Mati Versi Ringkas

Belum sempat Ana masuk ke dalam kereta, Icik Zaid datang dalam keadaan cemas :

" Die..Din sakit dok sedor.."

Mendengar berita tersebut, dengan segera Ana ucapkan :

انّا للّه وانّا اليه رجعون

Maksudnya : Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepada Allah jualah kami akan kembali.

Pantas Ana buat pusingan U. Kemudian memecut ke rumah Din.
.....................

" Mengucap Din..Mengucaapp.."

" Allaaahhh..Allahhh..."

Ujar Ayah Cin Tuan Cik. Mengingatkan Din yang dah hampir pergi.

Bau hancing menusuk-nusuk hidung.

Membasahi karpet merah sederhana besar. Sesekali tangan Ana memegang dada Din. Sambil merenung wajahnya yang mula kebiruan.

Diam.

Kaku.

Senyap.

Akhirnya : انّا لله وانّا اليه رجعون
..........................

Sabda Rasulullah SAW :

انّ الرّوح اذا قبض تبعه البصر

Maksudnya : Sesungguhnya ruh apabila digengam, maka akan diikuti oleh matanya (yang melihat kemana keluarnya ruh itu).

Mati.
Satu janji.
Yang pasti mengunjungi.

Oleh itu..
Carilah kematian
Untuk sebuah kehidupan.

6 Comments:

  1. Anonymous said...
    Salam'alaik, ustaz..

    Peringatan yang cukup bermakna.
    Mati itu pasti, tanpa kita tahu waktunya.

    Moga Allah matikan kita dalam keimanan dan ketaqwaan.
    Anonymous said...
    terima kasih kerana mengingatkan diri yang daif ini tentang detik yg bakal ditempuhi oleh setiap insan.mati..semoga kita semua bersedia untuknya.
    najah said...
    "semua yg ada di bumi ini pasti binasa dan yg tetap kekal hanyalah Wajah Tuhanmu yg mempunyai kebesaran & kemuliaan"
    (Ar RAhman;26-27)
    Tadzkiyatunnafs yg cukup brmakna...
    Jazakallah ust...
    Rashidy Jamil said...
    Waalaikumsalam.Terima kasih di atas respon anda semua. Didoakan agar kita sentiasa mendapat manfaatnya. Berkata sayyidina Abu Bakar : Barangsiapa mencari kematian, dia akan bertemu dengan kehidupan.
    Anonymous said...
    Carilah kematian untuk sebuah kehidupan..

    kata2 yg penuh makna. bersediakah kita untuk sebuah kematian?

    analogi sebuah lori berlanggar:

    jika lori berisi pasir berlanggar, yang terkeluar & berselerak sudah tentu pasirnya. begitu juga andai lori sampah yg berlanggar. semestinya sampah yg bertaburan..

    bagaimana pengakhiran hidup kita sebelum menemui sebuah kematian utk mencari sebuah kehidupan?

    Wallahu a'lam.. Sama2 kita fikirkan sahabat..

    p/s: ust, update la blog..
    Anonymous said...
    salam ustaz dan semua,
    29 Sept adalah tarikh hari lahir ibunda tercinta yang ke 59 tahun dan merupakan hari anniversary perkahwinan ibu dan abah yang ke-40 tahun. Everyone is getting older. Hidup bersama untuk 40 tahun semestinya ada onak dan duri, sedih dan gembira. Satu hari akan terima pula berita kematian yang kita tidak tahu bila...semoga mereka terus bahagia bersama dan meninggalkan anak-anak dalam iman dan kegembiraan..dan mungkin kita yang meninggalkan mereka dulu..who knows...

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds