Berkata Syeikh Ibnu A'thoillah di dalam Al-Hikamnya :
من أكرمك انّما اكرم فيك جميل ستره فالحمد لمن سترك ليس الحمد لمن أكرمك وشكرك
Maksudnya : " (Ketahuilah) Sesungguhnya sesiapa yang memujimu, itu hanyalah kerana betapa pandainya Allah menyembunyikan keburukan yang ada padamu. Maka hendaklah kamu memuji Allah yang telah menyerlahkan kebaikanmu.."
من أكرمك انّما اكرم فيك جميل ستره فالحمد لمن سترك ليس الحمد لمن أكرمك وشكرك
Maksudnya : " (Ketahuilah) Sesungguhnya sesiapa yang memujimu, itu hanyalah kerana betapa pandainya Allah menyembunyikan keburukan yang ada padamu. Maka hendaklah kamu memuji Allah yang telah menyerlahkan kebaikanmu.."
Selepas Ana mendapat beberapa komen dan kunjungan seorang pembaca Tribute Buat Nenda yang menangis di hadapan Ana, Ana cukup terkesan dengan keadaan tersebut.
Jari Ana pantas menekan pencarian Google terhadap komen-komen lain tentang novel kecil ini. Satu persatu Ana teliti dan membacanya dengan penuh minat. Tekun!
Alhamdulillah..semuanya menyatakan rasa terharu dan gembira memiliki novel kecil ini. Sempat Ana copy semua sekali komen-komen pembaca. Dan Ana akan kongsikan komen-komen tanpa edit ini bersama sahabat-sahabat Ana yang Ana cintai :
.." Katanya ust rashidy, satu kepuasan di dalam diri bila kita melihat hasil tulisan kita dibukukan. Kita hadiahkan kepada insan yang tersayang, kita bagi mak, ayah, nenek dan rakan-rakan. Itulah satu keseronokan dan kepuasan buat diri yang suka menulis. 'Tribute buat nenda' adalah salah satu dari novel yang telah diberikan pada aku oleh beliau di antara 5 dan 6 novelnya yang lain. Termasuklah kutaib (buku kecil) 'isu penggunaan kalimah Allah' yang telah dikarangnya bersama dr. zulkifly albakri." - Lutfi ( na5wa.blogspot.com)
.."Ni salah satu buku karangan beliau yang menambat ati untuk dibeli...knape sebab time dia tunjuk tu trus nampak yang wane ijau trus jatuh cinta dengan cover buku....isi tak tahu...beli memang rajin dah tiga minggu simpan kat opis. minggu lepas balik kg bawa atas sebab ....time dalam train bace atas alsan nak hindar boring...yelah dari seremban ke serdang 1jam tau....144 muka surat yeee dapat diabiskan membacaanyee tanpa penghayatan...yelah bace dengan dikelilingi orang ramai tak pat nak xpresi memek muka n monolog dalaman tak brape nak feel....dasyatnyeee...sok nyee bace smulaaa ...untuk pengetahuan umum bace dengan penuh emosi siap menitik air mate lagi tu...time kasih ustaz banyak perkara yang saya blaja dari buku ni...doa minum susu...satu g memandang kan belum kawin so ayat ni menjadi peringatan. Sabda Rasullah SAW yang bermaksud; Miskin, miskin, miskin. Seseorang lelaki yang tidak beristeri. Miskin, miskin, miskin. Seseorang perempuan yang tidak bersuami...arap sangat kalau ade sambungannyee novel ni...dah jatuh cinta dengan novel ni.... patut laa cover novel ade tertulis bukan sekadar novel..." - Noor Baizura (noornarul.blogspot.com)
.." Tribute buat nenda saya akui sebagai novel motivasi kepada kita semua. Gaya bahasa yang bersahaja dan menarik. Seperti cerita filem yang dilihat dengan mata di kaca televisyen. Ada kala saya tertawa dan ada kali hati ini sebak. Diselitkan dengan Sirah Nabi, kata ulama, serta pelbagai lagi yang dapat diambil pengajaran. Setiap manusia ada kisah hidupnya tersendiri. Suka dan duka, gelak tawa riang gembira dirasai. Namun ada juga insan di sisi kita yang air matanya bagaikan sudah kering kerana tidak henti-henti menangis. Sesungguhnya novel ‘Tribute Buat Nenda’ harus dijadikan bacaan kepada yang meminati dunia novel. Bukan sekadar novel yang kadang-kadang ada kisah khayalan semata-mata tapi ini novel yang memberikan motivasi agama dan ruh Islam dapat dirasai..Tahniah buat Ustaz Rashidy Jamil Muhammad al-Rasyid…" - (firdauskhalil.wordpress.com)
Terima kasihlah buat sahabat-sahabat yang memberi pandangan dan teguran. Terharu dan berbesar hati sebenarnya..
Sejujurnya Ana merasa rendah diri untuk mengiklankan novel ini. Inilah kali pertama Ana mengiklankan buku terbitan Tuan Sharifah Islamic Foundation kepada umum menerusi medan blog tercinta ini. Sedangkan sebelum ini Tuan Sharifah Islamic Foundation sendiri telah pun menerbitkan 5 buah buku yang merangkumi Comparative Religion dan Al-Quran.
Terlalu kerdil di sisi nama-nama besar dalam penulisan. Namun itulah yang termampu bagi Tuan Sharifah Islamic Foundation. Semuanya semata menyahut seruan dakwah yang suci ini.
Bercakap tentang Tribute Buat Nenda, ia merupakan kenangan terindah Ana bersama Nenda yang amat Ana cintai iaitu Tuan Sharifah Binti Tuan Tengah Bin Syed Abdul Qadir Al-Yahya.
Novel ini memuatkan kembali kisah-kisah didikan Nenda pada Ana, cicit sulungnya. Sejak kecil lagi Ana dibesarkan, diasuh oleh Nenda Ana. Wan, Mami, Busu, dan adik-adik Ana serta keseluruhan ahli keluarga Ana, kesemuanya turut diasuh oleh Nenda kami di teratak kecil yang telah Ana namakan Bait As-Sharifah.
Bukan Sekadar Novel merupakan satu trademark bagi novel kecil berwarna hijau muda ini. Dan Ana sedaya mungkin cuba menyerlahkan kelainannya dengan menfokuskan tujuan dan matlamat utama novel ini ditulis. Ia semata untuk dakwah. Selain dari ayat-ayat Al-Quran, Hadis Rasulullah SAW, Ana turut menyertakan matan-matan kitab antaranya Al-Hikam oleh Syeikh Ibnu Athoillah, syair-syair Arab serta kata-kata para hukama' ketika menggambarkan sesuatu kisah buat pembaca.
Ana akui dengan sejujurnya, Ana bukanlah seorang ahli bahasa apatah lagi sasterawan yang mendalami ilmu metafora dan kelunakan gaya penyampaian. Ana hanyalah seorang yang cuba sedaya mungkin menulis dengan hati setiap kali ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Mudahan ia turut sampai ke hati dengan izinNya.
Sekali lagi Ana dengan rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat sekalian di atas sokongan yang berterusan buat Ana yang faqir ini. Anda semua Ana sifatkan sebagai sahabat yang memimpin Ana ke arah kemuliaan. Inilah yang telah digambarkan oleh penyair Arab :
من عاشر الأشرأف عاش مشرّفا ومعاشر الأنذال غير مشرّف
Maksudnya : Sesiapa yang bergaul dengan orang-orang yang baik akan hidup mulia. Dan sesiapa yang bergaul dengan orang-orang yang rendah akhlaknya pasti tiada kemuliaan padanya.
Segala pandangan dan teguran tersebut amat Ana hargai dan akan Ana jadikan panduan demi menambah baik apa yang kurang dalam diri.
Jazakumullah buat anda dari Ana - Cicit Tuan Sharifah.
7 Comments:
-
- Anonymous said...
May 30, 2009 at 4:54 PMsalam ustaz, saya telah membaca beberapa artikel ustaz dimana saya terjumpa blog ini secara tidak sengaja. sedikit kehairanan apabila saya rasakan terlalu banyak air mata yang tumpah di dalam tulisan2 ustaz. sehinggakan salah seorang peminat ustaz pun boleh menangis di depan ustaz. mungkin saya seorang yang keras hati tetapi saya rasa saya seorang yang tabah. Saya sukar menitiskan air mata walaupun saya di dalam kesusahan. saya mungkin hanya menagis di dalam hati saya kerana saya tidak suka menunjukkan kedukaan saya. Soalannya adakah saya terlalu keras hati ataupun ustaz seorang yang terlalu lembut hatinya.- Rashidy Jamil said...
May 31, 2009 at 10:54 AMWassalam.Sejujurnya saya tidak pasti.Namun saya percaya setiap orang mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa mengiringi ujian-ujian dalam babak kehidupan.Tangisan bukan datang dari mata tetapi dari hati.Kesedaran terhadap sesuatu yang melanda juga adalah hidayah walaupun tanpa tangisan.Jazakillah.- Anonymous said...
May 31, 2009 at 11:13 AMSaya juga bersetuju dgn pendapat ustaz.kesedihan itu lahirnya dari hati.Seseorang yang keras hati juga boleh menitis air mata samada zahir atau secara batin,di atas suatu kesedaran,hidayah atau petunjuk dari Allah atau peristiwa yg meruntun jiwanya.Wallahu A'lam- Anonymous said...
June 7, 2009 at 2:14 AMsalam...menangis bukanlah sebab kita tak tabah atau sebab kita tak kuat. tapi dalam keadaan ini (membaca artikel tulisan ustaz) i think it's more to the relationship with ALLAH; how ustaz reminds the readers about human-ALLAH relationship. how he reminds us about the beauty of life simply because of ALLAH. dan saya rasalah, bagi saya yang banyak dosa ni, mengetahui betapa pengampunnya ALLAH cukup membuat saya menangis...- Anonymous said...
June 7, 2009 at 2:15 AMsalam...menangis bukanlah sebab kita tak tabah atau sebab kita tak kuat. tapi dalam keadaan ini (membaca artikel tulisan ustaz) i think it's more to the relationship with ALLAH; how ustaz reminds the readers about human-ALLAH relationship. how he reminds us about the beauty of life simply because of ALLAH. dan saya rasalah, bagi saya yang banyak dosa ni, mengetahui betapa pengampunnya ALLAH cukup membuat saya menangis...- Rashidy Jamil said...
June 7, 2009 at 11:17 PMYe.Kesedaran yang timbul adalah kurniaan dariNya.Mudah-mudahan diiringi dengan kebaikan yang berpanjangan.Itigfarlah kita sentiasa sebagai mengakui kelemahan dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.Terima kasih buat anda yang sudi memberi pandangan dan komen di artikel kita in.Jazakumullah.- Anonymous said...
August 1, 2009 at 2:05 AMMenangis bukankah dapt menghilangkan resah dalam hati? Bukan dengan menangis kita akan lebih ingat pada Allah?.Pernah ana dengar guru ana berkata : 'Sahabat yang baik membawa kita ke jalan yang baik' & 'Sahabat lain dari yang lain, segalanya dikongsi, tak seperti kebanyakan kawan yang kita ada'...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)