Mohon Perhatian

Assalamualaikum Wbr.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Sabda Rasulullah SAW :

Fitnah adalah barang yang sedang tidur dan Allah melaknat sesiapa yang membangunkannya.

Sahabat-sahabat sekalian.
Ana ingin menarik perhatian sahabat terhadap beberapa perkara penting.

1- Ruangan bersila di lambur terpaksa di KIV sementara atau selama-lamanya kerana terdapat beberapa aduan dari pengunjung-pengunjung yang diganggu oleh mereka yang tidak dikenali. Antaranya mereka dilarang menghubungi sufifaqir.

2- Sufifaqir tidak pernah mempunyai sebarang Hi5, Facebook, Friendster dan lain-lain selain dari blog ini. Ana berkesempatan melihat laman-laman yang dinyatakan di atas dan terkejut apabila didaftarkan atas nama Ana.

3-Sekiranya sahabat-sahabat ( termasuk yang menghubungkan blog mereka dengan blog sufifaqir ) ingin berkongsi ilmu,maklumat dan lain-lain, bolehlah terus menghubungi Ana menerusi email ana aiatu : - rashidy_jamil@yahoo.com atau rashidy_arrashid@yahoo.com atau sufifaqir@yahoo.com. Selain dari 3 email yang dinyatakan di atas, Ana tidak mempunyai sebarang email lain.

4- Ini kali ketiga perkara sebegini berlaku. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari fitnah yang telah diamarankan oleh Rasulullah SAW tercinta.

5- Ana berlindung diri dari perkara-perkara sebegini dan hanya Allah sahajalah memberi petunjuk kepada yang berkenaan. Syukran di atas sokongan anda selama ini.

Jazakumullah.

-Sufifaqir-

16 Comments:

  1. Anonymous said...
    salam,
    sebenarnya tak faham sangat masalah yang dihadapi oleh ustaz. Tak tahu hujung pangkal. Tapi sungguh tak faham kenapa ada segelintir manusia yang suka menjatuhkan dan memburukkan orang lain. Apakah kepuasan dan faedah yang didapati daripada perbuatan negatif tersebut. Diharap ustaz tabah menjalankan ibadah puasa. Buka puasa dan sahur macam mana ustaz?
    Rashidy Jamil said...
    Waalikumsalam.Terima kasih. Bersahur dan berbuka sepeti biasa. Seorang diri.Terima kasih.
    Jasmin said...
    Assalamualaikum

    Moga Ustaz tabah menghadapi segala dugaan. Kebiasaan laman web,blog bertujuan sebagai medan ilmu,tapi kedengkian manusia memang susah ditangkis, apatah lagi dilaman jalur lebar tanpa batasan ini.

    Moga fitnah ini membangkitkan semangat Ustaz untuk terus berdakwah.

    Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.
    Khazinatul Asrar said...
    Ya Allah.. kurniakanlah kami aqal yg sedar, perasaan yg jernih, hati yg suci, pemahaman yg mendalam dan mujahadah yg tdk kenal erti jemu. ikatlah hati kami dgn iman dan ukhuwah atas cinta kami kepadaMu. Ya Allah, hindarilah hati kami dari sebarang buruk sangka terhadap saudara2 kami..ameen.. moga sentiasa dalam lindungan buat sufifakir dan sahabat2..
    ~cik N~ said...
    terus menembak doa kpd ust..:)
    izyan insyirah said...
    assalamualaikum..
    salam ramadhan untuk ustaz dan pengunjung blog ustaz ni.

    agak menghairankan. sy yang jarang2 masuk dalam blog ni pun diganggu sama.

    semoga mereka ini diberi hidayah oleh Allah...ameennn...
    Anonymous said...
    salam.semoga tabah mengharungi segala dugaan cabaran.memang sudah menjd resam dunia jgn mengharap kesenangan dlm perjuangan penuh kepahitan.
    Anonymous said...
    salam,
    semoga ustaz tabah menghadapi segala ujian ini lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan. inilah ragam manusia, mempuyai sifat dengki dan iri hati. tak boleh melihat kesenangan saudara-saudara seislam. sabar sahajalah ya ustaz. semoga Allah memudahkan segala urusan ustaz.
    wsx_ateh said...
    assalamualikum..
    sy harap ustaz bersabar ar pd bulan ramadhan ni...biasa ar..org mane leh tgk kita lebih sikit..ade shj hasad denggi dia....same2lah kita doa kan dia agar bertaubat pd bulan ramadhan ni dan ustaz bersabar lah...sy tgk x byk cite yg ustaz tulis..sy minat nk bacanya...sya harap agar ustaz diberikan kesabaran yg tinggi dan kesihatan dalam menjalankan dakwah ustaz...amin
    wsx_ateh said...
    asslamualikum...
    ustaz pe khbr..sy tgk x byk pun cite yg ustaz tulis...ala tu biasa lah ustaz hasad dengki-mendengki ni...org lain x leh tgk kita lebih sikit..ade je..sy harap ustaz bersabar ar..kita sama-sama ar doakan kepada mereka ar bertaubat pd bulan ramadhan ni...sy berharap agar ustaz diberikan kesabaran yg tinggi dan kesihatan dlm menyampaikan dakwah ustaz..amin..raya ni ustaz alik kampung??
    Anonymous said...
    assalamualaikum.

    saya juga tak faham apa masalah ustaz. tak tau cerita yang sebenar. selama ni ustaz selalu membantu kami. mungkin kali ini, jika ustaz mempunyai masalah, ustaz boleh bertanyakan pendapat kami. kami sedia membantu dalam memberikan pendapat yang tidak seberapa ini kepada ustaz. bukankah kita sebagai insan harus tolong menolong serta nasihat menasihati.

    mungkin dengan ini, kami boleh membantu meringankan masalah yang di hadapi oleh ustaz..
    Anonymous said...
    Salam,
    InsyaAllah, ujian ini merupakan tarbiah dari Allah. Moga terus istiqamah dalam perjuangan.
    Anonymous said...
    Assalamualaikum..
    Sabar ye ustaz,anggaplah ia sebagai ujian dalam berdakwah. Sebagai insan, kita doakan supaya mereka sedar apa tujuan sebenar manusia dijadikan Allah.
    Apapun, perjuangan mesti tetap ditruskan.Teruskan berdakwah demi Islam tercinta.
    -sahabat-
    Motivasi Kerja said...
    Mengapa manusia suka memfitnah? Mengapa orang Islam sendiri suka memfitnah. Semoga sahabat ana ni banyakkan bersabar. Berjuang di jalan Allah memang banyak dugaan.
    Anonymous said...
    semoga tabah ye hadapi dugaan dan cabaran.sudah menjadi lumrah usah mengharap kesenangan dlm perjuangan penuh pengorbanan..

    zurina
    Anonymous said...
    semoga akan ader teman yg menemani ramadhan akan datang.....

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds