan suci hati menyatakan maksud kami yang besar ni agar ...(nama dirahsiakan)..sudilah kiranya menyambut salam ...(nama dirahsiakan)..

Maka besar sangatlaaahh harapan kami yang serba kurang ni. Allah jualah Yang Maha Sempurna dan terkaya DIA dari segala kekurangan..."

Panjang lah ayat yang Ana susun. Terasa macam orang tua je waktu tu. Rasa macam Ayah pun ada pun ada. Subhanallah.

Dan akhirnya..:

" Beginilah Ustaz..Alhamdulillah, kami terimalah dengan baik hati dan dengan suci hati.."

Alhamdulillaahhh..

Itulah yang dapat Ana catatkan buat sementara ini.
Ana nak minta izin rehat dahulu. Ana kurang sihat sebenarnya.
Banyak yang Ana rakam dalam kotak fikiran ni. Kalau Ana pendek umur, ampunkanlah salah dan khilaf Ana.

Semoga Allah sentiasa membantu anda yang sentiasa tidak jemu bersama Ana di medan Sufifaqir ini. Ana sentiasa mendoakan anda semua. Agar sentiasa di dalam lindungan dan kasih sayangNya. Doa anda juga Ana pohonkan.Doakan ye.

Doakan agar Sufi tidak Faqir lagi.

Syukran.Wassalam.

20/10/2009
10.27 Malam.
Bait As-Syarifah, Terengganu.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com20tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-64727465238386972312009-09-29T15:33:00.003+08:002009-09-29T15:54:05.246+08:00Mati Versi RingkasBelum sempat Ana masuk ke dalam kereta, Icik Zaid datang dalam keadaan cemas :

" Die..Din sakit dok sedor.."

Mendengar berita tersebut, dengan segera Ana ucapkan :

انّا للّه وانّا اليه رجعون

Maksudnya : Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepada Allah jualah kami akan kembali.

Pantas Ana buat pusingan U. Kemudian memecut ke rumah Din.

" Mengucap Din..Mengucaapp.."

" Allaaahhh..Allahhh..."

Ujar Ayah Cin Tuan Cik. Mengingatkan Din yang dah hampir pergi.

Bau hancing menusuk-nusuk hidung.

Membasahi karpet merah sederhana besar. Sesekali tangan Ana memegang dada Din. Sambil merenung wajahnya yang mula kebiruan.

Diam.

Kaku.

Senyap.

Akhirnya : انّا لله وانّا اليه رجعون

Sabda Rasulullah SAW :

انّ الرّوح اذا قبض تبعه البصر

Maksudnya : Sesungguhnya ruh apabila digengam, maka akan diikuti oleh matanya (yang melihat kemana keluarnya ruh itu).

Mati.
Satu janji.
Yang pasti mengunjungi.

Oleh itu..
Carilah kematian
Untuk sebuah kehidupan.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-16024200304964399872009-09-28T13:29:00.005+08:002009-09-28T14:45:59.811+08:00KenanganJernih air yang terapung di permukaan pasir,
Mendinginkan tubuh,
Meski aku hanya di tepian,
Di persisiran.

Saat memandang relok air,
Yang berarus ditongkah kasim gila*
Ditemani Sibur* merah dan hijau,
Segera hati berkata :

"Alangkah indahnya
jika dua tangan menekup
bucu ruas buluh di dasar sungai.
Sambil menikmati cemas ikan yang terperangkap,
Atau sepit udang yang mengcengkam."

Di situ..
Pohon buluh.

Tempat kami bersila atas hamparan
Surat khabar lama atau daun kelembang*
Membuka bekalan :

" Oohh mak bekalkan udang..

atau..

Telur kicap banyak bawang.."

Bocong*?

Berisi air mati* atau lamned
yang dikongsi nanti dengan kawan-kawan.

Pasti ada yang mengelat.
Meneguk lebih dari rakan.
Menikmati lamned yang dapatnya jarang-jarang..

Dulu..
Di sini..
Mak mandak selalu mencari rebung,
Buat menyayur sebagai peneman,
Nasi di pinggan.

Berlari di sini,
tidak seperti sekarang,

Dulu berkejaran,
Sekarang berseorangan.

Mereka sekarang tak kenal sungai,
Selesa lagi di bawah pancuran (paip).

Petang-petang :
bermain, berlari laki dan perempuan.
Sembunyi-sembunyi di bawah rumah.

Kadang-kadang cari botol,
Jual pada Van kayu yang datang.
5 botol = 20 sen.
Jadilah..
Buat beli air poli dan coklat gam.

Tumpang makan di rumah jiran,
Jadi kebiasaan.
Anak orang anak mereka,
Anak mereka anak orang.

Dunia Sekarang?
Jangan nak samakan!

Kalau hujan..
Berteduh di rumah orang,
Maklumlah rumah sendiri banyak besen teratur,
Buat menadah titisan hujan.

Ya Allah,
Kerinduan apakah ini?

Sehingga ternampak-nampak di mata,
yang berbekas di dalam dada.

Sungguh cintakan kenangan,
Terkandung hikmah budi kerendahan,
Jernih asuhan dari kesusahan.

Pasanku padamu anak :

" Pelajarilah kesusahan..nescaya timbul hikmah dan kebijaksanaan.."

-Sufifaqir,
9 Syawal 1430H-

* Kasim Gila - sejenis hidupan sungai yang terapung-apung di permukaan dan pergerakannya laju.
*Sibur - Loghat Terengganu yang bermaksud pepatung
*Daun Kelembang - Loghat Terengganu yang bermaksud daun keladi.
*Lamned - Sejenis air botol yang mengandungi pelbagai perisa. Ada oren, Sarsi, Aiskrim Soda, Sarsaparila dan sebagainya. Kat bandar dikenali sebagai Long Cham.
*Air Mati - Loghat Terengganu lama yang bermaksud air sejuk.
*Bocong - Loghat Terengganu yang bermaksud bekas berisi air.
*Coklat Gam - Loghat Terengganu lama bermaksud Chewing Gum.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-37989147523467759342009-09-28T10:54:00.003+08:002009-09-28T13:00:40.005+08:00Yang Baik, Yang JahatAda 2 orang.

Satu baik.
Satu Jahat.

Yang baik tenang.
Yang jahat kelam.

Yang baik cakap : " Ya Tuhan, Ya Tuhan!
Yang Jahat cakap : " Ya Syaitan, Ya Syaitan!

Yang Baik disahut : " Ya HambaKU"
Yang Jahat pun disahut : " Ya Hambaku.! (Jawab Syaitan)

Yang Baik ada tangan, ada badan.
Yang Jahat pun ada tangan, ada badan.

Tapi tangan mereka tak sama.
Badan mereka pun tak sama.

Tangan Yang Baik - Dingin di sana.
Tangan Yang Jahat - Azab membara.

Ya Allah, pemilik Yang Baik,
Ya Allah, pemilik Yang Jahat.

Anugerahkanlah diriku kebaikan,
Bencikanlah daku terhadap kejahatan.

Nikmatkanlah daku martabat Makrifat,
Pandangkanlah daku dengan pandangan hakikat,
Agar keluarku dari dunia yang sesat,
Pada Akhirat, kekal beserta Nikmat.

Berkata Sayyidina Abu Bakar : " Barangsiapa mencari kematian, nescaya betemu dengan kehidupan."

-9 Syawal 1430H-Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-89920116197594292402009-08-30T10:18:00.008+08:002009-08-30T10:57:53.755+08:00Mohon PerhatianAssalamualaikum Wbr.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Sabda Rasulullah SAW :

Fitnah adalah barang yang sedang tidur dan Allah melaknat sesiapa yang membangunkannya.

Sahabat-sahabat sekalian.
Ana ingin menarik perhatian sahabat terhadap beberapa perkara penting.

1- Ruangan bersila di lambur terpaksa di KIV sementara atau selama-lamanya kerana terdapat beberapa aduan dari pengunjung-pengunjung yang diganggu oleh mereka yang tidak dikenali. Antaranya mereka dilarang menghubungi sufifaqir.

2- Sufifaqir tidak pernah mempunyai sebarang Hi5, Facebook, Friendster dan lain-lain selain dari blog ini. Ana berkesempatan melihat laman-laman yang dinyatakan di atas dan terkejut apabila didaftarkan atas nama Ana.

3-Sekiranya sahabat-sahabat ( termasuk yang menghubungkan blog mereka dengan blog sufifaqir ) ingin berkongsi ilmu,maklumat dan lain-lain, bolehlah terus menghubungi Ana menerusi email ana aiatu : - rashidy_jamil@yahoo.com atau rashidy_arrashid@yahoo.com atau sufifaqir@yahoo.com. Selain dari 3 email yang dinyatakan di atas, Ana tidak mempunyai sebarang email lain.

4- Ini kali ketiga perkara sebegini berlaku. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari fitnah yang telah diamarankan oleh Rasulullah SAW tercinta.

5- Ana berlindung diri dari perkara-perkara sebegini dan hanya Allah sahajalah memberi petunjuk kepada yang berkenaan. Syukran di atas sokongan anda selama ini.

Jazakumullah.

-Sufifaqir-Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com16tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-75341125989226581832009-08-27T00:36:00.005+08:002009-08-27T19:55:38.059+08:00Yatim (Versi Ringkas)Sabda Rasulullah SAW :

"Bagi orang yang memelihara anak yatim maka aku dan dia seperti dua jari di syurga."
(Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah)

(Riwayat Muslim)

Dua mata anak kecil itu merenung Ana. Lama-lama.
Merenung tanpa mengerti.

Ana mula senyum padanya.Sesekali kening diangkat. Untuk mengagah*.
Dan macam tadi juga..dia hanya membalas senyuman Ana dengan pandangan.

Sungguh terik mentari yang tegak di atas kepala tidak sedikit pun menghalang pandangan Ana pada matanya.

Comel!

Putih!

Hitam!

Mata putihnya tersangat putih. Dan anak mata hitamnya..tersangat hitam.

Mengingatkan Ana pada sifat mata Baginda Rasulullah SAW tercinta.

Ada rasa kasih padanya.
Apatah lagi bila mengenangkan anak kecil ini baru kehilangan bapanya beberapa bulan yang lalu.

A'lia Solehah diarak.
Dari satu tangan ke satu tangan.
Sesekali alunan selawat yang bergema mengejutkan anak comel itu.

Terbuka kelopak matanya..dan kemudian..
Pejam semula..

Menatap matanya yang comel membuatkan Ana dilanda :

Sayu!

Sedih!

Pilu!

Bukan sahaja pada Ana. Tapi pada semua yang hadir dalam majlis bercukur * tersebut.

Mata anak yatim : A'liya Solehah Binti Azman.

Pagi itu..

"..Hello.. Assalamualaikum Diee..
"..Diee.. Abang Man Takdok doohhh.."
"..Huuhuk hukkk..."

Tergaman Ana!
Dari berdiri..Pelan-pelan Ana terduduk..
Sedaya Ana cuba mencari kekuatan dengan firmanNya :

الذين اذا اصا بتهم مصيبة قالوا انّا لله وانّا اليه رجعون

Maksudnya : Orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka bersegera mengucapkan : Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali.

(Al-Baqarah : 156)

Ye..abang Man Ana dah takde.
Kembali dijemput Allah.
Bertemu A'liya Solehah..
Di SyurgaNya nanti. Amin.

2 anak yatim ini mengingatkan Ana pada Rasulullah SAW.
Anak yatim dari kota Makkah yang mulia.
Yang dilindungi Rabbnya dengan firmanNya :

الم يجدك يتيما فئاوى

Maksudnya : Bukankah Dia mendapati kamu seorang yatim, maka Dia telah memberi perlindungan padamu.
(Ad-Duha : 6)

Seorang yang tulus dan qudus.
Bicaranya terpelihara.
Anggotanya terjaga.
Bahkan niatnya..
Subhanallah..hanya pada Pengukur Niat!

Hatinya hidup.
Tidak seperti kami..
Tidur dan mati..
Baik Jasad..
Baik batin.

Kemuliaannya tiada keraguan,
kehinaannya? hanyalah fitnah!

Setiap yang memandangnya,
Pasti memancar Mahabbah padanya,
sesejuk kauthar,
Buat penghilang dahaga Muttaqin,
Pada hati yang tandus dan kering,
Dengan noda dan dosa.

Sungguh engkau Ya Rasulullah,
Anak Yatim yang mulia*
Dari kota kering dan tandus,
Yang kini subur dengan taqwa dan iman,
Para Muttaqin dan Mukhlisin.

Cintailah anak-anak yatim.
Dengan sepenuh kecintaan,

Sebagai bukti..
Cinta ummat,
Pada anak yatim Makkah.

*Mengagah - Loghat Terengganu yang bermaksud mengusik agar bayi ketawa dan gembira.

*Majlis Bercukur rambut yang diiringi selawat.

*Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-85193410609936203962009-08-20T23:08:00.005+08:002009-08-21T12:08:41.491+08:00Salam RamadhanKereta rosak lagi..

Dah cuba start berkali-kali..
berkali-kali jugalah hampa..

Ada helaan panjang dari Ana.
Helaan dalam keletihan.

Seingat Ana selepas hantar kitab-kitab ke Usj 4 pagi tadi, tiada masalah yang berlaku. Lancar je perjalanan Ana. Tapi sekarang tak mahu hidup dia.

Pelan-pelan Ana bermonolog :

" Bateri ke?"

" Minyak Abis kot.."

" Dalam gear agaknya..patut tak hidup.."

Dan macam-macam telahan Ana buat.
Namun tiada sebarang kesimpulan..

Menapak Ana ke sana sini mencari bantuan.
Dalam diam Ana akur..

"..Ni ujian pembuka Ramadhan agaknya .."

Ye..Ujian dariNya.

Sesekali kereta rosak akan mengajar kita menghargai kesusaha orang yang menapak ke sana-sini.

Menahan bas dan teksi di bawah terik mentari.

Bak kata sepupu Ana, Haji Din :

" Anta diuji kereta rosak..orang lain diuji takde kereta pun Syeikh.."

Benar sungguh kata beliau. Mengingatkan agar kita sentiasa bersyukur dalam semua keadaan. Alhamdulillah..

Akhirnya :

" Bang..boleh tumpangkan saya ke Bangi?"

Angguk!

Alhamdulillah..

" Beza Syurga pertama dengan Syurga kedua umpama sebentuk cincin di padang pasir. Jauh benar beza antara keduanya tu kan?.." Tanya Mejar Jamil pada kami.

Mengangguk-angguk kami. Membenarkan cakapnya.

Seronok mendengar mereka berbual.
Apatah lagi bila topik Syurga yang dibincangkan malam ni.

Ni lah rutinnya kami kat Bangi ni. Hampir setiap malam dari 10.30 malam sampai 11.30 (kadang-kadang terlajak ke 12.00 malam) kami membincangkan hal-hal kematian, Syurga, Neraka dan apa-apa peringatan agama yang boleh membantu memotivasikan hati. Tempatnya bukan kat surau. Tapi kat kedai Haji Zahrim, tauke restoran Roti Puri. Alhamdulillah.

Sesekali Ana terganggu dengan asap rokok yang dihembus ke udara.
Berkepul-kepul racun itu di udara yang akhirnya menjunam menyerang dada.
Bayangkan dalam 4 orang semeja, Ana menghadapi 3 perokok yang menyesakkan dada Ana.
3 lawan 1! sekaligus!

Sungguh Ana cuba menahan nafas.
Cuba mencari-cari ruang sedutan udara sedalamnya sebelum asap yang berkepul itu menerjah muka lagi.

Ana memang anti rokok!
Dan Alhamdulillah tidak pernah merokok.

Dan jika ditanya pada Ana apa pandangan Ana pada rokok?
Jawabnya : Haram.

Sekarang Ana di atas katil.
Menghadap laptop kesayangan Ana.
Menaip-naip huruf cantuman membentuk kalimah lantas menjadi ayat-ayat yang sahabat-sahabt dapat baca sekarang.

Sebenarnya..menulis ni..memerlukan masa yang cukup dengan disertai perasaan halus yang mendalam. Penulisan yang datang dari hati akan memberi kesan yang berbeza dengan penulisan yang sekadar memenuhi masa terluang.
Namun Ana sekarang ini benar-benar dihimpit masa. Kewajipan menuntut agar masa mohon dilebihkan.

Benarlah seperti kata pepatah arab :

"Waktu itu umpama pedang. Jika kamu tidak memotongnya, maka ia pasti memotong kamu."

Ana dah banyak dipotong.
Yang akhirnya Ana tidak mampu lagi membuat apa yang Ana suka seperti menulis dan membaca. Namun Ana yakin, ia akan selesai sedikit masa lagi.

Doa qudus dari sahabat Ana pohonkan.
Doakanlah agar kita semua mendapat keberkatan dan ketenangan.
Apatah lagi dalam menyambut Ramadhan Al Mubarak yang berkat ini.
Sebelum Ramadhan bertamu,
Izinkan Ana yang faqir ini menyusun sepuluh jari,
memohon ampun dan maaf dari sahabat-sahabat semua atas silap dan khilaf Ana di sepanjang kita berhubung di sini. Ana berbangga mempunyai sahabat-sahabat tercinta yang sentiasa mengambil berat pada perkembangan Ana di sini. Hanya Allah SWT sahajalah yang dapat membalasnya dengan sebaik balasan.

Jazakumullah dan Salam Ramadhan dari Ana buat anda yang tercinta.

- Sufifaqir-
Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-27533405184488741242009-08-17T23:36:00.002+08:002009-08-17T23:56:07.056+08:00LelapBuat sahabat-sahabat tercinta.
Dah lama Ana tak menulis.
Hampir sebulan lamanya.

Inbox email penuh.
Rata-rata bertanya :
"Ustaz sihat?"

Ana jawab dengan senyuman.
Senyum bersulam sihat.
" Alhamdulillah.." Bisik Ana.

Sejak seketika meninggalkan penulisan,
Macam-macam yang berlaku.

Mewarnai pentas episod,
Babak-babak hidup manusia,
Di alam fana ini..

-Berita H1N1.
-Ustaz Asri Rabbani pergi tak kembali.
-Adik Konvo.
-Mini Maktabah dah bertambah kitab-kitab baru.
-Tunaikan janji yang Nenek pesan.
-Taip kisah naik Flight pakai selipar jepun.
-Dan lain-lain yang tak dapat Ana taip.

Banyak rupanya.
Tak sempat.

Mengapa Tka sempat?
Mana nak sempat..nak betulkan perkataan Tka (Tak) kat atas tu pun tak sempat..

Dan Ana terlelap jap waktu menulis ni.

Ana bangun sambung semula.
Ana ingin menulis apa yang dibaca untuk dikongsikan bersama.
Doakanlah Ana.
Agar dapat menulis dalam keadaan sempat.

Ana lelap sekejap.
Syukran.Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-5306090656872875969.post-65352711721084925782009-07-15T20:24:00.017+08:002009-07-16T02:23:37.022+08:00Walaupun kecil..buatlah!

اذا تحدّث عبدي بـأن يعمل حسنة فأنا أكتبها له حسنة

Maksudnya : Jika seorang hambaKu bercita-cita untuk melakukan sesuatu kebaikan maka Aku akan mencatitkan baginya satu kebajikan.

Alhamdulillah. Setelah hampir 2 tahun mengulang cetak buku Benarkah Nabi Isa Disalib? yang juga merupakan buku kedua Ana, semalam merupakan hari bersejarah apabila kali pertama buku tersebut dijadikan mata pelajaran Muqaranah Al-Adyan* bagi kuliah bulanan Ana di surau tercinta. Di Bangi ni juga.

Sejujurnya Ana merasa malu dan rendah hati. Di celahan pelbagai kitab yang dijadikan asas pengisian bagi kuliah-kuliah maghrib di sini, buku kecil Ana ini dipersetujui oleh jemaah untuk dijadikan bahan kuliah yang mana Ana diminta mengisinya selama 2 kali sebulan. Satu kuliah Tafsir dan satu lagi Muqaranah Al-Adyan.

Berkali-kali Ana baca kembali buku susunan Ana tersebut. Alhamdulillah dah diulangcetak sebanyak 11 kali termasuk sekali dicetak di Egypt oleh PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir). Dalam diam Ana bersyukur apabila buku tersebut sedikit sebanyak memberi manfaat buat saudara Muslim tercinta.

Dan malam tadi pun selepas kembali dari surau, Ana belek kembali buku-buku yang pernah Ana susun. Semuanya mempunyai kenangannya tersendiri.

Tribute Buat Nenda

Semalam pun Ana belek kembali setelah mendapat email yang panjang dari seorang kenalan. Respon dan pandangan dari sahabat-sahabat yang berkesempatan memiliki novel kecil tersebut Ana semat kukuh di hati. Dan semalam Ana tercari-cari apa yang istimewanya pada novel itu..

Dari satu halaman ke satu halaman..

Ana belek..

Dan belek..

Dan belek..

Dalam diam Ana tersenyum..

Membaca cerita yang disusun.

Puisi yang didendang.

Luahan yang benar.

Terkadang malu juga apabila menatap sendiri. Karya yang tak seberapa dari orang yang tak seberapa.

Semestinya novel kecil ini tidak terbanding dengan keasyikan menatap ribuan karya-karya agung Islam namun cukuplah ia menjadi kenangan manis buat Ana dan pusaka kenang-kenangan buat zuriat di masa akan datang. Amin..

Buya HAMKA

Di celah ratusan kitab-kitab dan buku-buku di mini maktabah* Ana ini, Ana keluarkan satu buku sederhana tebal karangan Buya HAMKA ataupun nama penuhnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah.

Tasauf moden tajuknya..

Pak HAMKA pernah menyatakan bahawa beliau sendiri ketika terlantar di hospital, beliau asyik membaca kembali bukunya itu. Dan seketika itu juga mereka yang menziarahinya bertanya :

" Apa bapak sendiri membaca kembali buku Tasauf Moden ini? Bukankah bapak yang mengarangnya?"*

Sambil tersenyum Buya HAMKA menjawab :

" Yaa..benar..pengarangnya sendiri kembali mengambil manfaat dan mengubati hatinya dengan karangannya ini. Bukan semata untuk orang lain yang membacanya.."*

Sungguh Buya HAMKA seorang yang pintar. Bukan sahaja menyusun ilmu untuk dimanfaatkan, tetapi jua buat peringatan diri sendiri. Agar tidak nanti dikatakan sebagaimana peringatan Allah SWT yang bermaksud :

Patutkah kamu menyeru manusia kepada kebaikan sedangkan kamu lupa terhadap dirimu sedangkan kamu diberikan kitab? Apakah kamu tidak berfikir? ( Al-Baqarah : 44 )

Mudah-mudahan kita sentiasa berusaha untuk membuat kebaikan bukan saja buat ummah, jua buat diri yang sentiasa lalai

Semua yang kita usahakan di dunia ini hanyalah untuk mendapatkan keredhaanNya semata di sana. Kebaikan walaupun kecil pasti ia dinilai oleh Allah Yang Maha Pengasih. Syaratnya, ikhlas.

Bukankah Imam Al-Ghazali pernah menyatakan :

Hidup jasad kerana ruh,

Hidup ruh kerana akal,

Hidup akan kerana ilmu,
Hidup ilmu kerana amal,
Hidup amal kerana Ikhlas..

Ana akan ingat itu..

Apatah lagi bila dipadankan dengan pesanan Nenda tercinta :

"Kena buat baik sokmoo..Kita ni kan matii.."*

Oleh itu..walaupun sedikit..buat baiklah..

*Muqaranah Adyan - Kalimah Arab bermaksud Perbandingan Agama

*Maktabah - Kalimah Arab bermaksud Perpustakaan
* (Dialog Buya HAMKA semestinya dibaca di dalam dialek Indonesia agar terasa keberkesanan cerita yang disampaikan)

* Loghat Terengganu yang bermaksud - Kena sentiasa berbuat baik kerana kita semua pasti akan mati ( membawa pahala kebaikan dan kebajikan)

Rashidy Jamilhttp://www.blogger.com/profile/00585512890046231719noreply@blogger.com8