Kenangan 2

Alhamdulillah. Dapat menulis sikit hari ni setelah lama benar Ana tinggalkan keyboard. Walaupun sesekali sempat juga Ana singgah untuk melihat hits dan kunjungan rakan-rakan, namun hari ni barulah benar-benar dapat menulis kenangan-kenangan yang dah bertandang tapi tak sempat nak diabadikan.

Bila dah lama tak menulis, terasa banyak yang hendak disusun dan dikongsi. Rata-rata sahabat Ana bertanya juga :

" Ustaz, nape lame benor tak menulis..ape ustaz sibuk bebenor ke? "

Tanya kawan dari perak menerusi mesej. Tersenyum Ana. Tersenyum kerana mengingatkan gaya bahasanya yang tak lekang dari loghat peraknya. Sama dengan Ana jugalah. Lebih selesa berbicara dalam bahasa Terengganu.

Dan soalan-soalan lain yang datang bertamu ke dalam kotak mesej phone Ana ni. Semuanya bertanya tentang penulisan..

Seingat Ana..kali terakhir Ana menulis betul-betul ialah tentang warkah buat Anakanda. Ada dua warkah yang sempat Ana kongsikan bersama anda yang tak jemu-jemu mengikuti blog sufifaqir ini. Selepas tu..Ana menulis main-main je sebagai isyarat sufifaqir masih bernafas..bernafas dalam kesibukan.

Semalam..Ana hubungi cikgu Ana..cikgu Rosni. Ana imbaskan kembali perbualan kami semalam ye :

" Assalamualaikum cikgu.."
" Waalaikumsalam..sape ni..?"


..." Emmm saya ni cikguu..Rashidy..anak murid cikgu darjah satu kuning dulu.."


" OOooo..Rashidy...Terima kasih kerana sentiasa ingat cikgu. Tapi kan Rashidy..sebenarnya saya masih hairan nape Rashidy ingat sangat kat saya ye? Seingat cikgu..cikgu mengajar kat SKKB setahun je ..lepas tu cikgu pindah.."


" ...Emmm tak tahulah cikgu..saya memang ingat sangat kat cikgu dan banyak tahun dah cuba cari cikgu..agaknya waktu cikgu mengajar warna-warna pakai bola getah yang budak-budak sekolah main waktu pendidikan jasmani agaknya buatkan saya ingat cikgu.."..

.....................

Ana berhentikan dulu perbualan tadi. Sebabnya kalau Ana taip semua, tak sampai pulak apa yang Ana nak sampaikan ni. Ana nak berkongsi tentang kenangan lampau yang kadang-kadang dikuatkan dengan alat-alat bantuan yang kita tengok.

Ada orang..tengok kertas minyak yang warna coklat tu..dia akan ingat balik tentang coklat nisan  (Tak tahu istilah persuratan panggil apa. Tapi coklat ni dibuat dari manisan dan disalut gandum).

Ada orang..tengok je kertas warna..ingat balik pengalaman buat wau kat kampung. Kalau tak cukup gam..guna nasi lecek sebagai ganti gam kanji.

Ada orang..tengok je kertas lukisan..teringat balik lukis kartun ultraman, semut merah, dan gambar permandangan. Mesti ada dua buah bukit..tengah-tengah ada matahari separuh yang terbenam. Ada jugak burung yang dilukis macam huruf  'M' dan ada sawah berpetak-petak. Ada juga 2 pohon kelapa (kat kampung Ana panggil buoh nyor) kiri dan kanan bukit tadi. Dan kalau nak lukisan real..biasanya guna minyak bagi nampak gambar yang nak ditiru. Kemudian terap (lukis balik) dari atas kertas yang kosong tu..

Ada orang bila tengok bola getah warna merah, biru, kuning, hijau, gelung rotan atau minyak hitam yang dibuat garisan kat padang bola di sekolah-sekolah..teringat balik kenangan sekolah rendah dulu..PJ atau pendidikan jasmani satu subjek yang ditunggu-tunggu..

Dan macam-macam lah..lagi..
Semuanya membangkitkan kenangan lampau. Kenangan indah yang sentiasa terpahat di hati.

Ana sendiri pun..selain dari apa yang telah Ana taip tadi..kalau tengok hujan menderu..selalu je teringat pada besen yang beratur kat rumah kami. Buat menadah titisan air hujan yang turun menerusi atap bata..

Batu giling yang masih ada kat rumah pun bila je tengok seakan-akan terdengar bunyinya yang sedang menggilis kunyit dan lada..

Botol hijau besar yang masing-masing rumah kampung simpan untuk simpan minyak gas (Tanah) bila tengok je..mesti teringat-ingat waktu maghrib hari-hari black out kat kampung.

Tu belum lagi cerita tentang pelita kat rumah yang sentiasa dipasang setiap malam..apinya meliuk-liuk..menghiburkan mata peneman lena..

Banyak kan? ada lagi ni...tapi kali ni Ana taip ringkas je lah. :

Tilam Kekabu, Kawe (Kopi), Cermin yang ditutup dengan kain setiap kali hujan petir melanda dan lain-lain..

Ana nak kena berenti dulu jap ye..sebab kawan Ana Aizam ajak balik sekarang. Jap lagi kita sambung. Wassalam.

8 Comments:

  1. balqis said...
    Teringat kertas lukisan..macam betul je pandangan Ustaz.Saya kalau jupe kertas lukisan mesti nak lukis gambar pemandangan..apatah lg jika itu yg dipinta oleh anak-anak saudara.
    Jadikan kenangan sebagai kekuatan diri.Moga ustaz terus berjaya.
    Anonymous said...
    ustaz asyik bercerita tentang cerita2 lama.erm..boring jer.
    Anonymous said...
    ~(lirik lagu ini,buat tatapan ustaz dan rakan2)~

    Dalam Kenangan

    Bila terkenang masa lalu rasa terharu
    Segalanya masih kekal dalam kenangan
    Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
    Sekian lama di rantau bersendirian

    Tiada lagi seruling senja mendayu
    Tiada lagi ketawa riang bersama
    Bila sepi mengusik hati
    Semuanya kini dalam kenangan

    Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
    Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
    Teman seiring jalan kini jauh dariku
    Kemesraan kita tetap dalam kenangan

    Tiada lagi suara ombak di pantai
    Tiada lagi bayu teberau membelai
    Di saat sepi begini
    Semuanya kini dalam kenangan

    Bila masanya tiba nanti aku kembali
    Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
    Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
    Segalanya abadi dalam kenangan
    Anonymous said...
    "Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)
    Anonymous said...
    "Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)-komen tak ada kaitan pun dgn artikel ustaz
    Anonymous said...
    Seandainya kamu boleh mengintip catatan malaikat tentang dosa-dosa kamu, tentang catatan kehidupan kamu, pasti kamu tak berani melakukan sebarang perkara yang mendatangkan dosa.. Beriman dan beramallah..
    AWLAD said...
    "....ustaz asyik bercerita tentang cerita2 lama.erm..boring jer..."
    ASSALAMU'ALAIKUM... SEDARE SEISLAMKU... UST HIDUP DLM KENANGAN, DAN KENANGAN2 LALU LAH YG MENDEWASAKN UST...MENGAJAR UST UTK KENAL HARGA SEBUAH KEHIDUPAN. TAKKAN UST SESAJE TULEH BEGITU.APE KATA SEDARE AMEK YG POSITIF DARI PENULISAN UST... INSYAALLAH DAPAT BANYAK MANFAATNYE...wallahualam
    iphotoshoot said...
    bgus blog ni....jmput tgok n follow http://iphotoshoot2u.blogspot.com/

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds