Dari tiada,
Menjadi ada,
Kemudian ada,
Menuju tiada..
Sesampai tiada,
Akan diada,
Untuk menyaksi,
JanjiNya yang ada..
Kemudian nyata,
Bagi yang diada,
Pahala Dosa,
Gembira Nestapa..
Di sana ada untuk terima,
Kitab amalan yang pasti sedia,
Pasti ada..
Kanan Kiri mula sedia,
Untuk menyambut gembira duka,
Bila membuka diri empunya,
Tahulah nasib kekal dimana..
Menerima nasib yang tiada sama,
Kerana yakin ada dan tiada,
Berlunjur bergalas mula terima,
Umpama menuai padi di huma...
Walau tiada melihat di mata,
Hanya yakin di dalam dada,
Berkat amal kanan sahaja,
Hari ini salam, selamat, sejahtera...
Yang diada sejahtera,
Yang diada menderita,
Akibat dari pahala dosa,
Ukuran yakin pada kalamNya..
Yang tiada,
Setelah diada,
Pasti kan tiada,
Dan kembali ada,
Untuk janjiNya yang Maha Sempurna..
Sementara ada belum tiada,
Amalkan sahaja kanan sentiasa,
Mudahan berkat rahmatNya sejahtera,
Pasti berlunjur memetik di sana..
Dari tiada,
Menjadi ada,
Kemudian ada,
Menuju Tiada,
Kemudian diada,
Untuk janjiNya..semata,
Ke mana..?
3 Comments:
-
- Anonymous said...
October 17, 2008 at 8:56 AMSyurga atau Neraka...- Anonymous said...
October 20, 2008 at 1:08 PMPernahkah anda mengkhayalkan hari 'itu', ketika hari terakhir dalam hidupmu,ketika anda berpisah dari keluarga,anak-anak,kekasih dan para kaum kerabat?Itulah kematian dengan masa-masa sukar menjelang kedatangan beserta penderitaannya.Itulah kematiaremkrbn..itulah kematian- Anonymous said...
November 10, 2008 at 1:38 AMSetelah tiada menjadi ada dikali pertama maka bermulalah persediaan untuk tiada kembali ada dikali kedua. Disini berbagai ujian akan dihadapi tetapi didalam hati ingat hanya satu: ALLAH. Ketika sujud ingat Allah. Ketika berdiri, duduk dan berbaring ingat Allah. Ketika bermusibah ingat Allah dn ketika bergembira ingatlah Allah jua. Ketika berizki bersyukur pd Allah ketika tiada mintalah pd Allah. Jangan sekali-kali lupa Allah walaupun sedang bergundah gelana yg amat sangat. Terhadap sesiapa pun jgn beranggapan negatif krn setiap sesuatu Allah sediakan alsebab. Contohnya sifat tinggi daya seksual adalah krn dijadikan Allah memiliki kelebihan hormon testosteron yg tinggi pd lelaki. Kekurangan zuriat pula adalah disebbkan hormone estrogen (hormon wanita)yg tak seimbang. Ini adalah ujian yang datangnya dari Allah. Tak pernah pula kita meminta. Ia dtg sendiri.Dgn itu rakan/sahabat tidak dibenarkan mengumpat. Sebb itu dalam Islam jika ada tak puas hati mesti berbincg supaya Allah kurniakan kefahaman krn ikut nasihat Rasul SAW. Jangan terburu2 hingga membawa kpd mengumpat. mengumpt tu berdosa. Ini baru satu contoh. Kemana kita nak pergi? InsyaAllah Syurga. Semoga mydy dpt masuk syurga.