Puisi Buat Nenda

(Di pintu dapur kita, Die sentiasa bersandar di situ, merebahkan belakang di 'belakang Cik'..)

Nenda..
Pagi ini..kicauan burung,
Membawa ku Pulang,
Ke kampung kita..

Pagi di sana tidak seperti ini..
kicauan burung menyapa,
Disini?..deruan kereta..

Nenda..
Aku kan pulang Nenda..
menemani mu lagi,
di Pusara..

Keramat!
Ya Nenda..Keramat sungguh nasihatmu,
Menemani langkah,
Musafir faqirku,

Bagai pelita di rumah kita..
Di teratak mulia..

Nenda!
Jiwaku mejerit..:
"Aku Terlalu Rindu Padamu..!"

Namun jariku beradab,
menulis jeritan
dengan bahasa perasaan..

Nenda,
Apakah ertinya ini?
Terkurung di hutan batu,
sedang hati di hutan hijau..

Dan saat ini Nenda..
Air mataku turun lagi..
umpama tasbihmu..
yang mengikat cinta dalam satu untaian..

menghitung..

menghitung..

menghitung..

dan menghitung..

Sedang hati bertanya :
"Bilakah akan menggengam butir terakhir?"

Nenda,
Aku terlalu cinta padamu..
Sungguh!

Terlalu rindu untuk mengucup,
Dua matamu yang mulia..

Saat ini Nenda,
Dua tapak tangan ini,
menyeka titisan rindu,
Yang sekian lama,
gelora di jiwa..

Dan..
Ia menitis lagi Nenda..

Sedang aku tidak mahu ia berhenti..
Agar Allah menjadikannya saksi,
betapa cinta ku ini,
Sentiasa membara..

Di Suatu waktu itu..pasti,
Tapak tangan memutih ini,
tidak akan lagi sepasang,
untuk berdoa padamu,

Akan ku ajar zuriat berbicara padaNya :

"Ya Allah..Ampunilah Nenda kami..
Rahmatilah ia..
Pertemukanlah kami dengannya..
insan tercinta kami..
Nenda Tuan Sharifah Binti Tuan Tengah Bin Syed Abdul Qadir Al-Yahya..
Amiin.."

Nenda..
Dengarkah doa anak kecil itu Nenda?
Suaranya halus,qudus,suci..
Sesuci tapak tanganmu..
yang sentiasa ingin aku kucupi..
Wangi..bunga tanjung..

Dan tanganmu yang menyuap itu,
Telah jua memeluk dada..
saat engkau menghadap Ilahi..

Nenda,
Untuk kesekian kalinya,
Ku ulangi lagi..
Dengan rendah hati,
Sepuluh jari kecil,
ku susun beradab,
Sedang hati menaruh harap..

Kubisik perlahan:

"Ampunilah dosa dan khilaf anakanda..
Moga Nenda tenang di sana.."

Bukankah Nenda telah mengajar :
"Aliff, Baa, Taa..?"

Lalu ku iringi cinta ini,
bersama firman suci,

Nenda,
kerinduan ini pasti buatmu
Selamanya..
Ia semata Firman Tuhan
Dan pesan Rasul junjungan..

5 Comments:

  1. Anonymous said...
    Sufifaqir, saya faham perasaan mu, malah saya membaca puisi mu dengan sedu sedan dan deraian air mata. Saya juga dibesarkan oleh insan yg sebaya nendamu. Sebb itu saya faham. Segala kesulitan suka duka kami kongsi bersama. Cuma kita berbeza gender. Namun sufifaqir lebih beruntung kerana sbg lelaki Allah kurniakan lebih sifat kasih dan sayang. Pastinya zuriatmu akan mengikut jejakmu. Didoakan berbahagialah kedua beranak menikmati kasih syg sambil merindui nenda tercinta. Bagi Sufifaqir rindu dan teruslah merindui nenda mu krn rindumu itu memberi manfaat kepada kedua belah pihak.
    Ikhlas dr mydy buat ustaz.....
    Anonymous said...
    Diwaktu ini pun tapak tangan tidak lagi sepasang untuk berdoa buat Nenda. Tiap hari, di suatu tempat, diwaktu fajar, sepasang tapak tangan memohon, meminta padaNya dengan tulus dan seikhlas2nya agar sampaikanlah titipan hadiah pada Nenda tercinta sebagai tanda rindu pada seorang insan yang sudah tiada didunia nyata tapi terasa hadhir selalu dihati.
    Anonymous said...
    (Lirik ini,saya tujukan buat ustaz walaupun ianya bukan karya asli dari saya)

    -'NENDA'-
    Mengapa kanta ini masih berkaca
    Sedangku telah pun terima di dalam redha
    Segala kepahitan
    Pengalaman menjadi penawar
    Mengejar impi ke pintu Syurga

    Duhai 'Nenda'
    Bilakah akan ku kecapi kasturi
    Penebus maruah
    Dan semangat lama

    Mengapa sinar neon dan gedung indah
    Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
    Sejuta haruman
    Kini menjadi penjara jiwa
    Ku yang merindukan ketenangan

    Duhai 'Nenda'
    Hari-hariku kini berlalu
    Bagaikan bahtera
    Tanpa layar dan kemudi

    'Nenda'
    Akhirnya terbongkar jua rahsia
    Tangisan dan gurindam
    Keramat kasih sayangmu

    'Nenda'
    Saat dan pertemuan semula
    Kita kali ini
    Akan ku abadikan
    Keramat kasih sayangmu

    Oh! 'Nenda'
    'Nenda'
    Rashidy Jamil said...
    Jazakumullah di atas respon yang diberikan oleh sahabat-sahabat dan warga blog terhadap puisi buat Nenda. Buat Ummie Syarifah Yasmin,mydy,anonymous yang turut berkongsi pandangan, ana dengan rendah hati mengucapkan Syukran. Kepada sahabat-sahabat tercinta,ikatlah kasih sayang keranaNya dan Rasulullah SAW.Jua buat orang-orang tua kita yang berjasa mendidik kita sehingga kita berdiri sebagai insan yang berjiwa mulia seperti sekarang.InsyaAllah.
    Anonymous said...
    -Dendang Anak Jalanan-

    Lampu neon di gedung indah
    Hanya pemikat mata yang tergoda
    Tapi kau kan tetap berjalan
    Menuju tujuanmu di sana

    Berdendang anak jalanan
    Berdendang dengan rentak kehidupan
    Ku mohon perlindungan YANG ESA,agar KAU SELAMAT

    Kau dan mereka sama
    Punya hati dan punya cita-cita
    Kota ini tempat kau BELAJAR ERTI HIDUP

    Kau tinggalkan 'kampung halaman'
    Kau tinggalkan semua yang 'kau sayang'
    tapi, di hatimu.. mereka tidak pernah hilang
    Demi masa depan yang cemerlang
    Semoga kau diberi PEDOMAN

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds