Jazakumullah buat anda..

واذا مرضت فهو يشفين
Maksudnya : Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku. (Surah As-Syuaraa' : 80)
Salam Muharam yang mulia buat sahabat-sahabat serta pengunjung yang sentiasa setia di blog kita ini. Setelah agak lama Ana menyepi dari penulisan, Alhamdulillah hari ni, dapat juga jari Ana ni menekan-nekan keyboard laptop untuk membentuk kalimah-kalimah buat tatapan sahabat.

Sebenarnya, ramai juga yang bertanya pada Ana :

"Kenapa lama tak update blog?"

"Takde artikel baru ke?"

"Anta Bz ek?"


dan bermacam-macam message Ana terima dari sahabat-sahabat serta warga blog kita ni.(Kesemua message yang Ana terima, Ana taip semula tanpa edit.)

Pertamanya Ana dengan rendah hati mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat kerana sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan blog dan juga diri Ana di sini.

Sedar tak sedar dah hampir 7 bulan blog ini wujud dan Alhamdulillah, segala puji bagiNya, pengunjung pun dah mencecah 23 ribu hits. Semuanya berkongsi rasa, ilmu dan segalanya di sini... Dan InsyaAllah sempena Muharam yang mulia ini, dengan izinNya, blog kita ini dapat pula dibukukan dalam masa yang terdekat..Alhamdulillah..

Semuanya berkat perkongsian ilmuNya yang maha luas dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi dorongan dan teguran buat Ana yang faqir ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang tahu betapa terharunya Ana. Jazakumullah..

Kemana menghilang?

Sebenarnya sebelum menghilang sebegini lama, Ana sendiri memang dah taip beberapa artikel untuk dikongsi bersama. Namun kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan Ana terpaksa berehat. Sebulan lamanya Ana kat kampung. Menghirup udara dan kembali melihat kehijauan kampung. Permai dan tenang. Persis embun di dedaunan hijau..

Terkumpul semula kekuatan Ana setelah 4 hari terbaring di Hospital Serdang. Subhanallah..

Tak kurang juga ramai sahabat-sahabat dan pelajar-pelajar Ana yang datang berziarah. Mengelilingi katil wad 8B silih berganti. Buah tangan, nasihat tazkirah, salam sahabat handai dari jauh dan sebagainya, kesemuanya dihulurkan pada Ana yang sedang berbaring. Terkelip-kelip Ana melihat suasana itu. Seakan kebingungan menerima kunjungan tetamu yang tidak putus-putus. Sedangkan Ana adalah orang dagang yang berbaring di sini. Subhanallah..

Tak kurang pula yang memuji. Kata mereka : "Allah hendak mengangkat darjat anta..maka diujinya anta dengan sakit ini..".

Dan kata mereka lagi : " Anta orang baik..Allah kan sentiasa uji orang-orang yang baik".

Dan bermacam-macam pujian lagi datang kepada Ana. Datang bersama buah tangan yang dihulurkan..Subhanallah..Tersenyum Ana..

Hakikat Pujian itu adalah..

Mengapa tersenyum ye? Sebenarnya Ana tersenyum kerana mengingati kata-kata Syeikh Ibnu A'thoillah di dalam Al-Hikamnya tentang pujian :

من أكرمك انّما أكرم فيك جميل ستره فالحمد لمن سترك ليس الحمد لمن أكرمك و شكرك
Maksudnya : (Ketahuilah) Sesiapa yang memujimu (kerana kebaikan yang ada padamu) adalah semata-mata kerana betapa bijaknya Allah menutup aib yang ada padamu. Maka pujilah kamu (yang menerima pujian) kepada Allah yang telah menutup aibmu itu, bukannya kamu mengembalikan pujian tersebut pada mereka yang memujimu dan berterima kasih padamu.

As- Syeikh Al-A'llamah Dr. Said Ramadhan Al-Buti turut mensyarahkan bait yang mulia ini di dalam Syarah A'tiyyah dengan katanya : " Dan sekiranya manusia mengetahui segala aibmu yang telah Allah tutupi itu, nescaya mereka tidak akan memujimu bahkan membenci dirimu.."
Subhanallah..Maha Suci Allah yang kami memuji ZatNya itu pagi dan petang..

Inilah hakikat bagi sebuah pujian. Hanya penyedap telinga yang akan berlalu di saat berlalunya masa dan waktu yang akan menghakis pujian serta pandangan manusia padamu. Sedaya upaya Ana basuh putik-putik riak yang baru mula hendak ditiup oleh Syaitan ke dalam hati. Alhamdulillah.. ia padam bila hati mula memahami hakikatnya..

Buahnya manis kerana pohonnya baik..

Dalam diam Ana menghayati dan menyelami suasana Silaturrahim yang telah dihulurkan ini. Sepanjang di wad 8B, Ana tak putus-putus berdoa agar doa-doa sahabat sekalian, baik dari jauh ataupun dekat, yang datang atau yang berkirim salam kesemuanya disampaikan dan dimaqbulkan oleh Allah SWT. Dan Allah SWT itu Maha Kaya di atas segala pujian dan permintaan..

Berbanyak Terima Kasih sekali lagi Ana ucapkan. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalasnya dengan sebaik-baik balasan. Ana yakin..inilah buah yang mula kita rasai hasil dari pohon Silaturrahim yang telah kita bajai selama ini semata-mata untukNya dan keranaNya..bukankah buah yang manis itu datang dari pohon yang baik? Jazakumullah..

6 Comments:

  1. Anonymous said...
    Salam Muharam.. Alhamdulillah..semoga tahun baru membawa seribu rahmat, hikmah dan kegembiraan dari-Nya utk saudara sekeluarga..Amin
    Anonymous said...
    "Jika engkau bertakwa kepada Allah, Allah akan menolongmu tanpa bantuan keluarga,menjadikanmu kaya tanpa harta,menjadikanmu bahagia tanpa dunia, dan menerangimu tanpa pelita."
    Inilah KEBAHAGIAAN yang dicari.
    Anonymous said...
    Alhamdulillah.Semoga anda dikurniakan kesihatan yang berterusan.
    Anonymous said...
    Allah SWT berfirman:
    "Pada hari itu sahabat-sahabat karib,setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain,kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa(iman dan amal soleh)."
    (Az-Zukhruf:67)
    Anonymous said...
    Salam Ustaz.Saya juga turut ucapkan selamat dan semoga Ustaz dapat teruskan berkongsi ilmu dengan artikel2 yang akan datang.
    Anonymous said...
    Ustaz,
    Di doakan Ustaz dalam sejahtera sokmo. Ana selalu dengar kuliah ustaz masa di Masjid Wakaf Tembesu & kemudian di Surau Annur Bangi. Tapi dah lama tak berkesempatan utk hadiri kuliah ustaz semenjsak dua menjak ni. Walopon gitu, ana nak suggest ustaz tengok youtube tajuk 'the arrivals'- ada 50 parts kesemuanya. ana terkesan dengan dokumentari yang dipaparkan dan harap ustaz pun boleh tengok. Kalau ustaz malas nak load siri2 tu or fedup ngan ke'slow'an youtube...ana dah savekan & bole pass ke Ustaz. Boleh kontek ana di no 0193327267-Ku Mat.
    Jazakallah...

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds