Berilah Harapan

قل ياعبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لاتقنطوا من رحمة الله إن الله يغفر الذنوب جميعاً إنه هو الغفور الرحيم

Maksudnya : Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni kesemua dosa-dosa. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Az-Zumar : 53)


Pagi tadi Ana ke IJN.Menyempurnakan temujanji sebelum temujanji berikutnya selasa depan ni. Terima kasihlah kepada sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan Ana kat sini. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya. Dengan sebaik-baik balasan.

Masa kat IJN ni, macam-macam orang Ana jumpa.

Yang bertongkat..

Yang berpimpin..

Yang beroda..

Dan macam-macam lagi.


Macam-macam keluhan yang Ana dengar :

"..Ya Allaaahh...Ya Allaaahhh.."

Ada juga yang:

"..Hmmpphhhh...Hmmpphhh..." Melepaskan helaan nafas mereka yang panjang-panjang.

Sepanjang harapan agar mereka disembuhkan oleh Allah yang telah menurunkan penyakit.

Dan Nurse pulak..pandai..

"...Pakcik..sikit saja nii..jangan bimbang okey?.."

"..Pakcik rehaaaatt betul-betuull..nanti kita jumpa lagi appointment berikutnya yee.."


Mengangguk-angguk Ana dengar Nurse cakap macam tu. Walaupun Nurse tak tuju kat Ana, Ana angguk jugak. Angguk tanda setuju.

Setuju yang Nurse tu dah laksanakan satu sunnah agama yang dituntut buat saudara Muslimnya. Sunnah sentiasa memberi harapan dan penenang!
...............................................

Ting!..Tong..! No : 5708.

Cepat-cepat Ana masuk ke dalam Lab. Nak amik darah katanya. Itulah yang Ana difahamkan untuk temujanji kali ini.

Seorang lelaki dan seorang gadis berkot putih tersenyum pada Ana. Menenangkan perasaan agaknya. Mungkin juga tersenyum pada kepala Ana yang masih baru nak ditumbuhi rambut selepas bertahallul di tanah suci hari tu. Apa-pun, mereka sedayanya menghidupkan sunnah.

"...Emm sila duduk Encikk.." Katanya beradab. Sopan.

"..Nurse..boleh tak saya nak rakam?.." Tanya Ana.

Angguk kepala!

".Tahaaan..sakit sikit je.." Katanya memberi harapan.

Ana senyum je.
Sebabnya..amik darah ni dah biasa sangat dah.
........................................

Dendam Ikrimah

Ikrimah mengetap bibir! Berkali-kali ia meludah.

Marah!

Kecewa!

Dendam!

Sebati dalam dirinya. Semuanya kerana Muhammad!

"..Ye Muhammad! "

"Dia telah membunuh bapamu hai Ikrimah!" Sahut Iblis. Mengapi-apikan.

Bukan setakat mengapi-apikan, Iblis menyertakannya dengan ingatan :

Masih jelas di mata Ikrimah saat dia mengutip tangan bapanya, Abu Jahal, yang terpotong dalam peperangan Badar.

Berbekalkan laungan : " Wa Latta..Wa Uzza..! " bersusah payah bapanya yang kudung meneruskan serangan terhadap Muhammad. Musuh bapanya dan jua musuhnya.

Namun Latta dan Uzza tidak pernah menyahut doa bapanya itu. Kerana Latta dan Uzza pekak! Tuli! Bisu!

Akhirnya Ikrimah pulang ke Mekah setelah bapanya terbunuh dan mayatnya dihumbankan ke dalam Qalib*.

Sejak itu dendam Ikrimah tidak pernah surut. Berjanji dia pada dirinya agar Muhammad mesti dihumbankan ke dalam Qalib!
Mesti!

*Qalib - Telaga tempat mayat-mayat Kafirin dihumbankan ketika mereka tewas di dalam peperangan Badar.
....................................


Uhud oh Uhud

Tentera berkuda yang dipimpin oleh Khalid Ibnu Walid dan Ikrimah Abu Jahal telah berjaya menggempur tentera Rasulullah SAW! Tusukan demi tusukan mengenai tubuh tentera muslimin.

Mereka dipanah!

Ditusuk!

Dilembing! Bertalu-talu..

Akhirnya..Mereka tenggelam di dalam tawa Ikrimah..

Tenggelam..

Tenggelam..

Dan bumi Uhud menyaksikan Rasulullah SAW pulang membawa kekalahan..
...................................

Debu-debu Harapan

Debu-debu pasir berkepul di udara. Yang kemudiannya hilang dihembus angin padang pasir.

Dia memecut! Memecut! Memecut.. Laju!

Semata untuk sampai ke Madinah yang suci..
Untuk betemu dengan sebaik-baik pemberi maaf..Rasulullah SAW.

Di saat lelaki itu turun dari kuda..
Dia berjalan menuju lelaki Quraish yang mulia..
Terfikir dia apakah dia akan diterima?

Di saat itu juga Rasululah SAW bersabda padanya sambil tersenyum :

" Selamat datang wahai penunggang kuda yang telah berhijrah!"

Tergamam dia! Betapa dia diterima!

Lantas Rasulullah memeluk dia. Menghilangkan duka. Memberi harapan dan penenang buatnya.

Sedang dia menitiskan air mata gembira.

Dia telah diterima Allah dan RasulNya! Alhamdulillah...

(Sebelum berlakunya peristiwa bersejarah ini, Rasulullah SAW telah bersabda dengan suara yang lembut, tenang, memberi harapan kepada para Sahabat:

سيأتيكم عكرمة مؤمنا مهاجرا فلا تسبّوا أباه فانّ سبّ الميّت يؤذي الحيّ ولا يبلغ الميّت

Maksudnya : " Sesungguhnya Ikrimah akan datang kepada kamu sebagai Mukmin yang telah berhijrah. Maka janganlah kamu mencela bapanya. Kerana mencela mayat akan menyedihkan dan menyakitkan ahli keluarganya sekalipun tidak menyakiti mayat.")


Di saat pertama kali beliau bertemu Rasulullah SAW, beliau menyatakan kepada Rasulullah SAW :

" Ya Rasulullah! Aku ingin engkau memohonkan keampunan buatku di atas dendam dan kebencianku padamu selama ini."

Rasulullah SAW telah mengangkat kedua tangannya yang mulia sambil berdoa :

"..Ya Allah, ampunilah Ikrimah di atas segala dendamnya, perjalanannya selama ini yang bertujuan memadamkan cahayaMu. Ampunilah dia di atas segala apa yang telah dilakukannya untuk merosakkan kehormatanku sama ada di hadapanku mahupun di belakangku!"

Terharu Ikrimah! Betapa pemaafnya Baginda.Sejak itu, Ikrimah benar-benar membuktikan kecintaannya buat Allah dan RasulNya sehinggalah beliau menemui syahid di dalam peperangan Yarmuk. Subhanallah..)
.........................................

Jangan menghukum berpanjangan

Ada yang bertanya pada Ana :

"..Ustaz, anak-anak muda hari ni liar. Apakah masih ada agama dalam diri mereka?"

Dan ada yang mengkritik ahli maksiat dengan katanya :

"..Ni comfirm masuk neraka!.."

Dan katanya lagi :

"..Pakai je serban..tapi buat maksiat jugak!.."

Subhanallah..!

Sahabat-sahabat sekalian. Berfikirlah sejenak!
Islam adalah agama harapan.
Pemberi harapan.
Penenang jiwa dan kehidupan.

"..Meskipun kepada mereka yang bermaksiat?" Tanya seorang yang Ana tak kenal menerusi email.

"Ye.." Jawab Ana ringkas.

Kita akui,
kesilapan demi kesilapan sentiasa berlaku di dalam hidup kita ini.
Terkadang kita kuat. Terkadang kita tergelincir ke lembah hitam.
Tak kira ahli agama mahupun orang biasa.
Dosa dan pahala silih berganti dilakukan oleh anggota yang sama.

Namun untuk berterusan menghukum mereka bukanlah ajaran agama. Sebaliknya agamalah yang memberi harapan dan penenang kembali buat kita.

Tahukah sahabat-sahabat sekalian, Allah SWT berbangga setiap kali para hambaNya bertaubat padaNya. Menyesali dosa dan noda yang telah dilakukan.
Dan Allah menerimanya sekalipun dosa itu menggunung tidak terhitung!
Bukankah Pengampunan Allah itu lebih besar dari kemaksiatan yang telah dilakukan oleh hambaNya?

Berkata Imam Syafie di dalam syairnya:

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا

Maksudnya : Dosaku adalah besar sejak dulu dan kini. Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar dan lebih mulia.

Tidak cukupkah dengan harapan dan penenang yang akan diperolehi oleh mereka yang berdosa apabila menatap bait-bait syair yang mulia ini?

Bahkan Ibnu Abbas meriwayatkan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Ketika bertaubatnya seorang hamba, Allah terus menerimanya dan melupakan Malaikat Hafazah akan keburukan yang telah ditulis,melupakan anggota badannya dari kesalahan yang telah dibuat serta melupakan bumi dan langit sebagai pentas dosanya agar dia datang di hari Kiamat nanti tanpa ada seorang makhluk pun yang menyaksikan apa yang telah dilakukannya."

Subhanallah!..
Berusahalah agar kita menjauhi sangkaan yang berpanjangan.
Sebaliknya, berilah harapan dan penenang buat diri dan jua mereka.

Bukankah Syeikh Ibnu A'thoillah telah menyebut di dalam Alhikamnya :

معصية أورست ذلاّ وافتقارا خير من طاعة أورست عزّا واستكبارا

Maksudnya : Maksiat yang akhirnya menimbulkan rasa hina diri dan memerlukan Rahmat Allah adalah jauh lebih baik dari taat yang membangkitkan kesombongan, ujub dan takabbur.

Oleh itu..berilah harapan dan jadilah penenang. Ia adalah sunnah yang mula dilupakan...

18 Comments:

  1. Anonymous said...
    salam ustaz, A person who recognize that he made a mistake gain intelligence. Tapi bukan semua orang sedar yang dia telah melakukan kesilapan. Mintak maaf jika saya terkasar bahasa. Berkawan dengan rakan-rakan bergelar ustaz memberikan saya satu 'idea' that ustaz-ustaz ini mempunyai satu attitude 'they always right'. Mungkin i'm too generalised tetapi bukankah seorang ustaz itu sepatutnya lebih memahami, lebih lembut hati, menerima kritikan dan berani meminta maaf. Perception sebegini sedikit sebanyak memberi impact kepada masalah muda-mudi sekarang. Jika mereka tidak boleh percaya kepada ustaz mereka, apatah lagi kepada ibu-bapa mereka dan masyarakat sekeliling mereka. Dengan anugerah yang diberikan Allah, orang-orang seperti ustazlah sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang sangat besar kepada masyarakat dan anak-anak masa depan.
    Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...
    satu pendekatan yang akan pi gunakan dalam novel nanti, insya allah.. hehehe.. tak siap2 lagi sampai hari nih. fuh.. letih menulis nih.
    Rashidy Jamil said...
    Alhamdulillah.Abang tak sabar nak baca buku pi.Lambat takpe, asalkan siap jugak.Ni cabaran buat pi.
    Rashidy Jamil said...
    Terima Kasih di atas pandangan anda.Ye, ada betulnya kata-kata anda. Apa pun,kita jua perlu menilai diri sendiri.Jika 2 orang murid mempunyai markah berbeza dalam peperiksaan, apakah guru jua akan disalahkan? Terkadang perlu jua dilihat pelajar tersebut sebelum menghukum guru secara keseluruhan.

    Kita selalu membesar-besarkan keburukan manusia seolah-olah tiada kebaikan padanya. Buat diri saya, anda dan sahabat-sahabat yang lain, ingatlah..kita masing-masing mempunyai kesilapan dan kelemahan tersendiri. Sedang Allah sentiasa membuka pintu taubat terhadap dosa dan noda.Insya Allah kita cuba memperbaiki diri walaupun dalam keadaan merangkak.Wallahualam.
    Anonymous said...
    Tulisan ustaz banyak memberi keinsafan dan menjadi sumber kekuatan untuk terus yakin dengan agama Allah ini. Di akhir zaman ini terlalu banyak hambatan yang menggoyahkan akidah sesorang sekiranya tidak berpegang teguh pada Al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman hidup. Benar kata ustaz, umat Islam kini semakin melupai sunnah nabi sebagai amalan dalam kehidupan. Teruskan menulis untuk mendidik masyarakat, insyaAllah. Alfakirah..
    Rashidy Jamil said...
    Segala puji bagi Allah. Terima kasih kepada Alfakirah kerana sudi meluangkan masa memberi pandangan dan pendapat di dalam blog kita yang tidak seberapa ini. Ana amat menghargainya.Terima kasih.
    Anonymous said...
    Salam ustaz.Tertarik saya pada artikel ini.Apabila membaca ini,timbul keinsafan dalam diri yang setiap manusia yang melakukan kesalahan, Allah masih ada untuk mendengar rintihan hambanya,dan pintu taubat masih terbuka.Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Selagi manusia itu menjauhi perkara mungkar,insaf atas kesilapan yang dilakukannya,mengharap kepada keampunan dan petunjuk daripada Allah,tidak melupakan_Nya, Insya-Allah,Allah akan tetap bersama hamba yang mengharap keredhaan daripa-Nya.Insya-Allah
    Rashidy Jamil said...
    Ye saudara.Allah sentiasa memberi harapan buat hambaNya yang datang padanya merintih dan menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan.Dalam Hadis Qudsi menyebut : Sekiranya hambaKu datang berjalan padaKu, Aku berlari padanya.-Atau yang seerti dengannya.
    Jazakumullah di atas respon.
    Anonymous said...
    saya menonton movie di HBO baru-baru ini cerita mengenai seorang gadis yang mengorbankan dirinya untuk menjadi seorang rahib di sebuah convent. selain mereka tidak berkahwin (mereka memakai cincin perkahwinan seolah2 mereka telah berkahwin dengan tuhan) mereka memakai pakaian yang menutup aurat tidak berwarna juga tidak dibenarkan langsung bercakap meninggi diri, riak, menerima upah dan bermacam2 lagi yang saya rasa hanya Nabi kita SAW sahaja yang bersikap sedemikian. Saya tidak rasa ada lagi alim ulama kita yang bersikap zuhud seperti itu. Adakah ustaz sanggup berbuat demikian? Saya mengaku saya tidak dapat berbuat sedemikian..
    Rashidy Jamil said...
    HBO yg menyiarkan ttg Rahib tdk berkahwin dsgnya,bukanlah melambangkan Zuhud.Berkahwin bkn bemaksud tdk zhud.Zuhud bermaksud meninggalkan dunia secara berlebih-lebihan.Dan mngambil skdar perlu.Ulama adalah pewaris Nabi. Sifat dan akhlak mereka adalah keinambungan akhlak dan sifat Nabi. Saudara, masih ramai ulama yang zuhud. Syeikh Sya'rawi,Al-Buthi,Alfarfur dan ramai lagi.(sekadar menyebutkan beberapa nama).
    Anonymous said...
    Salam... I think our Prophet Muhammad SAW shouldn't be compared to anyone especially to those nuns in the movie. Sometimes we are too judgemental simply because of one incident or situation. Agak tidak adil untuk menilai semua alim ulama kita kat Malaysia ni tidak bersikap zuhud. Alim ulama bukanlah yg kita selalu tengok kat TV tu je. Kita kadang-kadang terlalu menggolongkan masyarakat mengikut profession. I've met a woman who works as a manager (whom at first i thought an ustazah; another judgemental incident) tapi Subhanallah...kata-kata dia, perbuatan dia...semuanya membawa kepada Allah. Jadi tak salah kalau dia juga digelar alim ulama (boleh ke ustaz??) sebab dia membawa saya dekat kepada Allah dan peribadinya yg berusaha untuk memperbaiki diri dan orang di sekelilingnya walaupun baru 10 minit kenal. Dan secara tak langsung bila sampai bab mendidik masyarakat yang semakin tak tentu arah sekarang ni, ianya satu tangungjawab bersama yg perlu dipikul oleh semua. Tak perlu tunggu ustaz, atau parents, atau cikgu. Mungkin kita yang biasa di mata masyarakat tanpa apa-apa title ni lebih senang mendekati orang-orang yang bermasalah ni. Niat yang baik Allah mesti tolong, betulkan ustaz?? And for you ustaz, keep on writing because it's another way of soul cleansing... Semoga ustaz sentiasa dalam rahmatNya.
    Rashidy Jamil said...
    Waalaikusalm.Ye saya bersetuju dengan pndangan saudari.Ulama yang benar-benar kita maksudkan ialah mereka yang mewarisi segalanya dari Nabi SAW.Ia berbeza dengan A'bid.A'bid bemaksud mereka yang kuat melaksanakan ibadat.Ada A'bid yang tidak alim, dan terkadang ada alim yang tidak a'bid.Ulama yang sebenar ialah alim lagi abid.Wallahualam.Jazakillah.
    Anonymous said...
    Salam Ustaz,semoga Allah mengizinkan agar Ustaz dapat meneruskan dakwah pena ini, walaupun beranak cucu dan diwarisi oleh generasi akan datang.Amin Ya Rab..
    Rashidy Jamil said...
    Jazakumullah.Amin Ya Allah. Terima Kasih di atas doa yang dipanjatkan.Saya amat menghargainya.Semoga Allah jua memberi kebaikan di atas doa saudara.
    Anonymous said...
    salam ustaz,
    saya ingin meminta kepastian daripada ustaz tentang beberapa perkara. (1)Saya belum lagi menunaikan fardu haji tetapi telah pun membuat umrah. Apakah hukumnya jika saya ingin pergi lagi membuat umrah beberapa kali sebelum saya pergi membuat perkara yang wajib itu. (2) Apakah pandangan ustaz jika seorang lelaki memilih perempuan yang lebih berusia daripada lelaki itu sendiri (bukan membandingkan rasulullah a.s. dengan saidatina khadijah) tetapi dari segi moral, sosial dan kehendak masyarakat sekeliling kita.
    Rashidy Jamil said...
    Waalaikumsalam Wbr buat anda yang bertanya soalan tentang umrah dan usia perkahwinan.Pertamanya maaf dari Ana kerana terlewat membalasnya.Ana agak sibuk baru-baru ini dengan urusan IJN.

    Ana akan menjawab mengikut number-number soalan anda :

    Soalan anda :
    1)Saya belum lagi menunaikan fardu haji tetapi telah pun membuat umrah. Apakah hukumnya jika saya ingin pergi lagi membuat umrah beberapa kali sebelum saya pergi membuat perkara yang wajib itu.

    Jawapan : Seeloknya anda menunaikan fardu Haji kerana wajib umrah hanyalah kali pertama sahaja.Namun sekiranya anda hendak menunaikan umrah juga, tiada menjadi masalah dan harus hukumnya. Terkadang ada di kalangan kita yang masih ingin menunaikan umrah kerana ingin benar-benar biasa dengan suasana dan rukun-rukun umrah agar biasa dalam perlaksanaan haji di masa akan datang. Dan mungkin juga simpanan masih belum mengcukupi namun kerinduan pada tanah haram menyebabkan ingin kembali menghadap Baitul Haram, maka tiada menjadi masalah dan harus menunaikan umrah lagi.

    (2) Apakah pandangan ustaz jika seorang lelaki memilih perempuan yang lebih berusia daripada lelaki itu sendiri (bukan membandingkan Rasulullah a.s. dengan saidatina khadijah) tetapi dari segi moral, sosial dan kehendak masyarakat sekeliling kita.

    Jawapan: Pertamanya Ana menjawab dari sudut ilmiah sahaja bukannya amali kerana mana mungkin Ana menjawab persoalan perkahwinan sedangkan Ana sendiri belum melaluinya. Ana meyakini apa yang disebut oleh pepatah arab :

    " sesiapa yang tidak mengalami/merasai maka dia tidak mengetahui."

    Dari segi teori/ilmiah, anda lebih memahami kondisi dan keadaan persolan ini.
    Terkadang tidak menjadi masalah bagi mereka yang berkahwin dengan wanita yang lebih berusia (tanpa membandingkan dari sudut perkahwinan Rasulullah SAW dan bonda kita Sayyidatina Kahdijah, seperti yang anda minta).

    Terkadang ada juga permasalahannya.Istikharahlah saudara. Allah pasti memberi jawapan dan memandu ke arah kebaikan.

    Dalam hal ini Ana berdoaa agar anda sentiasa mendapat kebaikan dan terima kasih kerana meminta pandangan Ana yang faqir ini.Kepercayaan anda pada Ana, amat dihargai. Walllahualam.
    Anonymous said...
    Salam..
    Saya baru je membaca blog ustaz ..alhamdulillah, dpt jugak ilmu..
    Disebabkan blog ni juga tempat kita bertukar- tukar pendapat..saya nak tanya sikit dgn ustaz..saya ada masalah..dan ingin minta pendapat ustaz. antara 2 org wanita..yg mana satu kita patut pilih : wanita hanya cantik paras rupa,tapi tidak cerdik atau wanita yg cerdik tapi punya paras rupa yg sederhana..kadang2..hati hanya nak pilih yg cantik je..
    Tolong lah ustaz..berikan pendapat.
    Anonymous said...
    salam ustaz,terima kasih kerana menjawab soalan saya. Saya memang telah jatuh hati pada seorang wanita yang 7 tahun lebih tua dari saya kerana kecantikannya dan kebijaksanaannya. Dan saya tahu saya tidak bertepuk sebelah tangan. Tetapi beliau selalu berasa tidak yakin kepada saya. Ramai wanita2 lain yang berkata kaum lelaki ni lambat mencapai tahap kematangan dan saya tahu dia juga berfikiran sedemikian. Tapi saya benar2 suka pada dia ustaz.

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds