نحن قوم اعزنا الله بالاسلام فمهما ابتغينا العزة بغير ماعزنا الله به اذلنا الله

Maksudnya : Kami adalah satu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sekiranya kami mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang telah dijanjikan Allah (Islam), kami pasti akan dihina Allah. ( Sayyidina Umar Ibnu Al-Khattab)

2 tangan anak muda itu seakan melekat. Erat sekali. Sesekali rambut panjang yang terhurai menutup muka gadisnya itu, disela-sela dengan jarinya. Sayang benar dia pada wajah manis itu.
sekejap dipeluknya bahu, sekejap dipeluknya pinggang.

Ada tawa yang meletus antara mereka. Tak lama pinggang pejal itu dipeluk, si gadis menampar-nampar manja bahu romeonya itu. Kegelian agaknya dirangkul sebegitu rupa.

Huh!..
Mengeleng kepala Ana. Jengkel melihat drama romantik di tempat terbuka seperti itu.

Sedang Syaitan ketawa melihat kejengkelan Ana..
...................................................

Dari gear N, Ana alihkan ke D.
Pelan-pelan kereta mula bergerak. Dari traffic light seksyen 3, terus Ana masuk parking Petronas. Hajat hati nak beli air crysantemun atau Ana panggil air bunga matahari.

Tiba-tiba pemandangan seperti tadi sekali lagi tersaji. 2 mempelai tidak rasmi melekat-lekat seperti diikat oleh perompak. Perompak bernama Syaitan. Yang telah berhasil merompak iman dan khauf mereka ..

.Emmm..mengeluh!

Serba salah Ana. Nak tegur dan tak..sama banyak.
Iman menuntut agar dihalang setakat mampu..sedang Syaitan pula memberi alasan :

"...Alahh..hadis Nabi pun kata kalau tak mampu, cukuplah sekadar dengan hati. Lagipun nak tegur ni..kena tengok keadaan jugak. Ni kan tempat terbuka. Bukan sunyi.."

Perompak membisikkan. Yakin benar dia alasan itu tepat!

Dan Ana seakan boleh menerima dengan logik tersebut. Tapi masih berfikir lagi..
Syaitan memandang Ana dari celah-celah tubuh pasangan yang melekat itu dengan penuh kebimbangan. Bimbang kalau-kalau Ana merubah fikiran!

Akhirnya..

" Assalamualaikum. Dik..abg nak tanya ni..dah kawin?"

Syaitan tewas!
Bertambah permusuhannya dengan manusia yang memandu akal dengan syariat.
Moga Islam terus mulia..
Di tangan pemuda-pemuda Islam!


Kemana arahmu?

Usamah bimbang!
Berita tentang kesihatan Rasulullah SAW yang begitu membimbangkan telah sampai kepadanya. Bagaimana dia akan menerajui misi keamanan ke Balqa' dan Darum jika hatinya gundah dan hiba?

Ye..Usamah bin Zaid Al-Haritsah hiba kerana Rasulullah SAW gering!

"..Ada apa-apa berita tentang kesihatan Rasulullah?" Tanya Usamah kepada tentera yang diutusnya.

"..Rasulullah masih gering dan bertambah tenat.." Jawab mereka.

Menangis Usamah!
Ingin saja Usamah pulang mendapatkan Rasulullah SAW.
Menjaga lelaki Quraish yang sentiasa meribanya sewaktu kecil di atas peha kiri sedang Hasan di peha kanannya yang mulia.
Amat mendalam cintanya pada Nabi terakhir itu. Sedang cinta Nabi Allah itu sentiasa melebihi padanya.

Tiada seorang Muslim pun yang tidak mengetahui tentang Usamah!
Anak muda yang amat dicintai oleh Baginda SAW. Lihat sajalah ketika kelahirannya. Betapa Rasulullah SAW diberitakan amat bahagia dengan kehadiran putera berbangsa Habsyi ini. Sedang ibunya, Ummu Aiman adalah bekas sahaya bonda Rasulullah SAW dan pengasuh Baginda setelah kewafatan Bonda Nabi kita ini.

Betapa Nabi mencintainya..
Betapa Nabi bahagia dengan kelahirannya.
Dan Usamah jua begitu..
Cintanya pada Nabi amat mendalam..

Bahkan ketika perlatikannya sebagai Panglima seakan diragui kemampuannya oleh orang ramai, Rasulullah SAW mempertahankannya dengan bersabda :

"..Tahukah kamu bahawa dia merupakan pemuda yang amat aku cintai selepas bapanya?"

Dengan itu, redalah orang ramai lantas kembali bergabung dalam ketenteraan yang bakal dipimpinnya itu.

Betapa Rasulullah SAW sentiasa membelanya.

Tapi hari ini..
berita kegeringan Rasulullah SAW itu benar-benar memilukan Usamah.
Berkaca-kaca matanya..
Untuk mengingkari arahan Rasulullah SAW tidak sekali!
Mereka adalah pemuda yang taat.
Perindu syahid dan Jannah!

Untuk itu..
Usamah mengambil keputusan untuk bergerak secara perlahan-lahan menuju ke wilayah yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk diamankan dari kezaliman Rom.
Usamah bergerak ke Balqa' dan Darum...
Sedang Madinah semakin mendung menghadapi kegeringan Rasulullah ...
........................................

Panji-panji Islam berkibar megah di tangan pemuda-pemuda Islam!
Mereka bergerak maju penuh semangat ke medan syahid di bawah pimpinan Usamah bin Zaid!

Mereka bertakbir!

Bertaqdis!

Bertahmid!

Memuji Allah dan RasulNya!

Membakar semangat muda yang mencintai Allah dan RasulNya,
melebihi ruh dan jasad mereka.

Mereka menghampiri Balqa' dan Darum..
Mereka menghampiri kemenangan yang dijanjikan!

Namun..
Di sana..sayup-sayup..
Dari Kota Nabi yang suci..
Angin dan debu dari tanah haram itu telah mengirimkan berita buat mereka yang sedang berjuang :

Allah telah mengtaqdirkan kepada mereka bahawa misi keamanan mereka kali ini merupakan misi keamanan pertama di bawah pemerintahan Abu Bakar...

Dan mereka menangis menerima berita kewafatan Rasulullah SAW..


Wahai Pemuda Islam!

Wahai anak muda!
Cintakah kamu kepada Islam?

Sebagaimana cintanya Usamah dan Ibnu Abbas?
Dan mereka yang telah berkorban.
Sehingga syahid menemukan mereka dengan kekasih hati..
Rasulullah SAW..

Tahukah kamu anak muda?

Tubuh mereka..
Yang lemah kerana berpuasa,

meninggalkan pembaringan,
untuk bertahajjud sepanjang malam,

tidak sekali-kali melemahkan,
Ruh perjuangan I'zzahkan Islam..

Mereka mulia dengan Islam!
Dan Islam pula memuliakan mereka!

Ketika tubuh mereka dilapah?
Mereka rela!

Dicincang?
Mereka suka!

Ditusuk besi-besi yang akan kembali menusuk kafirin-kafirin di dalam neraka?
Mereka gembira!

Mengapa begitu?
Semata-mata :
Mereka inginkan Syahid..
rindukan Jannah..

Sedang Rasulullah menunggu mereka..
Dengan pelukan dan air mata gembira..
Di sana..

Ayuh anak muda!
Siapkan dirimu seperti Putera Habsyi,
Yang tidak sempat kembali mengucup tangan Nabi,
memberitakan kemenangan di Balqa' dan Darum..
Jua seperti Ibnu Abbas,
Ulama' ahlil Bait sepupu Nabi,
dan mereka yang telah membeli Jannah,
Dengan dunia yang akan ditinggalkan ini..
Ayuh Bangkitlah!

Usamah bin Zaid bin Haritsah telah berjaya menakluki Balqa' dan Darum di wilayah Palestin pada tahun 11 Hijrah. Operasi keamanan yang turut disertai oleh sejumlah para sahabat ini telah berakhir dengan kemenangan Islam. Kemenangan gemilang ini jugalah telah menjadi pintu tersebarnya Islam ke Wilayah Syam, Afrika Utara, Palestin sehinggalah ke sempadan dunia yang tiada penghujungnya. Sedang Usamah ketika itu hanyalah baru berusia 20 tahun. Subhanallah..Usamah dimuliakan kerana memuliakan Islam.

17 Comments:

  1. Anonymous said...
    Subhanallah, artikel menjana minda, membina semangat!
    Teruskan menulis, Akhi!
    Anonymous said...
    Moga Allah sentiasa berikan kekuatan untuk menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran di depan mata. Dunia kini penuh dengan mehnah dan tribulasi, maka ianya memerlukan kemantapan iman dan taqwa padaNya. Selamat berjuang...alfakirah!
    izyan insyirah said...
    Ya Allah..sekarang ni, ramai sangat muda mudi yg tak segan silu bermesraan depan orang ramai tanpa ada ikatan yg sah..kalau tiada kekuatan, nk tegur pun susah...
    'Abid Sakina said...
    salam..
    bagus entry ni..bg semangat..
    wahai pemuda je?pemudi pun nk bangkit ni..=)
    Allahuakbar!
    Rasulullah jga mncintai kita..umatnya..
    "ummati..ummati..ummati.." di saat ajalnya menjelma..sungguh,baginda sgt mcintai kita...
    Ya rasulullah,ku rindu padamu..
    salam juang~
    Anonymous said...
    salam.. subhanallah, itu la realiti sekarang. manusia berani melakukan perkara sumbang terang-terangan. tapi bagaimana pula jika org yang dipandang mulia pun sanggup melakukan perbuatan keji.
    Rashidy Jamil said...
    Mulia atau hina hanyalah pandangan manusia semata.Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui hakikatnya. Saya mengambil pedirian : Tidak selamanya seseorang yang berdosa itu berkekalan dalam dosa dan nodanya. Apakah manusia yang bertaubat, masih dipanggil ahli maksiat? Terkadang manusia/masyarakat lupa bahawa pintu Taubat dan istigfar sentiasa terbuka.Mereka hanya mengulang-ngulang kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan oleh saudara seagamanya dan itulah yang akan disebut-sebut sehingga kebaikan saudaranya pun turut terhapus pada pandangannya. Sedang keampunan Allah itu lebih besar dari dosa-dosa yang telah dilakukan.Bukankah Imam Syafie telah menyebut : "Dosaku adalah besar sejak dulu sehingga sekarang, namun pengampunan Mu Ya Allah adalah lebih besar mengatasi dosa dan maksiatku ". Oleh itu jauhilah prasangka yang berkekalan terhadap saudara seagama melebihi keampunan Allah Yang Maha Luas terhadap hambaNya. Islam adalah agama harapan yang menjanjikan keampunan terhadap kesilapan dan noda.Jazakumullah.
    Rashidy Jamil said...
    Amin Ya Allah.Sentiasalah kita berdoa agar hidayah Allah sentiasa meyinari.Doakan juga Ana yang faqir ini.Syukran buat Alfakirah
    Rashidy Jamil said...
    Jazakumullah buat Dr.InsyaAllah selagi diizinkanNya, Ana yang faqir ini kan terus menulis.Semuanya demi kepentingan Islam yang suci.Terima kasih di atas doa dan sokongan Dr. selama ini.Semoga Allah menemukan kita bersama Rasulullah SAW. Istigfarlah.
    Rashidy Jamil said...
    Ye Izyan insyirah.Terlalu banyak yang perlu dihadapi oleh dai'e. Hikmah dan ilmu perlu seiring agar dakwah berhasil sebaik mungkin.Semuanya dgn izin Allah WT jua.Terima kasih di atas pandangan Izyan Insyirah.
    Rashidy Jamil said...
    Salam buat Nurul88.Semangat jihad hanya akn terhasil bila hati hanya takut dan gerun kepadaNya sahaja.Berjihadlah sedaya mampu.Walau hanya dengan penulisan.Bangkitkanlah semangat ummah dengan hati dan penamu!
    Anonymous said...
    Untuk menegur manusia memerlukan kekuatan.Bagi insan kerdil seperti saya,hanya hati yang dapat menegur,jauh sekali untuk bertindak seperti ustaz.Moga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk memerangi gejala sebegini daripada terus berleluasa.
    Rashidy Jamil said...
    InsyaAllah kekuatan iman akan terjana sedikit demi sedikit berkat istiqamah di dalam amalan.Walau sekecil amalan sekalipun. Terima kasih kerana sudi memberi pandangan dan respon buat tatapan semua.
    Anonymous said...
    salam ustaz,
    teruja dengan tulisan ustaz. Saya mempunyai teman lelaki yang gemar bersentuh-sentuhan dengan saya yang bukan muhrim. Masalahnya saya tidak dapat menolak kerana menjaga hati teman lelaki saya. Saya tahu saya telah berdosa tetapi saya tidak kuat untuk menghalangnya daripada berlaku.
    Rashidy Jamil said...
    Kepada saudari dan jua pesanan buat saya, sama-samalah menjaga iman.Jagala taqwa dan iman. Jgn sampai terlalu menjaga hati hingga hilang segalanya nanti.Wanauzbillah.
    izyan insyirah said...
    ya..saya setuju dengan sufifaqir...terima kasih kerana membuka minda saya..
    Anonymous said...
    salam ustaz, semudah itukah syaitan boleh tewas? bukankah kita kena perangi gejala ini sehingga ke titisan terakhir? dengan soalan itu sahajakah? bolehlah kiranya ustaz kongsikan bagaimana lanjutan daripada soalan ustaz kepada pasangan tu.syukran ustaz
    Anonymous said...
    Ana tengok isu antara lelaki n wanita bukan mahram ni elok dihilangkan dengan perkahwinan ja.Segalanya akan halal. Doakan ana ustaz kenduri tahun depan berjalan lancar..

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds