Kenangan

Jernih air yang terapung di permukaan pasir,
Mendinginkan tubuh,
Meski aku hanya di tepian,
Di persisiran.

Saat memandang relok air,
Yang berarus ditongkah kasim gila*
Ditemani Sibur* merah dan hijau,
Segera hati berkata :

"Alangkah indahnya
jika dua tangan menekup
bucu ruas buluh di dasar sungai.
Sambil menikmati cemas ikan yang terperangkap,
Atau sepit udang yang mengcengkam."

Di situ..
Pohon buluh.

Tempat kami bersila atas hamparan
Surat khabar lama atau daun kelembang*
Membuka bekalan :

" Oohh mak bekalkan udang..

atau..

Telur kicap banyak bawang.."

Bocong*?

Berisi air mati* atau lamned
yang dikongsi nanti dengan kawan-kawan.

Pasti ada yang mengelat.
Meneguk lebih dari rakan.
Menikmati lamned yang dapatnya jarang-jarang..

Dulu..
Di sini..
Mak mandak selalu mencari rebung,
Buat menyayur sebagai peneman,
Nasi di pinggan.

Berlari di sini,
tidak seperti sekarang,

Dulu berkejaran,
Sekarang berseorangan.

Mereka sekarang tak kenal sungai,
Selesa lagi di bawah pancuran (paip).

Petang-petang :
bermain, berlari laki dan perempuan.
Sembunyi-sembunyi di bawah rumah.

Kadang-kadang cari botol,
Jual pada Van kayu yang datang.
5 botol = 20 sen.
Jadilah..
Buat beli air poli dan coklat gam.

Tumpang makan di rumah jiran,
Jadi kebiasaan.
Anak orang anak mereka,
Anak mereka anak orang.

Dunia Sekarang?
Jangan nak samakan!

Kalau hujan..
Berteduh di rumah orang,
Maklumlah rumah sendiri banyak besen teratur,
Buat menadah titisan hujan.

Ya Allah,
Kerinduan apakah ini?

Sehingga ternampak-nampak di mata,
yang berbekas di dalam dada.

Sungguh cintakan kenangan,
Terkandung hikmah budi kerendahan,
Jernih asuhan dari kesusahan.

Pasanku padamu anak :

" Pelajarilah kesusahan..nescaya timbul hikmah dan kebijaksanaan.."


-Sufifaqir,
9 Syawal 1430H-
..........................

* Kasim Gila - sejenis hidupan sungai yang terapung-apung di permukaan dan pergerakannya laju.
*Sibur - Loghat Terengganu yang bermaksud pepatung
*Daun Kelembang - Loghat Terengganu yang bermaksud daun keladi.
*Lamned - Sejenis air botol yang mengandungi pelbagai perisa. Ada oren, Sarsi, Aiskrim Soda, Sarsaparila dan sebagainya. Kat bandar dikenali sebagai Long Cham.
*Air Mati - Loghat Terengganu lama yang bermaksud air sejuk.
*Bocong - Loghat Terengganu yang bermaksud bekas berisi air.
*Coklat Gam - Loghat Terengganu lama bermaksud Chewing Gum.

6 Comments:

  1. Jasmin said...
    Kasihan pada Sufifaqir yang merindui pada kenangan lama.Kenangan yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijauhi.

    Moga Sufifaqir tabah dalam meniti hari-hari mendatang dengan keimanan dan ketaqwaan pada Ilahi, di samping membimbing kami insan-insan kerdil yang mengharap rahmat Ilahi dalam mengharungi hidup di dunia fana ini.
    Anonymous said...
    Salam...peristiwa lalu mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih matang dan sentiasa mensyukuri nikmat Allah yang sentiasa melimpah. Namun, manusia sering terlupa akan nikmat Allah apabila sentiasa berada dalam kesenangan...

    terima kasih ustaz sediakan glosary dalam bahasa Terengganu :). -sahabat-
    Anonymous said...
    Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
    Anonymous said...
    Lama x ziarah blog ni.. terima kasih pada Sufifakir kerana sudi berkongsi kenangan. terima kasih juga sbb sudi bg nasihat2 berguna utk ank2 muda skrg..

    suka sy berkongsi juga dgn sahabat2.. dari sekolah, hinggalah sekarang,sy diuji dgn kesenangan..maksud sy, setakat mencapai keperluan dan kehendak diri tidaklah sukar bg sy dan keluarga utk mencapainya.. namun, krn kesenangan itulah menyebabkan sy sanggup menyusahkan diri semata2 mencari ni'mat kepayahan. berkawan dgn org yg sering diuji dgn kesusahan & penderitaan begitu membuatkan diri ini cemburu dan bersyukur. cemburu krn ujian tanda kasih Allah!! Syukur atas ni'mat senang yg diberikan!!

    pernah sy & sahabat karib membincangkan topik ni.. sebenarnya meluahkan apa yg dirasai selama ni. ternyata beliau seorg yg cukup tabah. sedang kerdilnya diri ini yg blm tentu tahan dgn ujian seumpama yg dihadapinya.

    disebabkan itu, sy katakan pdnya, "Su untung. dari mula2 sy knal su sampai skrg,sy selalu jeles ngan su.. sekurang2nya atas kesusahan su tu, su sedar, itu ujian utk su. tapi berapa ramai manusia yg lupa pd ujian kesenangan. bukanlah lupa..mungkin kata yg lebih tepatnya, x sedar kesenangan yg diperoleh adlh 1 bentuk ujian & tarbiyah dari Allah. berapa ramai jg yg tersungkur di lembah kemewahan?! mereka langsung x sedar segalanya hanya pinjaman. dan sy amat takut andai sy tergolong di klgn mrk!!"

    hamparan kesenangan terbentang di dpn mata. mungkin ada yg tanya, sebab apa sibuk mencari susah klu ada yg mudah? sebab nak cari pengalaman! bukankah pengalaman membentuk peribadi seseorg? namun perlu diingat, hamparan kesenangan lebih menguji!! dan kini, setelah membaca entry ini, bagaikan sedang mencabar diri sy.. ada kesusahan yg bakal kutempuh x lama lagi andai sy tdk berhati2...

    sekadar berkongsi utk yg ingin menerima perkongsian..

    -anak muda-
    najah said...
    Suhanallah....
    Kenangan2 lalu bisa memberi ibrah untuk kita pada hari ini, andai dahulu itu payah hari ini makin mudah, jgnlah lupakan Allah...
    "Sebaik2 saat dalam hidupmu adalah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"
    (syeikh ibn A'thoillah)
    Jazakallah sufifaqir
    Anonymous said...
    salam. kenapa dah lama ustaz tak posting? ustaz masih tak sihat lg ke?

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds