Hujang

Sebentar tadi hujan turun lagi.
Lebat.

Macam petang-petang semalam juga.
Hujan yang tidak bersendirian. Bersama angin yang menderu-deru.

...Ruurr..ruurr... Bunyinya.
Bunyi yang menambah kerinduan pada kampung halaman!

Tapi..
Alhamdulillah hati Ana masih boleh tahan!
.................................

Pantas Ana tadah air hujan yang mula mencurah..
Menikmati sejuk dan jernih air yang bertaburan dari langit..
Jatuh ke atap bata wakaf di laman rumah..
Wakaf lama berpeleh* Terengganu..

Seingat Ana dah hampir dua bulan wakaf ni sampai dari Terengganu dan kemudiannya bermukim di rumah Ana kat Bangi ni..

Melihat wakaf ni..
Menambah lagi kerinduan Ana pada kampung halaman!
Tapi hati Ana masih boleh tahan..
...........................

Bila mata merenung pada hujan yang mencurah ni..

Benar-benar membawa Ana pulang.
Pulang pada rumah kami di kampung.

Di sinilah!
Kalau hujan..
beraturlah besen-besen buat menadah air hujan.

Di sinilah!
Kalau petir dan kilat menyambar..
Nenda pesan : " Gi tutup cerming nung dengang kaing lepah..". (Pergi tutup cermin dengan kain lepas )

Bila ingat-ingat kembali pesanan Nenda..
Maka bertambahlah rasa kerinduan pada kampung halaman!

Tapi jari Ana yang sedang taip ni masih 'cakap' boleh tahan..
Walaupun hati Ana cuba sedaya untuk menahan..
.......................

Lokasi : Kedai Icik Saih, Kampung Buluh, Kuala Berang.

" Icikk..! Apuh dok Tanjung*?" (Icik! Tenggelam tak kat Tanjung?)

" Apuh! Orang tahang pukat." ( Tenggelam. Orang tahan pukat.)

" Mitok plastik se cikk! Nok isi ikang." (Minta plastik satu Cik. Nak isi isi ikan).

Kami budak-budak kampung macam ni lah..

Musim hujan,bah..
Tangkap ikan, main perahu.

Bila dah kecut kulit baru naik..
Makan ubi gaul nyiur dan minum kopi..
Kadang-kadang makan biskut jagung cicah air tea panas,
Atau biskut cotek* warna-warni.

Sungguh!
Kenangan sebegini menambah kerinduan pada kampung!
Tapi hati Ana masih boleh tahan walaupun fikiran dan jiwa dah sampai kat kampung sekarang!
.........................

Tapi petang tadi..
Pertahanan hati Ana runtuh!
Temboknya musnah!
Kebalnya tewas!

Bila terserempak dengan orang kampung yang bertanya :

" Die..dok balik kampung ke?"

Ya Allah! Nak balik sekarang! Hati dah tak tahan!
........................

Glosari :

Peleh - Papan yang terletak antara dua atap dan bentuknya unik dan menarik. Bila dipandang, orang-orang seniukir akan tahu ia melambangkan rumah/wakaf/pondok tersebut adalah buatan jati Terengganu. Sama juga pada rumah Negeri Sembilan. Ia mempunyai identiti tersendiri.

Tanjung - Nama satu kawasan lapang di belakang kedai Icik Saih yang juga merupakan tempat kami anak-anak kampung bermain Wau waktu kecil-kecil dulu.

Biskut Cotek - Biskut yang berwarna-warni dan bentuknya seperti siput. Biasanya dijual dalam jumlah timbang/kilo.

13 Comments:

  1. 'Abid Sakina said...
    salam ustaz

    kenangan dan kerinduan..moga diabadikan & dihidupkan dlm do'a yg tak putus2..

    moga tenang & dilindungi Allah selalu :)
    Anonymous said...
    Salam... hebat betul ingatan ustaz, kenangan silam memang x patut dilupakan tp x salah juga saya katakan x elok juga hanya mengingatkan kenangan sedangkan masa depan memburu kita.
    saya paham kenapa ustaz sentiasa mengingati kenangan lalu. mungkin masih belum ada pengganti yang sesuai yang belum bole diri bersebelahan dengan nenda kesayangan ustaz. Ye benar.. nenda ustaz byk jasanya. ibarat lilin membakar diri menyuluh kegelapan memberi pencahayaan kehidupan ustaz. tp mungkin kini dia amat mengharapkan ustaz bole kongsikan cerita2 yang nenda kongsikan pd ustaz bersama warisnya, apa diajarkan moga tidak telan dek zaman.

    Wallahuallam...
    Anonymous said...
    Salam,
    Tahan2!Terengganu dan KL tu,bukan jauh sangat pun kan?Balik lah..,kalau ada peluang Ustaz ye...Susah ni..,silap2 hari bulan,ustaz boleh ‘demam’. Sabar lah Ustaz ye, esok lusa, Ustaz akan kembali di kampung juga kan? Bukan kah, orang2 kampung perlukan Ustaz? Sabar lah ye..
    Anonymous said...
    blk jela
    slumber said...
    apa2 ja ustz nih...he3
    Anonymous said...
    salam..

    jgn main hujang nnt demam pula.bukan dah selalu balik kg ke.weekend nnt balik la kg dua tiga hari.
    Anonymous said...
    SEMOGA USTAZ SELALU SIHAT N CERIA.JANGAN SEDIH N PUTUS HARAPAN....
    Anonymous said...
    Assalamualaikum...Enta amat sayangkan nenda yek.Generasi sekarang nie,mana nak ingat pesan dan kisah dulu-dulu.Lebih-lebih lagi dengan org tua-tua ni.Bagus,enta cucu/cicit yang amat menghargai warga2 emas ni.
    Ana nak bg cadangan,enta cari lah teman hidup..At least,ada teman yang boleh kongsi suka duka enta.kalau ada calon,pinang saja.Jangan tunggu lama2.Nanti gigit jari,hehe.
    Mudah-mudahan isteri enta ini,teman yang paling baik dan solehah.Mana tahu,ada imbasan ciri-ciri penyayang nenda?

    -johori
    Anonymous said...
    -Dalam Kenangan-

    Bila terkenang masa lalu rasa terharu
    Segalanya masih kekal dalam kenangan
    Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
    Sekian lama di rantau bersendirian

    Tiada lagi seruling senja mendayu
    Tiada lagi ketawa riang bersama
    Bila sepi mengusik hati
    Semuanya kini dalam kenangan


    Teman seiring jalan kini jauh dariku
    Kemesraan kita tetap dalam kenangan

    Tiada lagi suara ombak di pantai
    Tiada lagi bayu teberau membelai
    Di saat sepi begini
    Semuanya kini dalam kenangan

    Bila masanya tiba nanti aku kembali
    Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
    Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
    Segalanya abadi dalam kenangan
    Anonymous said...
    kita harus cuba tempoh hidup sendiri kerana kita kan akhirnya sendiri..
    Anonymous said...
    ustaz,
    akak harap ustaz dapat mencari calon yang baik untuk ustaz. Jodoh tu pasti ada..alhamdulillah akak sekarang sudah bertemu jodoh. Doakan akak bahagia.
    Anonymous said...
    salam ustaz
    saya peminat tulisan2 ustaz dan saya tengok ustaz sudah jarang menulis mengenai ilmu tetapi lebih banyak kepada kerinduan ustaz terhadap kampung halaman.blog ustaz semakin malap.ustaz pasti kesunyian memandangkan usia yang semakin meningkat.ustaz cuba mulakan hidup baru dengan mencari peganti yang solehah sebagai teman hidup ustaz.saya pasti lepas ni blog ustaz akan ceria kembali.
    Anonymous said...
    RINDUNYA DEKAT USTAZ....

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds