وعباد الرحمن الّذين يمشون على الأرض هونا واذا خاطبهم الجهلون قالوا سلما

Maksudnya : “Dan Ibadur Rahman (hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang) itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan dan membalasnya dengan kata-kata yang baik.”
(Surah al-Furqan : 63)



Assalamualaikum Wbr. Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.

Di dalam kesempatan ini Ana cuba meluangkan masa untuk menulis buat anda. Namun kesihatan yang agak tidak mengizinkan membantutkan penulisan yang memerlukan rujukan-rujukan ilmiah buat sementara waktu. Alhamdulillah Ana sedang berehat di kampung buat seketika waktu.

Sahabat-sahabat sekalian, buat sementara waktu ini ruangan bersila di lambur untuk sahabat-sahabat dan pengunjung-pengunjung blog yang dimuliakan sekalian akan ditangguhkan. Ini adalah kerana terdapat beberapa pengunjung yang rasanya telah menggunakan medan tersebut yang sepatutnya untuk berforum secara ilmiah dan bertukar-tukar pandangan dengan menaip perkara-perkara personal yang tidak menepati tujuan chatbox itu diwujudkan.

Buat anda yang ingin menyampaikan apa jua luahan rasa buat Ana samaada positif atau negatif, bolehlah menghubungi Ana di mail : sufifaqir@yahoo.com.

Dan Ana sendiri amat terbuka untuk apa-apa pandangan dan luahan. Malah berterima kasih jika disampaikan dalam suasana harmoni dan penuh adab. Ana mendoakan agar Allah mengurniakan rahmat dan ketenangan buat anda. Ana menanti anda di email.

Wassalam.

12 Comments:

  1. Anonymous said...
    Assalamualaikum

    Kasihan ustaz.Blog ilmu dijadikan tempat luahan personal.Selama ini artikel ustaz banyak memberi kesedaran kepada saya dan pelbagai ilmu sirah dapat dikutip.Semoga ustaz tak berhenti berdakwah dan bersabar menangkis cabaran.Moga kesihatan ustaz diberkati Allah, dan selamat berjuang - jasmin
    Anonymous said...
    Salam Ustaz,

    Mohon diberikan kesabaran dan semoga beroleh nikmat kesihatan. Sudah menjadi lumrah manusia suka memperkatakan perihal orang. Ditambah di zaman IT ini, ramai yang berani meninggalkan komen di laman2 blog dan berselindung di sebalik ID yang pelbagai. Mereka lupa Allah sentiasa memerhati. Apapun yang berlaku, tabahlah dan teruskan menulis, semoga hasil tulisan ustaz dapat memberi petunjuk kepada semua yang mencari makanan rohani. Sesungguhnya manusia ini bersifat lemah, dan perlu sentiasa diperingati.

    Semoga beroleh kesihatan dan sentiasa dlm rahmat Allah.

    Wslm- Autie Fatihah
    Anonymous said...
    salam ustaz,
    terkejut..maaf saya tidak pernah membaca chat box ustaz. tapi ustaz kena ingat, memang sukar untuk membuat semua orang suka pada kita. Ustaz kena faham, dalam ribuan yang memuji mesti ada yang mengeji. Apatah lagi apabila peluang sudah diberi. Saya selalu bersifat positif dan beringat bahawa kita tidak akan mati dengan umpatan orang lain dan saya tidak takut jika saya dijalan yang benar. Harap ustaz bertenang dan semoga semuanya dilindungi Allah hendaknya. wasalam.
    Rashidy Jamil said...
    Terima kasih Auntie Fatihah dan sahabat-sahabat yang sudi memberi respon serta pandangan.Ana amat menghargainya.Ana bertuah dikurniakan sahabat-sahabat dan saudara-saudara seagama yang sentiasa memberi pandangan dan teguran.Terima kasih saudara-saudari sekalian, jua buat Ukht Jasmin dan tak lupa juga Auntie Fatihah.Ana doakan semuanya diberkati Allah.Amin.
    Rashidy Jamil said...
    Waalaikumalam Wbr.Terima kasih Ukht Jasmin.Saudari sentiasa memberi Ana sokongan.Ana amat menghargainya.Ana berharap saudari sentiasa mendoakan.Ana turut mendoakan agar saudari selamat dunia akhirat.
    Anonymous said...
    Salam,

    “Tiada kejayaan tanpa rintangan,tiada kebahagiaan tanpa kesedihan”.Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada ustaz.Teruskan perjuagan murni ini,teruskan!..
    Ustaz…jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga, setanding dengan apa yang kita usahakan.Jazakumullah.
    Rashidy Jamil said...
    Terima kasih.Benar dan tepat sekali.Tiada kemudahan dalam perjuangan.Duri-duri rintangan pasti ada di jalan-jalan syahid.Sama-samalah kita berdoa agar mereka yang tertinggal, menyertai dakwah ini.
    Rashidy Jamil said...
    Ye saudari.Pastinya dalam ribuan yang memuji akan ada yang sebaliknya.Kita perlu pada teuran untuk menambah baik apa yang kurang pada diri yang sedianya kekurangan.Teguran yang disertai keikhlasan,cara yang betul lebih berkesan.

    Dulu, pernah sekali Ana menerima satu komen yang sampai sekarang Ana simpan sebaga panduan. Komen yang 100% berupa sangkaan. Dibuatnya sangkaan, disertakan hujah-hujah sirah. Mengucap panjang Ana. Lama-lama Ana senyum.Ada hikmahnya.

    Paling tidak Ana dapat satu pengajaran bahawa tidak semua yang kita sampaikan, difahami secara sempurna oleh pembaca. Perbezaan cara berfikir, pegangan pendapat dan sebaganya membuatkan kita dapat ilmu baru untuk menghadapi situasi sebegini. Namun perlu diingat, siapa pun kita, utamakanlah adab. Ia adalah asas bagi manusia. Perhiasan nama dan tanda kejayaan didikan orang-orang tua yang diwarisi.

    Teringat kisah pengembala mencari unta yang hilang. Walaupun dia berada di hadapan masjid yang tidak berpagar, tidak terfikir dia untuk mencari untanya di dalam rumah Allah itu semata kerana ia faham betapa mulianya masjid tempat ibadah.

    Begitulah juga ruang ilmiah. Ia dihadiri pelbagai pengunjung yang datang dan pergi.Mengutip mutiara ilmu buat pedoman.
    Anonymous said...
    Salam ziarah..

    Medan dakwah adalah medan yang paling penuh dengan cabaran. Menyebarkan ilmu Allah ini bukan mudah..hanya insan yang benar- benar kuat yang mampu membawa lebih ramai lagi ke medan ini.Berjuanglah! Allah pasti bersamamu..
    'Abid Sakina said...
    salam..
    insyaAllah,ada hikmahnya..
    mungkin 'dia' dihantar Allah utk menguji..
    mungkin juga dihantar Allah utk menegur ustaz secara x langsung..
    apapun yg terjadi..sama2 selalu muhasabah diri..
    inilah hakikat perjuangan..apa yg baik diambil..apa yg buruk jauhkan n buang jauh2..
    moga tsabat dlm perjuangan.medan penulisan x kurang hebat ujiannya:)
    barakallahufiik!
    wsx_ateh said...
    assalamualikum...
    wah indah ny kampung..mesti best kalau ada kampung macam tu...harap2 keindahan kampung tu kekal sampai bila2...kampung kat ana???dekat ngan sawah padi ke??
    wsx_ateh said...
    assalamualikum..
    sabar alah ustz...dah jadi lumberah hidup semua org..ade yg suka, ade yg x suka tentang sirah...tapi saya harap agar ustaz sabar lah dan moga2 allah menberi kesihatan yg sihat dan kesabaran yg tinggi...amin

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds