Kita miliknya.

Anak mata Ana merenung siling putih. Membilang siling dan kaca-kaca lampu. Tanpa tujuan sebenarnya. Mungkin mencari-cari apa yang perlu Ana fikirkan..

Sesekali anak mata ini Ana pejamkan. Rapat-rapat. Cuba mengosongkan fikiran dan bertafakur seketika dengan apa yang berlaku pada pagi tadi. Namun bau ubat dan bunyi mesin yang sedang berfungsi di sebelah menyedarkan Ana.. yang Ana kembali terlantar di Hospital..

Seingat Ana..malam tadi, selepas Ana menyusun kitab-kitab yang dah mula berdebu kerana hampir sebulan ditinggalkan, Ana tertidur keletihan. Keletihan memandu pulang dari Terengganu yang belum hilang ditambah pula keletihan menyusun kitab-kitab kesayangan Ana yang menimbun di bilik.

Tertidur Ana..letih dan letih dan le..t..iihh..

1.00 pagi ... ke
2.00 pagi.. ke
3.00 pagi..ke
3.15..ke
3.30..ke
3.45..ke..

.....3.50 pagi..!

Ye..3.50 pagi..tepat-tepat waktunya Ana sukar bernafas.
Pelan-pelan Ana bangun..urut-urut dada,kaki, peha dan perut..
Pun..masih belum lega.

Ana urut lagi..
Urut sedaya mampu..
Ya Allah..dah tak tahan.! Ana call ayah dan mak angkat Ana.
Akhirnya Ana dibawa ke Hospital Serdang..

Kita MilikNYA..

Itulah seingat Ana sebelum Ana terlantar di katil ni.

Subhanallah.. Maha Suci Allah yang memegang nyawa makhlukNya dan mengizinkan hembusan dan tarikan nafas itu kembali ke rongga dada. Padahal baru semalam Ana kembali bertugas dan sempat postkan artikel terbaru Ana yang bertajuk Jazakumullah Buat Anda pada sahabat-sahabat blog. Tapi hari ni..kembali terlantar Ana. Dan setelah ditarik seketika nikmat kelancaran bernyawa, kini dikembalikan semula pada Ana untuk menyempurnakan bilangan hembusan dan tarikan yang hanya berbaki entah berapa kali lagi..Subhanallah..

Betapa DIA mengaturkan segalanya. Semua dalam ilmuNya.

.."Alhamdulillah.." Bisik Ana. Seakan ada air hening di tepi kelopak yang separuh terbuka. Cukup menyedari betapa kekuasaanNya meliputi segala sesuatu..Kita milikNya..

Kemudian Ana teringat sesuatu..

Pelan-pelan tangan lemah Ana menyeluk poket baju putih Ana. Lipatan kertas sederhana besar Ana keluarkan.

pelan-pelan Ana ucapkan :

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekelian makhluk akan harapanku


وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia


(Bait-bait yang mulia ini merupakan Nasyeed Elaika yang dilagukan oleh Muhammad Ubaid. Dikatakan Nasyeed ini diadaptasi dari syair yang sentiasa dibaca oleh Imam Syafie Radiyallahu Anh yang merintih pada Rabbnya memohon keampunan. Ana merujuk di dalam beberapa laman web, ada menyatakan bait-bait yang mulia ini terdapat di dalam ديوان امام الشافعي . Wallahua'lam)

6 Comments:

  1. Anonymous said...
    Moga ustaz cepat sembuh. Ujian Allah ini merupakan kasih sayang Allah terhadap hambaNya.
    Anonymous said...
    Allah tidak memberikan sesuatu ujian kepada hambanya dengan hanya tangan kosong
    Anonymous said...
    Allah tidak memberikan sesuatu ujian kepada hambanya dengan hanya tangan kosong
    Anonymous said...
    Wahai anakku, betapa beruntungnya anda kerana masih muda sudah mendapat perhatian dr Allah. Diusiknya sedikit kemudian disembuhkanNya dicubitNya lagi kemudian dilepaskanNya begitulah cara Allah sayang kepada hambaNya. Sementara hambaNya pula sentiasa merujuk diri kepada Allah Tuhan yg diketahwinya maha pengasih lagi maha penyayang. Adanya hamba yg bersifat demikian akan dikurniakanNya pengampunan dan kasih sayang yang tidak ternilai. Asalkan tetap mengingatiNya, dlm apa jua keadaan pun, hamba ini akan terus dirahmati mengikut kehendakiNya.Maka lepaslah ia dari api neraka.Subhanallah.Alangkah bertuahnya hambaAllah ini.
    Untuk ustaz dari mydy. mydy minta maaf jika tersalah dan terkasar bahasa.
    'Abid Sakina said...
    salam'alayk..
    minta izin copy syair imam syafie..
    moga sihat dan ceria selalu~
    Anonymous said...
    salam'alaika sufifaqir.. kenapa lama berdiam diri? masih diuji dgn kesihatan diri? syafakallah ya ustaz..

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds