Petang tadi dapat berita :
" Isteri Cikgu Junuh mati.."
Pelan-pelan Ana ucapkan :
"..Innalillah.."
Ada helaan panjang dilepaskan. Seolah terasa beban yang terpikul di bahu ini.
Sebenarnya akur.
Akur pada Qudrat dan IradatNya yang Maha Agung.
Sedang kita hanyalah hambaNya yang tidak berdaya...
...........................
Dah lama Ana tak menulis.
Kesibukan dan kesihatan yang tidak mengizinkan serta Broadband yang selalu dilanda masalah menyebabkan hasrat hanya tinggal hasrat. Terkadang dah menulis panjang-panjang dah pun tapi tetiba...Hilang.Padam. Tak sempat save. Dan lain-lain.
..Emmm..
Ni lah antara dugaan menulis. Bukan sekadar memerah fikiran bahkan menduga kesabaran lantas memupuk agar ia menjadi perhiasan diri. Abadi. Amin.
.......................
Kali ni banyak yang hendak ditulis.
Dalam kepayahan menulis kali ni (kerana kurang sihat), Ana cuba ingin berkongsi perkara-perkara yang berada dalam kotak fikiran ni. Antaranya :
1) Ada satu artikel yang ingin Ana taip tentang 'kebetulan' dan sampai sekarang ia hanya 'ditaip' dalam fikiran Ana sahaja.
2) Ana ditimpa sakit sekali lagi pukul 4 pagi pada 12/10/09 yang akhirnya berkesudahan Ana terlantar di rumah Abang Usop dan Kak Mah di USJ beberapa hari.
3) Ana dapat 'Sahabat Baru'. Alhamdulillah dapat Ana berdakwah dengan lebih jauh dan berkesan untuk gerak kerja Ana.
4) 17/10/09 Ana diminta menjadi wakil cakap bagi pihak rombongan lelaki untuk majlis pertunangan. Subhanallah, Ana ni masih lagi faqir tapi ditaklifkan atas dasar kepercayaan mereka pada Ana untuk majlis itu.
Maka setelah membaca ayat-ayat suci dan muqaddimah pujian pada Allah dan Rasulullah SAW, Ana pun mulalah :
" Saya ni..dengan rendah hati..mewakili Ibu Bapa dan ahli keluarga pihak lelaki..dengan suci hati menyatakan maksud kami yang besar ni agar ...(nama dirahsiakan)..sudilah kiranya menyambut salam ...(nama dirahsiakan)..
Maka besar sangatlaaahh harapan kami yang serba kurang ni. Allah jualah Yang Maha Sempurna dan terkaya DIA dari segala kekurangan..."
Panjang lah ayat yang Ana susun. Terasa macam orang tua je waktu tu. Rasa macam Ayah pun ada pun ada. Subhanallah.
Dan akhirnya..:
" Beginilah Ustaz..Alhamdulillah, kami terimalah dengan baik hati dan dengan suci hati.."
Alhamdulillaahhh..
...........................
Itulah yang dapat Ana catatkan buat sementara ini.
Ana nak minta izin rehat dahulu. Ana kurang sihat sebenarnya.
Banyak yang Ana rakam dalam kotak fikiran ni. Kalau Ana pendek umur, ampunkanlah salah dan khilaf Ana.
Semoga Allah sentiasa membantu anda yang sentiasa tidak jemu bersama Ana di medan Sufifaqir ini. Ana sentiasa mendoakan anda semua. Agar sentiasa di dalam lindungan dan kasih sayangNya. Doa anda juga Ana pohonkan.Doakan ye.
Doakan agar Sufi tidak Faqir lagi.
Syukran.Wassalam.
20/10/2009
10.27 Malam.
Bait As-Syarifah, Terengganu.
Jaga diri dan kesihatan.
Doakan ana juga.
ustaz akan sentiasa sihat..
janganla ustaz berputus asa dalam kehidupan ini..
bersabarlah ye ustaz..
semoga Allah memanjangkan umur ustaz dismping orang yg tersayang..
aminnnnn,,,,
*InsyaALLAH,sufi tak akan faqir lagi,AMIN.
zurina
Jaga kesihatan dan diri Ustaz..
Ameen..
ameen ya rabb atas segala doa dan harapan di atas..
semoga diberi nikmat kesihatan kembali utk terus semangat menulis & bdakwah..
segala ujian ada hikmahnya..
sentiasa mendoakan. insyaAllah :)
insyaAllah..ana doakan enta.
saya lihat ustaz tak ada masalah untuk memilih calon istri jika ustaz benar-benar tak mahu faqir...doakan saya sama...
p/s: cuba amalkan minum madu satu sudu setiap pagi ustaz..sihat dan kuat
Perasaan yang hadir sukar untuk dimengertikan
Tak tahu mana hala tuju
Tak tahu apa yang mahu
Takala seribu soalan menyelubungi
Aku tewas
Aku, kamu dan dia
Apakah aku tidak mensyukuri apa yang diberikan
Salahkah aku ingin memilih apa yang aku rasakan yang terbaik
Tiada siapa pun tahu jawapan pada soalan itu
Jika ada katakan padaku
Aku, kamu dan dia
Bagaimanakah kehidupan bersama dengan dia
Jika Setiap saat yang hadir diruangan mata dan hati hanya kamu
Bagaimanakah hari ku sah menjadi ratu hati org yang tak pernah berada dihati
Apakah aku kuat menghadapi semua ini
Atau aku akan digelar pelakon terbaik
Atau pun mungkin menjadi patung bernyawa
Aku, kamu dan dia
Tiada siapa yang memahami
Mana mungkin aku memilih kamu yang sentiasa berada dalam mimpi
Apabila setiap saat doa ku didengariNya
Menitip kata-kata penuh harapan memohon agar Allah memberikan jawapan
Kenapa kamu yang hadir ketika itu
Kenapa tidak dia
Apakah itu hanya mainan kerana dengan nyatanya engkau tidak merasai apa yang ku rasa
Atau aku yang tidak memahami apa yang tersurat dan tersirat yang ditentukan olehNya
Aku, kamu dan dia
Hadirmu bagai memberikan sinar harapan
Cahaya wajahmu umpama penyuluh kegelapanku
Suara mu selalu ku idamkan
Kata-kata selalu ku nantikan
Cuma jawapanmu tidak lagi ku temukan
Kepada sufifaqir pula: Jika ustaz telah berjumpa calon yang sesuai, nyatakanlah hasrat ustaz itu dengan mengikat tali pertunangan secepat mungkin. Takut nanti dia disunting orang lain pula kalau lambat. Insya Allah, sufi tak akan faqir lagi.
KOMEN DI ATAS NAMPAK SANGAT USTAD JE YG TULIS."KAMU" YG DI MAKSUDKAN MUNGKIN SUFIFAQIR.JIKA BUKAN,BUAT APA ANON.TU NAK POST DI RUANG KOMEN SUFIFAQIR.SAPE AGAKNYA PEMINAT SUFIFAQIR.JADI, ANON. PERKENALKANLAH DIRI ATAU SUFIFAQIR SUDAH PERNAH KENAL?
jangan biarkan perasaan dengki menguasai diri.. bersikap positif dan move forward..
(sy slalu gak dropkan komen sy kt sini..sy doakn spye sufi sntiasa sihat dan beroleh kebahagiaan..sy mintk maf jika penh membuat ksilpn pd sufi.slamt mju jye sufi.sy sntiase myokg sufi dri blkg)