Yatim (Versi Ringkas)

Sabda Rasulullah SAW :

"Bagi orang yang memelihara anak yatim maka aku dan dia seperti dua jari di syurga."
(Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah)

(Riwayat Muslim)

Dua mata anak kecil itu merenung Ana. Lama-lama.
Merenung tanpa mengerti.

Ana mula senyum padanya.Sesekali kening diangkat. Untuk mengagah*.
Dan macam tadi juga..dia hanya membalas senyuman Ana dengan pandangan.

Sungguh terik mentari yang tegak di atas kepala tidak sedikit pun menghalang pandangan Ana pada matanya.

Comel!

Putih!

Hitam!

Mata putihnya tersangat putih. Dan anak mata hitamnya..tersangat hitam.

Mengingatkan Ana pada sifat mata Baginda Rasulullah SAW tercinta.

Ada rasa kasih padanya.
Apatah lagi bila mengenangkan anak kecil ini baru kehilangan bapanya beberapa bulan yang lalu.
............................

A'lia Solehah diarak.
Dari satu tangan ke satu tangan.
Sesekali alunan selawat yang bergema mengejutkan anak comel itu.

Terbuka kelopak matanya..dan kemudian..
Pejam semula..

Menatap matanya yang comel membuatkan Ana dilanda :

Sayu!

Sedih!

Pilu!

Bukan sahaja pada Ana. Tapi pada semua yang hadir dalam majlis bercukur * tersebut.

Mata anak yatim : A'liya Solehah Binti Azman.
..........................

Pagi itu..

"..Hello.. Assalamualaikum Diee..
"..Diee.. Abang Man Takdok doohhh.."
"..Huuhuk hukkk..."

Tergaman Ana!
Dari berdiri..Pelan-pelan Ana terduduk..
Sedaya Ana cuba mencari kekuatan dengan firmanNya :

الذين اذا اصا بتهم مصيبة قالوا انّا لله وانّا اليه رجعون

Maksudnya : Orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka bersegera mengucapkan : Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali.

(Al-Baqarah : 156)

Ye..abang Man Ana dah takde.
Kembali dijemput Allah.
Bertemu A'liya Solehah..
Di SyurgaNya nanti. Amin.
...................................

2 anak yatim ini mengingatkan Ana pada Rasulullah SAW.
Anak yatim dari kota Makkah yang mulia.
Yang dilindungi Rabbnya dengan firmanNya :

الم يجدك يتيما فئاوى

Maksudnya : Bukankah Dia mendapati kamu seorang yatim, maka Dia telah memberi perlindungan padamu.
(Ad-Duha : 6)

Seorang yang tulus dan qudus.
Bicaranya terpelihara.
Anggotanya terjaga.
Bahkan niatnya..
Subhanallah..hanya pada Pengukur Niat!

Hatinya hidup.
Tidak seperti kami..
Tidur dan mati..
Baik Jasad..
Baik batin.

Kemuliaannya tiada keraguan,
kehinaannya? hanyalah fitnah!

Setiap yang memandangnya,
Pasti memancar Mahabbah padanya,
sesejuk kauthar,
Buat penghilang dahaga Muttaqin,
Pada hati yang tandus dan kering,
Dengan noda dan dosa.

Sungguh engkau Ya Rasulullah,
Anak Yatim yang mulia*
Dari kota kering dan tandus,
Yang kini subur dengan taqwa dan iman,
Para Muttaqin dan Mukhlisin.

Cintailah anak-anak yatim.
Dengan sepenuh kecintaan,

Sebagai bukti..
Cinta ummat,
Pada anak yatim Makkah.
.................................
*Mengagah - Loghat Terengganu yang bermaksud mengusik agar bayi ketawa dan gembira.

*Majlis Bercukur rambut yang diiringi selawat.

*Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.

4 Comments:

  1. TOMCAT6072 said...
    SALAM USTZ...SEDIH DENGAR CERITA ANAK YATIM TU..SEMOGA KELUARGA ARWAH TABAH MENGHADAPI DUGAAN ALLAH S.W.T...SEMOGA ROH ARWAH DILETAKKAN DI DALAM GOLONGAN ORANG2 YG BERIMAN..SLMT BRPOSA BUAT USTZ..ITULAH KETENTUAN ..SETIAP YG HIDUP PASTI MERASAINYA...HANYA AMAL DAN TAQWA YG MENGIRINGINYA..SEDEKAH JARIAH SERTA ANAK DAN ISTERI YANG MENDOAKAN..AL FATIHA...
    Anonymous said...
    kebetulan saya baru sahaja pulang dari melawat rumah anak yatim dan orang-orang tua di sepang. sedih dan daif kehidupan mereka. teringin untuk mengambil salah sorang dari mereka sebagai anak angkat.
    HJ ROSE ADY HJ RAMLI said...
    Assalamualaikum wbt Ustaz. Tulisan2ustaz amat baik malah kuliah2 yg Ustaz berikan memberikan impak yg kuat pada kehidupan saya terutamanya kuliah Subuh pada 31 Ogos yg lalu di Surau An Nur. Semoga Ustaz meneruskan perjuangan ini untuk kebaikan Islam dan meningkatkan ketaqwaaan jiwa2 yg menagih agar halwa pendengaran mereka dipenuhi dengan ilmu yg baik-baik. Insyallah
    najah said...
    salam'alaik...
    ust...
    kullu nafsin dzaaiqotul maut..
    Hari ni kita diberitakan ttg pemergian seorg demi seorg bani adam, kelak mereka yg masih hidup pula diberitakan ttg pemergian kita..
    Mg pghujung kita adlh pghujung yg mulia..
    Catatan ust di sini tersembunyi riak kesedihan..
    Mdh2n ust tabah nghadapi stp mehnahNYA.ameen

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds