Kekasih di Raudhah

الله اكبر الله اكبر

اشهد أن لا اله الّا الله

اشهد أنّ محمّد رسول الله

حيّ على الصلاة

حيّ على الفلاح

الله اكبر الله اكبر

لا اله الّا الله


Maghrib masuk lagi..
Seperti semalam dan hari-hari sebelumnya..
Menyempurnakan* umur hari-hari yang tiba..

Kirmizi yang kemerahan di ufuk tetap setia..
Menaungi manusia yang masih sibuk dengan urusan dunia..
Seolah-olah menyeru mereka dengan katanya :

"..Pulanglah..sucikanlah dirimu untuk bertemu denganNya!"

Menyeru bani Adam..
Yang seperti biasa tidak mempedulikan,
Walaupun Rejab yang mulia baru berlabuh..

Dari tingkap kereta ini Ana mendongak ke langit..
Memerhatikan ciptaanNya,
Untuk menghadirkan hati dalam memujiNya,
Lantas akur pada kekerdilan diri yang Faqir ini..

Indah!
Hebat!
Hanya pada DIA pujian ini,
Yang sentiasa mengurniakan..
Tidak putus-putus..Subhanallah..

"..Bertambah lagiii umur hari ini..." Bisik Ana, sayu.

Apatah lagi apabila mengingatkan kata-kata Sayyidina Uthman R.A :

"..Aku menangis setiap kali tibanya maghrib kerana aku sedar bertambahnya umurku sedang amalanku tetap kurang.."

Sungguh benar kata-katamu Ya Amiirul Mukminin..


* Di dalam Islam, Maghrib merupakan tanda masuknya hari yang baru. Sebab itu kalau kita melihat kepada Ramadhan, selepas dapat pengumuman esok akan puasa, malam tu juga kita akan menunaikan solat terawih. Hari raya pun begitu. Malam sebelum raya, kita tak solat terawih lagi, sebaliknya bertakbir, bertahmid memuji Zat Yang Maha Sempurna.
......................................

ما بين بيتي و منبري روضة من رياض الجنّة

Maksudnya : Antara rumahku dan mimbarku ini, adalah salah satu taman dari taman-taman Syurga..


Ana mempercepatkan langkah.
Seberapa boleh ingin mengambil tempat.
Dari tengah-tengah masjid, Ana berlari-lari anak menuju ke depan.

Depan lagi..

Dari jauh pagar-pagar tembaga kekuningan menanti Ana. Indah!
Mushaf-mushaf suci tersusun cantik.Kemas!

Ana melangkah ke depan..mencari ruang..

"..Lau Samah Ya Amm.. Fafsahu..yafsahillah.." (Maaf Pakcik..berilah ruang..nescaya Allah melapangkan kamu..).Bisik Ana pada jemaah.
Memohon diberikan sedikit ruang untuk bersolat.

"..Tafaddhol..". (Silakan) Balasnya.

Alhamdulillah!
Allah mempermudahkan.

Ana sempurnakan solat 2 rakaat..
Memohon keampunan terhadap diri dan insan-insan tercinta.

Kemudian pelan-pelan Ana tenggelam..
Tenggelam dalam cahaya Zikrullah..
Di Taman Syurga..
Raudhah yang mulia..
............................

Wahai Kekasih yang Pemaaf..

Ummatul Mukminin Sayyidatuna A'isyah R.A memasang telinga.
Ingin benar dia mendengar bisikan-bisikan kasih dari suaminya Rasulullah SAW yang mulia. Bertahajjud mengabdikan diri pada Zat Yang Maha Sempurna serta merintih dan merayu memohon keredhaan.

Seperti semalam dan malam-malam yang sudah, Baginda tetap saja bermunajat. Tidak putus-putus. Seolah kesuntukan masa kerana maut menunggu sedetik lagi..

Ummatul Mukminin tahu yang bukannya ummat ini tidak tahu yang Baginda ma'sum. Terpelihara dari dosa-dosa yang akan menggelapkan sarang cinta iaitu hati. Namun Baginda tetap saja berdiri menghadap kekasihnya Yang Maha Pemaaf.

Pernah Baginda ditanya :

"..Ya Rasulullah..Bukankah anda telah terpelihara dari kemurkaanNya..mengapa anda masih terus menerus merayu redhaNya sehingga bengkaklah kakimu yang mulia..?"

Sambil tersenyum Baginda menjawab : "..Tidak bolehkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur..?"

Subhanallah! Tulus.Qudus.
Meresap ke dalam jiwa para Muttaqin yang sentiasa merinduiNya.

Dan malam ini pun, Baginda masih lagi berdiri. Bermunajat.
Membisikkan cinta dan pengharapan yang tidak putus-putus pada Pemberi Harapan bagi segala harapan.

Berdiri lurus berserta hati yang lurus.

Berdirinya seorang kekasih buat Kekasih..

Sambil Baginda berdoa :

"..Ya Allah, ampunkanlah Aisyah. Yang zahir, yang batin, yang lepas, dan yang akan datang. Ampunkanlah dia Ya Allah.."

( Sedang Aisyah mendengar-dengar doa qudus itu .)

Berkata Aisyah : "..Demi Allah aku sangat gembira dengan doamu Ya Rasulullah.." .

Lantas bersabda Rasulullah SAW :

"..Demi Allah Ya Aisyah..sebagaimana gembiranya kamu terhadap doa ini..beginilah doaku buat ummatku..setiap malam..beginilah doaku pada ummatku setiap malam.."

(SUNGGUH! BETAPA SUCINYA CINTAMU PADA KAMI YA RASULULLAH.. )
.....................

Tingkap kecil Kekasih

Resah!

Bimbang!

Dukacita!

Kalau itulah kalimat-kalimat yang boleh menggambarkan perasaan para sahabat sewaktu menerima berita kegeringan Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW gering!

Rasulullah SAW gering!

Sahut sahabat menyampaikan pada yang lain.

Sungguh kecintaan mereka yang tulus dan kecintaan yang lebih tulus yang dibalas oleh Baginda benar-benar mengikat mereka.

Jiwa mereka bersama Rasulullah!

Hati mereka pada Rasulullah!

Dan cinta mereka hanya dimiliki oleh Rasulullah yang membawa pada Allah!

Tapi kali ini, berita kegeringan Baginda benar-benar meresahkan jiwa. Apatah lagi mengingatkan beberapa kebiasaan Baginda turut berubah. Tengok sahajalah pada Ramadhan yang lalu (10 Hjrah). Baginda telah beriktikaf selama 20 hari tidak seperti Ramadhan-Ramadhan sebelumnya yang hanya 10 hari.

Ramadhan yang lalu jugalah Jibril A.S telah datang bertadarus dengan Baginda sebanyak 2 kali. Tidak seperti Ramadhan-Ramadhan yang lalu hanya sekali sahaja.

Apatah lagi sabda Baginda sendiri pada Haji Wada' yang lalu :

"..Sesungguhnya aku tidak pasti, apakah aku akan bertemu kamu lagi selepas tahun ini di tempat ini buat selama-lamanya.."

Bahkan ketika di Jamrah Al-Aqabah pun, Baginda sekali lagi menyatakan :

"..Pelajarilah daripadaku ibadat-ibadat Haji kamu, kerana boleh jadi aku tidak akan berhaji lagi selepas tahun ini.."

Itu semua mereka ingat!
Sentiasa bermain dalam fikiran mereka.
Seakan-akan apa yang diucapkan oleh Baginda itu seperti akan sampai pada penghujungnya..

Apakah kali ini...?
Tidak mahu!
Untuk berfikir lebih dari itu kami tidak mahu!

"Kami masih memerlukan Rasulullah! " Itu yang tersemat dalam hati mereka.
Penuh dengan cinta!

Kalau diingat-ingat kembali..
Semuanya berlaku sebulan yang lalu..iaitu ketika Rasulullah SAW sedang dalam perjalanan kembali dari menguruskan jenazah di Baqi', tiba-tiba Baginda mengadu ditimpa sakit kepala. Kepanasannya dapat dirasakan dari atas serban Baginda.

Bahkan hari-hari sebelum hari ini pun benar-benar meresahkan :

4 hari sebelum :

Baginda pengsan setelah bersiap-siap hendak ke Masjid bagi mengimami solat.Ini berikutan para Sahabat menunggu-nunggu ketibaan Baginda untuk berjemaah.

2 Hari (atau sehari) sebelum :

Baginda telah keluar menuju ke masjid sambil dipapah oleh 2 Sahabat setelah merasa sedikit kelegaan dari sakit Baginda. Dan sempat pula Baginda mengimami solat pada hari itu dalam keadaan uzur.

1 Hari sebelum :

Rasulullah telah memerdekakan kesemua hamba miliknya dan Baginda bersedeqah sebanyak 7 dinar yang ada dalam simpanannya. Baginda juga memberikan senjata-senjatanya untuk kegunaan Islam. Baju besi Baginda pula pada hari inilah telah digadaikan kepada seorang Yahudi dengan kadar 30 gantang gandum. Pada malamnya pula, Aisyah ada meminjam minyak pelita dari jirannya.


Dan pagi tadi..
Mereka dikejutkan apabila Baginda menyingkap tabir bilik Aisyah untuk memandang serta tersenyum pada mereka. Sungguh wajah itu seperti purnama yang menerangi kegelapan..

Mereka gembira!
Mereka bahagia!

Bahagia apabila melihat wajah mulia Baginda itu memandang mereka dari tingkap kecilnya di Raudhah!

Pandangan penuh kasih!

Cinta!

Rindu!

Tulus dan qudus..
Sesejuk Kauthar yang menghilangkan dahaga Muttaqin selamanya..
.....
.....
Tapi..itu semua seketika cuma..
Cuma pagi tadi..
Sekarang..
Rasulullah sedang gering kembali..
Dah berapa waktu solat ni diimami oleh Sayyidina Abu Bakar.

( YA ALLAH..SELAMATKANLAH BAGINDA! )
...............................

Tanda buat ummat

وما محمّد الّا رسول قد خلت من قبله الرّسل أفاين مّات أو قتل انقلبتم على أعقبكم ومن ينقلب على عقبيه فلن يضرّ الله شيئا وسيجزى الله الشّكرين

Maksudnya : Dan tiadalah Muhammad itu melainkan hanyalah seorang Rasul yang sebelumnya telah berlalu beberapa Rasul. Apakah jika dia wafat atapun dibunuh maka kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Sesiapa yang berbalik ke belakang, sesungguhnya hal itu tidak merugikan Allah sedikit pun. (Ketahuilah ) Dan sesungguhnya Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. ( Surah Al-Imran : 144 )


Sebulan sebelum itu ( awal atau pertengahan Safar ) :

Dua kakinya yang mulia dilangkahinya menuju Baqi'.
Semata untuk menziarahi dan memohon keampunan buat penghuninya.

Lantas 2 tangan suci itu diangkat.
Memohon dalam bisikan harapan pada Pemberi Harapan:

"..Assalamualaikum wahai ahli Baqi'. Semoga kamu mendapat kerehatan dengan nikmat yang kamu kecapi di dalamnya berbanding orang lain yang menghadapi keadaannya. Sesungguhnya wahai ahli Baqi' telah datang fitnah-fitnah (ujian-ujian) seumpama sebahagian malam yang gelap gelita. Fitnah yang kemudian akan menyusuli selepas yang awal. Sedangkan yang kemudian itu adalah lebih buruk dari yang awal.

Wahai Ahli Baqi'..sesungguhnya kami akan menyusuli kamu.."

(WAHAI KEKASIH KAMI YA RASULULLAH..SUNGGUH ENGKAU TELAH MENINGGALKAN TANDA PEMERGIAANMU INI BUAT KAMI..)
........................................

Teman Yang Tertinggi

Selepas Rasulullah SAW menyampaikan bisikannya buat Fatimah Az-Zahra Al-Batul ( yang mengikat perut kerana lebih mencintai fuqara dan masaakin memperolehi makanan ), Fatimah menangis pilu. Melihat keadaan Fatimah, Rasulullah SAW lantas membisikkan sesuatu sekali lagi buat anakndanya itu dan kali ini membuatkan Fatimah ketawa.

Begitulah Rasulullah SAW..sentiasa menghiburkan..

Kemudian Baginda memanggil buah hatinya Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussein lantas berpesan dan mendoakan kebaikan buat keduanya. Dikucupnya Hassan dan Hussein serta dirangkulnya penuh cinta. Baginda turut memanggil isteri-isterinya lalu menyampaikan peringatan dan wasiat.


Tidak lama untuk Allah melaksanakan apa yang telah ditaqdirkannya buat Nabinya itu..

Baginda mula merasakan bisa kesan racun daging kambing yang sempat dikunyah oleh Baginda di Khaibar. perlahan-lahan menjalar ke dalam tubuhnya yang mulia. Baginda lantas berpesan berulang kali pada orang ramai :

"..Jagalah solat..jagalah solat..serta hamba-hamba yang kamu miliki.."

Perlahan Baginda disandarkan Aisayah pada ribaannya.
Lalu Abdul Rahman bin Abu Bakar masuk mengadap Baginda sambil membawa kayu sugi. Ketika itu Ummatul Mukminin Aisyah melihat Baginda memandang kepada Abdul Rahman. Lantas Aisyah bertanya pada Baginda :

"..Mahukah jika aku mengambil kayu sugi ini buatmu Ya Rasulullah ?.."

Baginda mengisyaratkan dengan kepalanya pada Aisyah tanda setuju. Lalu Aisyah menghulurkan kayu sugi itu pada Rasulullah tetapi Baginda merasakan kayu sugi itu keras.

Lalu Aisyah bertanya : "..Mahukah sekiranya aku melembutkannya buatmu ya Rasulullah?.."

Baginda lantas mengisyaratkan dengan kepalanya sebagai tanda setuju.
Maka dilembutkan sugi itu oleh Aisyah dan diberikan pada Baginda.

Lalu bersugilah Baginda. *(Setengah riwayat menyebut Baginda disugi oleh Aisyah atau Abdullah)

Kemudian, perlahan Baginda mencelupkan tangannya yang mulia ke dalam bekas kecil berisi air di hadapan lantas menyapukannya ke wajahnya.

Sambil Baginda bersabda : "..Tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya bagi kematian itu ada sakaratnya.."

Selesai bersugi, dengan lemah Baginda mengangkat (tangan atau jarinya) serta mendongak pandangannya ke atas .Lalu Baginda mengucapkan ( dimana Aisyah mendekatkan telinganya ke bibir Baginda ) :

"..Bersama orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat di kalangan mereka dari Nabi-Nabi, Siddiqin, Syuhadaa', dan Solihiin. Ya Allah, ampunkanlah daku serta rahmatilah daku, serta pertemukanlah daku dengan Teman Yang Tertinggi, Ya Allah, Teman Yang Tertinggi.."

Diulang-ulang oleh Baginda sebanyak 3 kali.
Kemudian..tangan Baginda yang mulia terkulai layu.
Layu..

Lalu..menujulah kekasih..kepada kekasihnya..
Teman Yang Tertinggi.

انّا لله وانّا اليه رجعون
.......................


Kedukaan Teragung


Tepat pada hari Isnin, 12 Rabiulawwal tahun 11 Hijrah, wafatlah Baginda SAW setelah genap usia Baginda 63 tahun 4 hari. Kewafatan Baginda diratapi dan diterima dengan linangan air mata oleh para Sahabat. Kecintaan mereka pada Baginda menyebabkan mereka benar-benar berduka dengan kehilangan ini.

Sayyidina Ali, di dalam menghadapi kehilangan ini meratap :

" Ya Rasulullah, demi Allah aku amat menyintaimu melebihi kedua ibu bapaku. Tiadalah kegembiraan yang melupakan aku terhadap kegembiraan yang lain melainkan kegembiraan mengenalimu. Dan tiadalah kedukaan yang melupakan aku terhadap kedukaan yang lain melainkan kedukaan berpisah denganmu.."

Sayyidina Abbas menyebut : :. ".Demi Allah, aku melihat apabila Abu Bakar membacakan kalamullah yang memberitakan bahawa Baginda telah wafat..aku melihat manusia seolah-olah tidak pernah mendengar ayat ini sebelumnya.."

Bahkan Ibnu Al-Musayyab telah memberitakan bahawa Umar menyebut : "..Demi Allah sebaik sahaja aku mendengar Abu bakar membaca ayat ini maka aku menjadi lemah longlai sehingga tidak mampu berdiri lagi. Akhirnya aku rebah ke bumi dan yakinlah aku bahawa Baginda telah wafat.."

Bergilir-gilirlah para sahabat masuk ke bilik kecil Baginda untuk melihat buat kali terakhir wajah yang mulia itu. Wajah yang sentiasa menghilangkan kedukaan manusia, pembela anak-anak yatim, sahabat Fuqaraa' wa Masaakiin, pembela kaum wanita dan segala kesempurnaan yang terkumpul padanya.

Bergilirlah mereka seramai sepuluh-sepuluh orang yang masuk untuk bersolat padanya tanpa diimami oleh seorang pun. Yang mana kaum keluarga Bagindalah yang mula-mula bersolat padanya kemudian diikuti kaum Muhajirin kemudian kaum Ansar. Kaum wanita bersolat selepas kaum lelaki dan selepas itu disusuli kanak-kanak pula yang bersolat ke atas Baginda.

Di dalam menghadapi musibah kedukaan yang dicatat oleh sejarah sebagai kedukaan teragung dan terbesar ini..Sayyidatuna Aisyah sendiri menyatakan :

" ..Demi Allah, aku sendiri tidak tahu (kerana kedukaannya menghadapi perpisahan ini ) saat bilakah Rasulullah SAW dikebumikan sebenarnya..( sedar-sedar ) aku mendengar bunyi penyodok tanah maqam Baginda di saat tengah malam rabu.."

Dan katanya lagi :

"..Dan di antara nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah kepadaku ialah Rasulullah SAW wafat di dalam rumahku, di dalam giliranku, dan di dalam rangkulan antara leher dan dadaku.."

(YA HABIBALLAH..SUNGGUH KAMI AMAT MENYINTAIMU SEKALIPUN CINTAMU ITU SENTIASA MENGATASI. SELAWAT SERTA SALAM BUATMU DUHAI KEKASIH..MUDAHAN ALLAH MENGIZINKAN LAGI KAMI BERTEMU DENGANMU KEKASIH DI RAUDHAH YANG MULIA..)

13 Comments:

  1. Anonymous said...
    Renunglah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w,jihad dan kesabarannya.Rela berkorban demi menegakkan agama ini dalam menyebarkan tauhid serta memadamkan syirik.Dikelilingi orang-orang tersayang yang bersama-sama mengharungi susah dan senang.
    Jasmin said...
    Ranjau perjalanan hidup Rasulullah s.a.w menusuk ke dalam kalbu.Betapa sayang Baginda pada umatnya,dan kedalaman cintanya pada Allah tiada tandingannya.Kita sebagai umat Baginda seharusnya mencontohi dan mengamalkan ajaran dan sunnahnya dan tidak leka untuk melakukan amal kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Moga Allah memberi perlindungan, memberi rahmat dan hidayah-Nya dalam kita mengharungi detik nafas yang entah bila akan terhenti,yang kita tidak ketahui waktunya.

    Salam Rejab,selamat berpuasa, berzikir dan bersedekah kepada Sufifaqir dan semua warga blog.
    Anonymous said...
    salam...thank you for the latest article. i know i can turn to this blog whenever i'm lost...
    semoga ustaz sentiasa dalam rahmatNya
    Rashidy Jamil said...
    Wassalam Jasmin .Terima aih kerana sentiasa memberi sokongan. Cintanya Baginda pada ummat ini tidak pernah kan terbalas. Cintanya sentias mengatasi. Salam Rejab yang mulia juga buat Jasmin.
    Rashidy Jamil said...
    Wssalam.Sama-sama juga buat anda yang sudi menziarahi blog yang tidak sebarapa ini dan mengambil manfaat darinya. Saya juga mendoakan saudari agr sentiasa di dalam rahmatnya. Ziarahilah selalu blog kita ni ye.Syukran.
    Rashidy Jamil said...
    Benar saudara/i.Merenung kembai sirah membuatkan hati kita akan sentiasa hidup. Hidup untuk merancang dengan lebih teliti menghadapi kehidupan yang kekl abadi. Akhirat.
    nunwowro said...
    alhamdulillah..terima kasih Allah..terima kasih ustaz..smg kisah ini akan memekarkan kerinduan utk bertemu rasulullah wpun dibaca berulang2 kali. smg Allah rahmati kehidupn ustz sekeluarga..teruskan menulis ust.
    Rashidy Jamil said...
    Waalaikumslam Nunworo.Terima kasih kerana sudi menziarahi blog kita yang tak eberapa ini.Semoga Allah merahmati Anti sekeluarga dan mereka yang mencintai anti kerana Allah dan nti mencintai mereka kerana Allah.
    DEENSetia said...
    tulisan anta telah menyentuh hati kecil ana... terima kasih syeikh.
    Rashidy Jamil said...
    Terima kasih jua buat anta Syeikh. Anta banyak memberi kekuatan pada Ana. Anta sentiasa percaya pada Ana di saat orang lain meragui. Allah bersama memberkati hubungan kita. Semoga kita di dalam silaturrahim ini hingga berjiran di dalam JannahNya. Amen.
    izyan insyirah said...
    banyak pengajaran...syukran....
    izyan insyirah said...
    assalamualaikum ustaz...sy tk tau nk hubungi ustaz cm mana...sy dah email ustaz tanyakan nombor ustaz tapi tkde reply...
    'Abid Sakina said...
    semoga kita sama2 berpeluang bertemu dgnnya nnt..duhai Kekasih Allah yg mulia..ameen
    Indah coretan ni..menambah rindu pada insan mulia itu..
    Allahumma solli 'ala Muhammad~

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds