Susu oh Susu..

"..Die..kuat lagi Die...kuat lagii...." Kata Mak pada Ana. Kuat-kuat kantung susu kambing Jamnapari setinggi pinggang tu Ana gengam. Jari-jemari mengurut laju kantung susu yang mula kemerahan. Mengembek-ngembek dia. Kegelian agaknya! Maklumlah pagi ni, tangan asing yang memerah. Tangan anak muda..

Burrrr..laju cecair putih bersih keluar dari ujung kantung ke dalam bekas kaca yang siap sedia ditadah..Menelan air liur Ana. Terliur pada susu segar..

"..Barangkali beginilah perasaan Rasulullah SAW setiap kali mengembala dan memerah susu.." Bisik Ana.

Sedaya upaya Ana cuba menyelami perasaan halus itu..Semuanya untuk merasai apa yang mungkin dirasai oleh Baginda SAW.

Di saat-saat begini, teringat Ana kepada pekerjaan mulia Baginda. Memelihara dan menternak kambing. Pekerjaan yang mampu memupuk kesabaran dalam mengurus dan mentadbir ternakan.

Dikatakan semasa Baginda SAW di dalam jagaan bapa saudaranya Abu Thalib, Baginda SAW telah mengambil upah menjaga ternakan di kampung Bani Sa'ad dan juga ternakan penduduk Makkah. Baginda sebolehnya tidak mahu menyusahkan bapa saudaranya itu. Lagipun Abu Thalib sendiri mempunyai tanggungan yang ramai... Betapa berdikarinya Rasulullah SAW.

Teringat pula Ana akan kata para Ulama' terhadap pekerjaan Baginda ini :

Sebenarnya pekerjaan semasa (ketika itu) yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW ini adalah satu pekerjaan yang mampu memupuk kesabaran dan disiplin yang tinggi. Sifat amanah, disiplin dan mentadbir dengan baik mampu dihasilkan melalui pekerjaan mulia ini.

Subhanallah...Maha suci Allah Yang Maha Mengatur sesuatu dengan penuh kesempurnaan walaupun manusia tidak sekali-kali memahaminya. Semuanya di dalam ilmuNya..


Doa Minum Susu..

Mata Ana menatap gelas kaca berisi susu yang Ana perah tadi. Bersih dan segar. Perah punya perah, dapatlah setengah jug. Alhamdulillah. Penuh satu gelas Mak tuangkan untuk Ana.

Gelas jernih berisi susu Ana angkat. Sebelum dua bibir menyambut bucu gelas tersebut, pelan-pelan Ana mengucapkan sesuatu. Sesuatu yang diucapkan oleh Rasulullah SAW setiap kali meminum susu :
اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه

Maksudnya : "..Ya Allah, berkatilah kami pada minuman ini dan tambahkanlah buat kami kebaikan darinya.." ( Hadis riwayat At-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah )

Laju cecair putih segar itu meluncur melepasi tekak Ana. Menghilangkan dahaga setelah kepenatan memerah susu kambing Jamnapari yang diuruskan oleh Mak dan Bat. Alhamdulillah...Tidak terhitung rezekiNya yang dikurniakan melalui pelbagai cara..

( Mak dan Bat adalah panggilan terhadap satu-satunya Datuk dan Nenek saudara Ana. Selain dari menguruskan ladang kelapa sawit, sekarang ini Bat dan Mak serta Ateh mula menguruskan projek kambing Jamnapari (kambing kacukan India dan Indonesia), pembiakan ikan keli dan juga jualan cendawan. Mudahan usaha ini diberkati Allah. Amen.)


Doa dari Ardul Kinanah..

Setiap kali Ana minum susu, pasti Ana akan teringat peristiwa di Ardul Kinanah. Di sanalah Ana dapat doa minum susu ini dari sahabat sekolej.

"..Syeikh..Ana nak bagi Anta satu doa. Anta nak..?" Tanya sahabat pada Ana. Menoleh Ana padanya. "..Laa..mestilah nak.." Jawab Ana pada sahabat. "..Doa apa Anta nak bagi tu..?" Tanya Ana padanya..."..Emm..Ana nak bagi doa minum susu..ok?".. "..Ayyuwah..Tafaddol Ya Akhi.." Balas Ana.

Senyum sahabat apabila Ana membalasnya dalam bahasa Arab. Sambil sahabat membaca doa ringkas tu perlahan-lahan ..Ana mula menulis huruf-huruf arab yang akhirnya tercantum menjadi sebuah doa yang mulia.. "..Alhamdulillah...Jazakumullah Ya Syaikhi.." Ucap Ana padanya.

Kertas putih berisi tulisan Arab itu Ana lipat dan simpan dalam poket. Walaupun Ana dah selesai memindahkan tulisan tersebut ke dalam kotak memori ingatan Ana, bimbang juga kalau-kalau kertas itu terjatuh. Padanya tertulis doa minum susu yang telah diajar oleh Rasulullah SAW.

Terdetik di hati : Indahnya Islam..Setiap perkara ada doanya. Tinggal lagi sama ada nak beramal ataupun tidak. Selamat Beramal..

( Pernah satu ketika seorang sahabat memberi satu doa pada Ana. Doa untuk melebatkan lihyah ataupun dalam bahasa melayu nya janggut. Doanya ialah :
ءامنث بالله ءامنث بالقدر
Maksudnya : Aku beriman kepada Allah, aku beriman dengan taqdirnya.

Walaupun sahabat Ana itu sendiri sampai sekarang janggutnya hanya beberapa helai sahaja, namun istiqamahnya mengingatkan Ana agar sentiasa berdoa dalam apa jua keadaan sekalipun. Subhanallah! )

4 Comments:

  1. Anonymous said...
    Doa itu senjata mukmin. Kita boleh berdoa dalam apa jua keadaan dan dalam apa jua bahasa pun. Itu tandanya pergantungan kita kepada Allah.

    Saya pernah terbaca yang doa yang paling baik adalah seorang muslim yang mendoakan saudaranya dalam keadaan yang tidak diketahui oleh saudaranya itu. Itu adalah ciri ukuhwwah yang terbaik (Betulkan saya jika silap, ustaz)

    -NC-
    Rashidy Jamil said...
    Ye benar NC.Syukran kerana berkongsi ilmu.Doa adalah satu pengakuan mutlak seorang hamba terhadap kekurangan diri.
    Anonymous said...
    Susu memang banyak khasiatnya. Membesarkan bayi, menguatkan gigi, menguatkan tulang, menghindar sakit gastritis dan berbagai lagi Alangkah baiknya jikalau kita tahu doanya dan kita amalkan. Dapat pula ia meningkatkan keyakinan kepada Allah. Subhanallah. Terima kasih ustaz kerana mengajar kami doa minum susu.
    Anonymous said...
    Ustaz untuk lebatkn janggut sambil berdoa sapulah dengan ekstrak daun pokok setong InsyaAllah. Tetapi berhentilah setelah mencapai keadaan yang dihajati.

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds