Petang tadi Ana ke stesen bas Cheneh Baharu. Hantar Wan, Mak dan Mak Nda balik ke Kuala Berang. Balik selepas kami berempat melawat dan bermalam kat rumah Tokwan saudara Ana yang tiba-tiba jatuh sakit.
Sebenarnya selepas dapat sms ringkas dari Acik pagi kelmarin, Ana bergegas pulang ke Cheneh. Katanya Tokwan Ana tu masud wad. Demam takda, pening takda..tiba-tiba je sampai berita ..dah masuk wad?
Emm..beginilah hidup. Ada asam garamnya. Sihat lawannya sakit, hidup lawannya mati. itulah Sunnatullah..
Teringat pula Ana pada Firman Allah menerusi lidah RasulNya yang mulia,Nabi Ibrahim A'laihi As-Salam :
واذا مرضت فهو يشفين
Maksudnya : Dan apabila aku sakit, Dialah Yang Menyembuhkan ku. (Surah As-Syua'raa : 80)
Subhanallah...betapa benarnya kalam Allah ini. Tersurat padanya penyerahan secara total para hamba dengan Rabbnya, makhluk pada Khaliknya..
Sebenarnya ayat Al-Quran yang telah dijadikan doa ini merupakan antara kandungan dakwah Nabi Ibrahim A.S kepada ayahnya yang enggan menerima risalah tauhid yang dibawa ketika itu. Jadi, elok benar kita sama-sama amalkannya dan dapat pula kita sebarkan pada semua.. Amin.
Zikrullah..
Dah terlanjur bicara tentang sakit ni, elok sangatlah kita tinjau-tinjau apakah amalan yang biasa dilakukan oleh kita di waktu sakit walaupun waktu sihat, jarang-jarang sangat kita buat.. ..apa lagi kalau bukan Zikrullah...
Kalimah Zikrullah bukanlah satu kalimah yang asing di telinga kita walaupun mungkin ia asing bagi lidah dan hati kita. Wanau'zubillah!
Seingat Ana la kan..waktu sakit, mulut kita sentiasa menyebut-menyebut Allah. Biasa sangat kita ucap :
" Ya Allah...sakit sangatlah aku ni..."
ataupun kita ucap :
" Aduuhhh..sakitnya Ya Allah..."
dan macam-macam lagilah...
Tak kiralah samaada kita panggil Allah dulu ke di awal keluhan sakit kita tu..atau kita tukar mengaduh dulu...barulah kita sebut nama Allah..
Tapi yang pasti..kita sebut banyak-banyak kali kan?. Maklumlah ketika itu kita baru nak Allah. Baru nak ingat Allah... Itupun setelah puas kita panggil :
" Doctor..Doctorrr..."
Sedihnya! Inikah kita? Yang sentiasa menerima nikmat Allah tanpa batasan tetapi lupa untuk memujiNya? Bukankah Dia-lah yang telah mengizinkan tanganmu setiap hari menyuap rezekiNya dan kemudian dikurniakan pula nikmat kenyang?
Berzikirlah! Bawak-bawaklah berubah..Sampai bila kita nak jadi macam ni? Malulah pada makhluk Allah yang lain. Mereka pun tahu berzikir!
Firman Allah SWT :
تسبح له السموت السبع والارض ومن فيهن وان من شىء الا يسبح بحمده ولكن لا تفقهون تسبيحهم انه كان حليما غفورا
Maksudnya : Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun kecuali bertasbih memujiNya tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. Sesungguhnya Dia-lah Allah Yang Maha lembut lagi Maha Pengampun. ( Surah Al-Isra' : 44)
Firman Allah SWT :
ويسبح الرعد بحمده والملئكة من خيفته
Maksudnya : Dan guruh itu bertasbih memuji Allah, ( demikian pula ) para Malaikat kerana semata-mata takut kepada-Nya...( Surah Ar-Ra'du : ayat 13 )
Berzikirlah kita ..berzikirlah..
Sahabat-sahabat sekalian..Agak-agak kitalah..apa maksud Zikrullah ye?
Secara ringkasnya Zikrullah bermaksud menyebut-nyebut nama Allah. Iaitu menyebut-nyebut dan mengulang-ngulang kebesaran, kesempurnaan, kesucian dan segalanya. Puja dan pujian yang hanya kembali pada Zat Yang Maha Sempurna iaitu Allah.
Ia adalah bertujuan untuk mendekatkan diri padaNya semata..
Zikrullah juga merupakan ibadat yang tiada sempadan dan hadnya. Bahkan ketika haid pun, tetap saja digalakkan membasahi lidah dengannya. Ia adalah lambang penghubung makhluk dan Rabbnya dan merupakan penzahiran terhadap penghinaan diri lantas membesarkan Allah SWT..
Di dalam satu Hadis Qudsi, Allah SWT telah berfirman :
انا عند ظن عبدى وانا معه اذا ذكرنى
Maksudnya : Aku adalah menurut sangkaan hamba-Ku terhadap diriku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingati-Ku.
Bahkan Abdullah bin Abbas Radiyallahu A'nhu telah berkata :
Sesungguhnya setiap kewajipan yang telah Allah SWT perintahkan kepada hamba-hambaNya ada batas-batasannya. Bagi yang uzur, dimaafkan olehNya. Namun tidak bagi Zikrullah. Tidak ada batas dan uzur yang dapat diterima untuk keringanan dari Zikir kecualilah apabila aqal itu sudah berubah menjadi gila.
Telah berkata Abu Qasim Al-Qusyairy :
Zikir itu adalah lambang kewalian serta umpama jiwa bagi segala amalan..
Lihatlah! Betapa besarnya keutamaan berzikir memuji Allah SWT ini.
Dengan merintih dan membasahi lidah sebagai pujian yang tidak putus-putus pada-Nya itu, sebenarnya secara tidak lansung kita mengakui kelemahan diri. Mengakui kekerdilan diri lantas menghapuskan riak, takabur dan segala pakaian Allah yang telah kita sarung selama ini!
Bukankah Dia-lah yang tidak putus-putus memberi dan mengurniakan?
Berzikirlah kita..berzikirlah!
Sedaya-upaya mengingatkan diri dan mengasuh hati agar tidak lalai serta alpa pada qudrat-Nya.
Sedangkan dalam zikir pun boleh lalai apatah lagi jika meninggalkannya. Berkata Syeikh Ibnu A'thoillah dalam Al-Hikamnya :
لا تترك الذكر لعدم حضورك مع الله فيه لأن غفلتك عن وجود ذكره أشد من غفلتك فى وجود ذكره
Maksudnya : Jangan meninggalkan Zikrullah! Kerana (bukankah) kamu tidak dapat mengingati Allah sepenuhnya walaupun sedang berzikir. (Oleh itu) lalai bagi orang yang lansung tidak berzikir (adalah) lebih bahaya dari mereka yang lalai ketika (tetapi masih dalam ) berzikir.
Bukankah lalai dan lupa itu adalah sifat Iblis? Ayuh..berzikirlah..
Ya ustaz byk sungguh fadilat zikirullah. Rasullalah SAW juga berpesan semasa kali terakhir bersama Muaz r.a.'basahilah lidahmu dengan zikirullah ketika kamu tinggalkan dunia'. Dlm keadaan tertentu kepada Sahal r.a. Rasul pernah bersabda 'zikirullah adalah 700,000x lebih utama drpd membelanjakan sesuatu pd jln Allah' Oleh itu berzikirlah kita kpd Allah zikir yg sebanyk2nya dan bertasbihlah diwaktu pagi dan ptg. Allah telah menyediakan keampunan dan pahala yg besar.Kalau salah tolong betulkan saya ye ustaz!
Begitulah cinta Allah kepada hamba-Nya. Maha Agung dan Perkasa itu mengisytiharkan kedudukannya yang amat dekat kepada hamba-Nya. Firman Allah yg bermaksud:
“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Sesungguhnya apabila Allah mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati bersih. Ketika Allah mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaan-Nya...
{kiambang senja}
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Jika Allah mencintai seorang hamba maka Ia berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)Maka orang yang yakin bahawa Allah mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak? Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah Allah juga. Bukan kerana kehebatan dan kewarakan, melainkan Allah yang menuntun ke jalan takwa...
{kiambang senja}