Walaupun kecil..buatlah!

اذا تحدّث عبدي بـأن يعمل حسنة فأنا أكتبها له حسنة
Maksudnya : Jika seorang hambaKu bercita-cita untuk melakukan sesuatu kebaikan maka Aku akan mencatitkan baginya satu kebajikan.

Alhamdulillah. Setelah hampir 2 tahun mengulang cetak buku Benarkah Nabi Isa Disalib? yang juga merupakan buku kedua Ana, semalam merupakan hari bersejarah apabila kali pertama buku tersebut dijadikan mata pelajaran Muqaranah Al-Adyan* bagi kuliah bulanan Ana di surau tercinta. Di Bangi ni juga.

Sejujurnya Ana merasa malu dan rendah hati. Di celahan pelbagai kitab yang dijadikan asas pengisian bagi kuliah-kuliah maghrib di sini, buku kecil Ana ini dipersetujui oleh jemaah untuk dijadikan bahan kuliah yang mana Ana diminta mengisinya selama 2 kali sebulan. Satu kuliah Tafsir dan satu lagi Muqaranah Al-Adyan.

Berkali-kali Ana baca kembali buku susunan Ana tersebut. Alhamdulillah dah diulangcetak sebanyak 11 kali termasuk sekali dicetak di Egypt oleh PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir). Dalam diam Ana bersyukur apabila buku tersebut sedikit sebanyak memberi manfaat buat saudara Muslim tercinta.

Dan malam tadi pun selepas kembali dari surau, Ana belek kembali buku-buku yang pernah Ana susun. Semuanya mempunyai kenangannya tersendiri.
.................................

Tribute Buat Nenda



Semalam pun Ana belek kembali setelah mendapat email yang panjang dari seorang kenalan. Respon dan pandangan dari sahabat-sahabat yang berkesempatan memiliki novel kecil tersebut Ana semat kukuh di hati. Dan semalam Ana tercari-cari apa yang istimewanya pada novel itu..

Dari satu halaman ke satu halaman..
Ana belek..
Dan belek..
Dan belek..
.....

Dalam diam Ana tersenyum..

Membaca cerita yang disusun.
Puisi yang didendang.
Luahan yang benar.
Terkadang malu juga apabila menatap sendiri. Karya yang tak seberapa dari orang yang tak seberapa.

Semestinya novel kecil ini tidak terbanding dengan keasyikan menatap ribuan karya-karya agung Islam namun cukuplah ia menjadi kenangan manis buat Ana dan pusaka kenang-kenangan buat zuriat di masa akan datang. Amin..
...................

Buya HAMKA

Di celah ratusan kitab-kitab dan buku-buku di mini maktabah* Ana ini, Ana keluarkan satu buku sederhana tebal karangan Buya HAMKA ataupun nama penuhnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah.

Tasauf moden tajuknya..






Pak HAMKA pernah menyatakan bahawa beliau sendiri ketika terlantar di hospital, beliau asyik membaca kembali bukunya itu. Dan seketika itu juga mereka yang menziarahinya bertanya :

" Apa bapak sendiri membaca kembali buku Tasauf Moden ini? Bukankah bapak yang mengarangnya?"*

Sambil tersenyum Buya HAMKA menjawab :

" Yaa..benar..pengarangnya sendiri kembali mengambil manfaat dan mengubati hatinya dengan karangannya ini. Bukan semata untuk orang lain yang membacanya.."*

Sungguh Buya HAMKA seorang yang pintar. Bukan sahaja menyusun ilmu untuk dimanfaatkan, tetapi jua buat peringatan diri sendiri. Agar tidak nanti dikatakan sebagaimana peringatan Allah SWT yang bermaksud :

Patutkah kamu menyeru manusia kepada kebaikan sedangkan kamu lupa terhadap dirimu sedangkan kamu diberikan kitab? Apakah kamu tidak berfikir? ( Al-Baqarah : 44 )

Mudah-mudahan kita sentiasa berusaha untuk membuat kebaikan bukan saja buat ummah, jua buat diri yang sentiasa lalai
..........
Semua yang kita usahakan di dunia ini hanyalah untuk mendapatkan keredhaanNya semata di sana. Kebaikan walaupun kecil pasti ia dinilai oleh Allah Yang Maha Pengasih. Syaratnya, ikhlas.

Bukankah Imam Al-Ghazali pernah menyatakan :

Hidup jasad kerana ruh,
Hidup ruh kerana akal,
Hidup akan kerana ilmu,
Hidup ilmu kerana amal,
Hidup amal kerana Ikhlas..
Ana akan ingat itu..
Apatah lagi bila dipadankan dengan pesanan Nenda tercinta :
"Kena buat baik sokmoo..Kita ni kan matii.."*

Oleh itu..walaupun sedikit..buat baiklah..
............................
*Muqaranah Adyan - Kalimah Arab bermaksud Perbandingan Agama
*Maktabah - Kalimah Arab bermaksud Perpustakaan
* (Dialog Buya HAMKA semestinya dibaca di dalam dialek Indonesia agar terasa keberkesanan cerita yang disampaikan)
* Loghat Terengganu yang bermaksud - Kena sentiasa berbuat baik kerana kita semua pasti akan mati ( membawa pahala kebaikan dan kebajikan)

8 Comments:

  1. izyan insyirah said...
    assalamualaikum sufifaqir. teruskan menulis..bakat yg ada gunakan sebaik mungkin untuk agama kita yg mulia ini. terima kasih ats buku2 sufifaqir yg banyak memberi manfaat kpd diri ini.
    Rashidy Jamil said...
    Waalaikumsalam Wbr. Terima Kasih kerana sentiasa memberi sokongan pada blog kita ini.Semoga saudari Izyan sentiasa selamat dan tenang.Jazakillah.
    'Abid Sakina said...
    kata2 luqman al-hakim pd anaknya..

    "Ya bunayya, sungguh andai ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, walau yg berada di dlm batu atau di langit atau di bumi, nescaya Allah akan m'berinya balasan. Sesungguhnya Allah Maha Halus, Maha Teliti.."
    ~Allahu Latifun khabir..:)
    [Luqman: 16]
    orang tuhan said...
    assalamualaikum...Ustaz terima kasih atas ilmu yang di kongsi bersama-sama di An Nur minggu lepas..banyak sekali ilmu dan pengajaran berguna yang diperolehi..moga Allah berikan kekuatan untuk ustaz terus menyampaikan dakwah kepada umat bangi ini. sebagai anak tganu ana tumpang bangga dengan ustaz kerana menyelitkan bahasa tganu dalam kuliah. InsyaAllah ana harap dapat terus mengikuti kuliah ustaz di Annur..amin..
    muhammad syafiq said...
    salam ziarah dari KUIS, :)
    muhammad syafiq said...
    salam ustz..
    nk tanye, novel tribute utk nenda ad dijual dimana??

    di toko2 buku biasa atau kne tempah..jarang nmpk novel yg comel tu..
    Anonymous said...
    Salam,
    Izinkan saya memberi sedikit cadangan:
    Jika ada rakaman video dari ceramah-ceramah Ustaz, lebih molek ianya berada di dalam blog ilmu ustaz ini kan?Lagipun, berkemungkinan ada segelintir atau kebanyakkan pelajar ustaz yang tidak berkesempatan mengikuti ceramah dari ustaz.
    Kami juga bukan sekadar dapat berkunjung, membaca,malah dapat mendengar juga.
    Terima Kasih.
    Anonymous said...
    Assalamualaikum ustaz.. Syukran hadiahkan ana buku2 ustaz.. Ana teringin juga sekali kalau dapat berjumpa. boleh berkongsi ilmu dengan ustaz..Kalau ada masa insyaallah boleh kot kita jumpa lagi..

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds