Assalamualaikum Wbr.
Adalah dimaklumkan bahawa terdapat satu blog yang menggunakan nama Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid serta email yang turut menggunakan nama Ustaz Rashidy iaitu ustazrashidy@gmail.com. Oleh itu saya RASHIDY JAMIL MUHAMMAD AR RASHID memohon saudara saudari dapat mengambil maklum bahawa saya tidak mempunyai kaitan dengan blog tersebut. Jika terdapat sebarang kemusykilan sila hubungi saya di talian 017-9695618 atau talian di pejabat saya 03-88864000. Pembuat blog tersebut telah dikesan dan pesanan saya kepada pembuat blog tersebut, walau apa pun alasan yang diberikan, menggunakan nama orang lain adalah satu kesalahan. Binalah blog tanpa menggunakan nama orang lain kerana ia boleh mengelirukan orang ramai. Terima Kasih.
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'Ulama berkata; andaikata semua manusia ini telah berada pada tahap Saidina Abu Bakr r.a., pasti ALLAH s.w.t. mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Kita sentiasa tidak terlepas melakukan dosa dan kecelaan; di sinilah ALLAH s.w.t. men"tajalli"kan ( menyerlahkan, menunjukkan) sifat Maha Pengampun-Nya. Nabi s.a.w. pernah ditanya sahabat, apakah nasibnya andaikata dia melakukan dosa dan bertaubat dan kemudian melakukan dosa dan bertaubat lagi. Nabi menyatakan bahawa ALLAH akan tetap mengampunkan dosa -dosa tersebut selagi mana tidak mencapai dosa syirik.
Namun, jika kita tetap tewas dan telah berada di luar kawalan, di sinilah kita perlu sujud dan menangis kepada ALLAH s.w.t. memohon maghfirah-Nya. Di sinilah kita sentiasa mengharapkan sifat Maha Pengampun-Nya yang Maha Hebat dan Maha Luas.
Semoga Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid terus memperjuangkan Islam.....